Thirteen

78 7 12
                                    

"Ingat aku lagi?"

Hawa memusingkan bola matanya ke atas dengan cara paling annoying dia boleh buat. Ayat tak pernah tak dramatik.

"Kalau aku ingat kau customer, tak adanya aku nak tanya soalan tu," balas Hawa. Soalan pun cubalah bijak sikit.

Perempuan tersebut tergelak. Hawa memandangnya menyampah. Perempuan ni memanglah.

Ah, tersalah. Nama dia bukan perempuan ni. Terlupa pulak dia, sebab selalunya bila dia mengutuk perempuan ni dalam hati, dia tak sebut nama pun.

Salsabila. Itulah nama wanita tinggi lampai dan berkulit cerah bak sinaran bulan di hadapannya ni. Orang panggil dia, Bella. Cantik teramat, tapi bahasanya pun pedas teramat. Nama lain dia, Salsa. Pedas gitu.

Siapa yang bagi nama? Oh, mestilah Hawa. Haha.

Dia masih ingat lagi peristiwa yang berlaku semasa dia masih belajar di universiti. Salsabila tuduh Hawa rampas boyfriend dia. Hm, kalau dia pun masih ingat, mesti wanita terlebih elegan di hadapannya ni lagi ingat, kan? Dah tersemat gitu kat fikiran.

But seriously, siapa je yang nak boyfriend dia tu? Rupa tak adalah handsome sangat pun. Dahlah flirty dengan perempuan. Sebab kaya je kot Salsabila nak kat lelaki tu.

Langsung bukan taste dia. Kalau boleh, dia nak yang pemalu, dan tak mesra dengan perempuan, macam lelaki yang datang kafe dengan wife dia haritu. Hehe.

Ish, tak boleh. Tu dah berpunya. Macam Aniq pun okey jugak. Tak mesra dengan perempuan. Handsome lagi.

Oops, I shouldn't have thought about that. Lupakan, lupakan! Hawa kembali memandang ke arah Salsabila di hadapannya.

Salsabila mengalihkan pandangannya ke sekeliling kafe. Wajahnya nampak impressed dengan reka bentuk dan hiasan kafe tersebut, namun mulutnya masih terkunci. Memang taklah dia nak puji kafe Hawa ni.

"Kalau nak beli kek, ada kat depan tu. Roti dan dessert, kat sini dengan sana. Tapi kalau nak cari gaduh, pintu kat sana. Silakan pergi ye," kata Hawa lagi. Malas dia nak layan. Dia mengatur langkah kembali ke kaunter manakala Salsabila menuruti langkahnya perlahan dari belakang.

"Aku jumpa account IG kau haritu. Hidup lagi kau rupanya. Ingat dah mati kena langgar. Tak pun mati kena sumpah. Maklumlah, perampas lelaki orang," kata Salsabila lalu menutup mulutnya sambil tersenyum sinis. Tudung shawl berwarna emerald green yang dipakainya dibetulkan sebelum kembali memandang wajah Hawa.

Hawa tidak dapat menyembunyikan ekspresi meluatnya.
Ah, tak berubah lagi rupanya dia ni. Kan betul sesuai nama Salsa tu? Mulut paling tak ada insurans.

"Uh-huh. Okey. Wow, post business aku masuk fyp kau ke? Alhamdulillah, famous jugak nampaknya business aku ni. Kau viralkan la kafe aku ni ye. Bagi ramai lagi orang datang. Mana tahu ada lelaki lain aku boleh rampas," pedas Hawa membalas.

Dia langsung tak tersentak dengan kata-kata Salsabila. Sebab dia langsung tak sama macam apa yang Salsabila anggap tentang dirinya. Dia tak rampas lelaki orang pun. Bernafas macam biasa pun kena tuduh macam-macam. Nak kena bernafas guna insang ke baru orang tak kacau dia?

Salsabila mengetap bibir, geram apabila Hawa langsung tidak tergugat dengan kata-katanya. Dia pulak yang rasa terbakar. Tak boleh jadi ni.

"Haih. Dulu dah ambik degree biomedical engineering, lepastu dropout. Tup-tup, bukak kafe pulak. Sedih hidup kau ek? Tulah, lain kali jaga tepi kain sendiri. Tak payah sibuk nak menjaja diri kau kat orang lain. Lagi-lagi yang dah berpunya," kata Salsabila lagi lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Wajahnya beriak kasihan kepada Hawa. Dalam hati? Mestilah tak kesian pun. Lagi suka adalah.

In The DreamsWhere stories live. Discover now