"You ni self-centered sangatlah! Kan I dah cakap, I ada kerja, jumpa client. Bukannya pergi jumpa perempuan lain!" Haikal sudah membentak. Dia selalunya sentiasa bercakap dengan nada yang rendah dan professional, dan apabila dia bersama dengan teman wanitanya ini, nada suaranya sentiasa bertukar lembut.
Tapi kali ni, dia dah tak tahan. Perempuan ni betul-betul dah melampau.
"Tapi banyak kali I nampak you jumpa dia! You memang ada apa-apa dengan dia, kan? Apa lebihnya dia tu? Dahlah buruk, miskin pulak tu," Salsabila menempelak. Dia langsung tak peduli walaupun ada banyak mata yang memandangnya ketika ini.
Tadi dia menyerbu teman lelakinya apabila dia nampak Haikal berjumpa dengan seorang perempuan dalam lingkungan awal 20-an. Mereka nampak mesra berbual. Haikal siap tersenyum lagi kepada perempuan tersebut.
Tak boleh. Haikal cuma boleh senyum pada dia saja. Bukan orang lain.
"Kan I dah cakap, dia client I! Mak dia kena tuduh buat jenayah, dan dia jumpa I nak mintak tolong. Apa lagi yang you tak faham ni?" Suara Haikal semakin meninggi. Dia dah makin tak sabar dengan perangai Salsabila, dengan bahasanya yang kurang ajar itu. Masa mula-mula mereka bersama dulu, dia tak kenal lagi siapa Salsabila yang sebenarnya. Tapi makin lama, dia makin nampak taring sebentar wanita di sebelahnya ini.
"Dan jangan sekali-kali cakap dia buruk. Jangan sekali-kali cakap sesiapa pun buruk, atau miskin. Kau jangan ingat kau tu bagus sangat, mulia sangat sampai nak keji orang lain," suara Haikal berubah rendah, mendalam menusuk ke dada Salsabila. Amaran untuknya.
Salsabila mengetap rahangnya. Selama ni, Haikal tak pernah beraku kau dengannya. Sebab perempuan tadi..perempuan tu mesti dah guna-guna Haikal, sampai dia sanggup kurang ajar dengan Salsabila.
"You siapa nak ajar I? Memang betul pun dia tu buruk, miskin, busuk. Rendah sangat ke taste you sampai perempuan macam tu pun you nak?" tajam kata-kata Salsabila.
Haikal menarik nafas panjang. Dia rasa nak meletus sekarang. Sepanjang dia menjadi seorang peguam, dia dah latih dirinya untuk menjadi seorang yang penyabar dan rasional. Jangan bertindak terburu-buru. Lay back, see what's going on.
Tapi sekarang, cukuplah. Kalau dia lagi lama bertahan, takut betul-betul tangan dia ni hinggap di pipi Salsabila. Haikal hanya menggelengkan kepalanya sebelum berpaling dan berjalan meninggalkan Salsabila.
"You nak pergi mana? Betullah kan apa I cakap?!" Salsabila tidak puas hati apabila Haikal tidak menyahut kata-katanya. Berani Haikal pergi macam tu je?
Haikal menghentikan langkahnya.
"Betullah. I rasa taste I memang rendah, sebab tulah I boleh pilih you. Cukuplah, Salsabila. I dah tak nak ada apa-apa lagi dengan you. Cukuplah sampai sini," kata Haikal perlahan sebelum meneruskan langkahnya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Salsabila menggenggam tangannya menahan marah.
"You nak break dengan I ke? Haikal!" Salsabila melaung kuat, namun Haikal tidak menoleh. Dia menjerit geram sebelum berjalan menghentak kaki menuju ke keretanya.
"Kau ingat kau siapa? Kau ingat bila kau dah tak nak aku, boleh campak aku macam tu je? Ain, Haikal, semua sama je! Tengoklah, aku akan balas nanti," kata Salsabila penuh dendam sebelum dia membuka pintu keretanya dan masuk ke dalam.
.
"Kiera, jangan duk ditenung anak bujang orang. Buat kerja la," bisik Hawa dekat dengan telinga Kiera membuatkan Kiera hampir terlompat kerana terkejut. Tak pasal-pasal ada yang jadi kanggaru kat kaunter ni.
Wajah Kiera terus berubah merah menahan malu. Dia mengerutkan dahi, berpura-pura tidak memahami kata-kata Hawa. Kantoi ke dia asyik pandang-pandang? Ish, memang tak reti control betullah.

ANDA SEDANG MEMBACA
In The Dreams
Romansa'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...