Forty-seven

83 8 0
                                    

"Sayang, salam dulu," kata Aniq ketika Hawa sedang mengunci pintu  rumah. Dia dan Aniq sama-sama tamat cuti selama seminggu pada hari ini, dan  masing-masing akan pergi kerja seperti biasa. Well, sepatutnya dia duduk rumah je, tapi Kiera cakap coffee machine ada masalah sikit, jadi dia nak pergi tengok. Sambil-sambil lawat kafe. Dah lama dia tak pergi.

Hawa terdiam sebentar sebelum dia berjalan ke arah suaminya yang sudah berdiri di sebelah pintu kereta Lexusnya. Hawa menghulurkan tangan untuk bersalam, bibirnya menarik sengih apabila Aniq menggelengkan kepalanya. Sorilah lupa. Tak biasa.

Selepas Hawa bersalaman dengan Aniq, dia menarik Hawa ke pelukannya. Ubun-ubun Hawa dicium lama dan dibacakan doa.

"Allahumma faqqihha fiddin wa'allimhatta'wil." 

Hawa masih lagi kaku selepas Aniq meleraikan pelukannya. Dia hanya memandang Aniq tanpa berkelip. Aniq tersenyum.

"Dulu masa abang kecik-kecik, ayah selalu bacakan doa tu. Dah ada isteri, buatlah kat isteri pulak, betul tak?" kata Aniq. Hawa mengangkat kedua-dua thumbs up. Masih terpegun lagi.

"Hati-hati jalan," kata Hawa sebelum berjalan semula ke arah kereta Myvinya. Aniq mengangguk.

"Tak nak abang hantarkan ke? Serius?" 

Hawa menggeleng.

"Lagipun nanti susah je nak kena ambik pulak. Saya tak duduk lama pun kat kafe tu, sekejap je. Nanti abang baru je masuk office, dah kena keluar," kata Hawa.

Aniq menyengetkan kepalanya, langsung tak terpujuk dengan alasan Hawa. Muka Aniq memang terang-terang cuba cakap, 'seriously? that's it?'

Hawa menggigit bibir. Aduhai.

"Takpe, takpe. Saya ada kereta, saya reti bawak. Biar saya pergi sendiri. Dah, pergi-pergi kerja. Bye," kata Hawa sebelum dia melambai ke arah Aniq dan memintanya masuk ke dalam kereta. Dia nak bagi Aniq keluar dulu, barulah dia akan keluar.

Aniq akhirnya mengalah dan mengangguk. Dia masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari halaman rumah. Hawa memandang suaminya yang berada dalam kereta lama sebelum  dia mengukir senyum.

Masih lagi tak sangka yang dia dah kahwin. Nope, cross that. Tak sangka yang dia akan kahwin sebenarnya.

Tapi sekarang, dia dah bergelar isteri orang. Isteri kepada seorang Aniq Huzaifah. Lelaki yang dia kenal secara tiba-tiba, dan sejujurnya, lelaki yang dia tak berapa tahu pun luar dalamnya. Tapi tup-tup, dia berkahwin juga dengan Aniq.

Hawa mengangkat bahu. Whatever. Dia ada a whole lifetime untuk berkenalan luar dalam dengan suami dia. Dia masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari rumah.

.

"Kak Hawa, you have a visitor," kata Kiera dari luar pintu bilik rehat. Hawa yang sedang menjawab soalan dari pelanggannya untuk tempahan dessert bagi hari perkahwinan terus mengangkat kepala.

"Huh?" ingat ni hospital ke nak ada visitor bagai? Siapa pulak yang nak jumpa dia? 

Dia memandang wajah Kiera yang nampak seperti ingin memberikannya semangat. Hawa mengerutkan dahi. Siapa pula yang nak jumpa dia?

Tidak lama kemudian, sepasang kaki berjalan masuk ke dalam bilik rehat. Hawa membulatkan mata seketika, terkejut menerima kedatangan seseorang yang sudah lama dia tak jumpa.

"Ain." 

Ain tersenyum sebelum dia berjalan mendekati Hawa dan mengambil tempat di sofa berhadapan dengan Hawa. Hawa menutup telefonnya dan memandang Ain, menunggu wanita tersebut memulakan bicara.

In The DreamsWhere stories live. Discover now