Forty-four

73 7 0
                                    

Hawa menghempaskan badannya ke atas katil sebelum dia mengeluh panjang. Mengeluh kepenatan. Ah, baring pun rasa tak cukup. Dia rasa nak benamkan badan dia ke dalam tilam ni, dan tak nak muncul-muncul lagi.

Penat.

Uruskan kafe tu satu hal, buat segala tempahan, segala desserts untuk kafe. Ditambah lagi dengan persiapan kahwinnya. Double penat. Hawa mengangkat tangan kanannya. Matanya memandang tepat ke arah cincin tunang yang tersarung kemas di jari manisnya sebelum bibirnya mengukir senyum.

Ah, dah nak kahwin. Dua minggu je lagi.

Sejak dia berjumpa dengan ibu dan ayah Aniq lima bulan lepas, sebulan lepas tu, dia dan Aniq bertunang. Ringkas-ringkas je, tunang je pun. Aniq dan keluarganya, dengan saudara-maranya datang ke rumah Mak Ngah, dan pada waktu itulah Hawa berkenalan dengan keluarga besar Aniq. Barulah dia betul-betul kenal muka-muka yang dia nampak masa majlis kesyukuran kat rumah Aniq haritu.

Adik-beradik ibu Aniq ada empat, dan Puan Linda merupakan anak kedua dari empat orang adik-beradik. Ha, yang buat majlis kat rumah Aniq haritu, Mak Long Aniq. Menantu dia bersalin.

Adik-beradik ayah Aniq pula..lima kalau tak silap dia. Haih, bestnya kalau balik beraya. Masa dia bertunang haritu, boleh tahan meriah juga rumah Mak Ngah yang biasanya sunyi tu. Suara budak-budak bermain, suara anak-anak belasan tahun berbual tentang life masing-masing, dan orang-orang dewasa berbincang benda tak penting. Happening sangat.

Dan pejam celik pejam celik, tiba-tiba dia dah nak jadi isteri orang bulan depan. Empat bulan je dia bertunang. Ni pun dah dilambatkan sikit, sebab bulan lepas Syawal, jadi dia nak tunda sikit. Kalau tak, sekarang dia dah tinggalkan dah rumah sewa ni.

Hawa memandang ke arah sekeliling biliknya. Bilik yang seringkali dirasakan sunyi baginya, tetapi bilik inilah yang sudah banyak menyaksikan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Di sinilah tempat dia menangis di saat tiada siapa untuk dia bergantung harap, tempat dia menjerit geram kalau ada customer yang menyakitkan hati, tempat dia habiskan masa lapang dan masa cuti. Walaupun bilik dia tak banyak benda, tapi dia pasti yang dia akan rindukan bilik ni.

Hawa mencapai bantal peluk yang berada di sebelahnya dan dipeluk erat. Nak tidur. Esok pagi nak kena ambik baju kahwin dengan baju nikah. Ah, tak sabar. Walaupun dia cuma beli baju sedia ada dan alter ikut saiz badannya, dia tetap rasa excited.

Macam ni ke perasaan orang dah nak kahwin? Hahaha. Nak gelak sorang-sorang je sekarang ni.

"Hawaaaaa!"

Hawa mengalihkan bantal peluk dari mukanya. Dia terus bangun dari katilnya dan turun dari katil sebelum kakinya pantas melangkah keluar dari bilik.

Ainur sudah berada di meja makan, tangannya meletakkan dua plastik makanan yang Hawa sangat pasti dibungkus dari luar. Ah, takpe. Dia dah boleh makan makanan luar.

Kalau dia cuba. 

"Kau ni dah kategori perompak, tahu tak? Datang rumah tiba-tiba, salam pun tak bagi," kata Hawa sambil  berpeluk tubuh memandang Ainur yang berjalan ke dapur untuk mengambil pinggan dan mangkuk bagi dia meletakkan makanan yang baru dibelinya.

"Hei, aku dah bagi salam eh. Kau tu yang tak dengar. Tidur ke..berangan? Maklumlah, orang tu dah nak kahwin. Mesti banyak mengelamun je," kata Ainur setelah dia kembali dari dapur. Tangannya lincah mengeluarkan makanan yang dibelinya sebelum dia singgah ke rumah Hawa. Ada chicken chop, cheesy wedges, mashed potato, dan dua air blueberry smoothie. Untuk dia dan Hawa, sebab dua-dua peminat tegar blueberry smoothie.

Hawa mencebik sebelum dia mendekati Ainur dan membantunya meletakkan makanan tersebut ke dalam pinggan.

"Takdenya aku berimaginasi. Aku nak tidur, tiba-tiba ada orang pecah masuk rumah pulak," kata Hawa, matanya bersinar melihat air blueberry smoothie tersebut. Dia mencapai satu smoothie dan mengambil tempat di kerusi sebelum air tersebut disedut perlahan. Gah, sedap. Rasa lapar pulak tengok makanan banyak-banyak macam ni.

In The DreamsWhere stories live. Discover now