Forty-six

105 9 1
                                    

"Mak Ngah, Aniq mana?" tanya Hawa, kepalanya menjengul ke arah dapur. Mak Ngah yang sedang membasuh tangan memandang ke arahnya.

"Tadi Mak Ngah nampak dia dah masuk bilik. Cuba tengok," balas Mak Ngah. Hawa mengangguk faham. Kakinya diatur menuju ke bilik tidurnya.

Dia menolak pintu biliknya dan melangkah ke dalam. Kosong. Takde pun.

Baru sahaja Hawa ingin melangkah keluar semula, kedengaran bunyi air dihidupkan dari bilik air di dalam biliknya. Oh, mandi rupanya. Patutlah cari tak jumpa. Hawa melabuhkan punggungnya ke atas katil, mengambil nafas seketika sebelum dia berbaring di atas katil.

Katil yang dah tak akan jadi milik dia seorang mulai hari ini. Dia tak tahulah macam mana rasanya berkongsi katil dengan orang berlainan jantina ni, dan..dia tak nak fikir lagi.

Baik siap-siap untuk solat Zohor. Hawa terus bangun dan berjalan mendekati meja soleknya. Dia memandang pantulan dirinya dari cermin meja soleknya. Bibirnya menguntum senyuman.

Macam ni rupanya muka dia sepanjang hari ni. Nampak bahagia. Dan penat. Sekarang la. Tangan Hawa pantas membuka satu-persatu pin tudungnya dan diletakkan di atas meja. Senang je, sebab dia yang pakai sendiri tudung ni. 

Setelah selesai, dia duduk di atas kerusi meja soleknya dengan tuala tersangkut di bahu, menunggu Aniq habis mandi. Nasib baiklah tak rasa rimas pakai baju kurung nikah ni. Lembut je, sejuk bila pakai. Sayang pulak nak bukak. Cantik sangat.

Tiba-tiba, pintu bilik air terbuka. Terangkat bahu Hawa kerana terkejut, dan dia terus menoleh ke arah pintu bilik air.

Dan ke arah Aniq yang bertuala je sekarang ni, yang nampaknya turut kaku memandang dia. Masing-masing tergamam sambil memandang satu sama lain.

Hawa tersedar dan terus bangun dari kerusi. Dia berjalan mendekati bilik air manakala Aniq masih lagi terdiam tidak bergerak.

"Oh, urm, hai..boleh tepi sikit? Nak mandi," kata Hawa sambil menunjuk isyarat agar Aniq keluar dari bilik air. Aniq bagaikan baru tersedar dan terus keluar, memberikan laluan untuk Hawa masuk.

"Eh, kejap!" Aniq menahan pintu apabila Hawa ingin menutupnya.

"Hmm?" Hawa membuka sedikit pintu dan memandang Aniq dari celah pintu.

Aniq menjulurkan tangannya ke arah kepala Hawa sebelum dia pantas menariknya kembali. Hawa mengerutkan dahi.

"Kenapa? Ada habuk ke?" Hawa menyapu bahagian atas kepalanya. Aniq menggeleng.

"Nak pegang rambut, tapi lupa dah ada wuduk. Mandilah, nanti kita solat sekali," balas Aniq dengan suara senada sebelum dia berpaling, seperti perbualan tadi tidak berlaku. Hawa mengangguk dengan wajah hairan kemudian menutup pintu bilik air.

Aniq berjalan ke arah katil kemudian menghempaskan badannya ke atas katil. Tangannya memegang kedua-dua bahagian kepalanya. Argh, malunya!

Apa aku nak buat tadi? Tangan aku bergerak sendiri ke tadi? Macam mana aku boleh nak terpegang rambut Hawa? Nasib baik dia tersedar, kalau tak tak pasal-pasal kena ambik wuduk balik.

Ish, control yourself, Aniq Huzaifah.

.

Selesai solat Zohor dan berdoa, Hawa menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Aniq. Kemudian, Aniq menyentuh dagu Hawa lalu mencium dahinya lama. Dia tersengih memandang Hawa yang tersenyum malu.

"Rasa macam nak buat caption la. First solat jamaah together with my wifey," kata Aniq lalu ketawa. Hawa menggelengkan kepalanya pantas.

"Okay, terlalu cringe untuk saya dengar," kata Hawa lalu membuka telekungnya. Dia menggantung telekung dan kain manakala Aniq menggantung sejadah mereka berdua. 

In The DreamsWhere stories live. Discover now