Twenty-three

67 5 0
                                    

"Bos, tadi saya nampak Kiera tinggalkan kaunter. 15 minit dia hilang," kata Daniel, barista yang baru diambil bekerja di kafe Hawa. Hmm, taklah baru pun, dah sebulan lebih dah.

Kiera yang sedang menyusun barang-barang di atas kaunter terus mencerlung ke arah Daniel yang buat muka tak bersalah.

"Woi, aku pergi tandas jelah. Bukan mengular okey. Lagipun tadi takde orang pun," Kiera pantas membela dirinya.

Hawa yang baru sahaja melangkah ke dalam kafe tergelak mendengar ayat mereka. Suka betullah bergaduh diorang ni. Nasib baik sekarang tengah takde orang.

Kiera siap bagitahu dia haritu, dia menyesal bawak Daniel kerja kat sini. Sebab kerjanya menyakitkan hati dia je. Suka betul cari pasal. Cakap Kiera suka mengelat, padahal Daniel tu lagilah. Asyik flirt dengan customer-customer wanita kat sini. Suka la tu bila perempuan tersengih-sengih macam kerang busuk.

Huh.

Hawa mengambil tempat di atas sofa yang terletak di bahagian hujung kiri kedai. Di bahagian kiri, deretan sofa berwarna rose gold disusun berselang dengan meja dan menghadap ke arah luar. Kalau tak ramai orang, biasanya dia lepak sini.

Oh  ya, dia ada beritahu ke yang dia dah tak datang kafe selalu? Sekarang, dia serahkan urusan management kafe kepada Kiera. Dia nak datang goyang kaki macam customer yang tak tahu malu je. Bak kata Aniq, lagi senang nak concentrate untuk buat tempahan dari orang. Sebab selalunya tempahan tak menentu, kadang-kadang banyak betul sampai dia kena angkut Ainur, Malik, Aniq dengan Kiera untuk tolong. Jadi dia ikut cadangan Aniq. Lagipun dah lama dia terfikir untuk fokus kepada tempahan je.

Tapi sekarang ni, minda dia yang tak reti duduk diam dah terfikir sesuatu pulak. Hawa bangun dari sofa dan berjalan mendekati kaunter dan bersandar di hadapan kaunter, badannya menghala ke arah Kiera yang sedang mengeluarkan stok roti dari dapur. Aish, so hardworking. 

"Kiera, akak rasa macam nak buat kelas memasak la. Okey tak?" tanya Hawa, mengangkat sebelah keningnya ke arah Kiera.

Kiera mengangkat bahu.

"Kalau akak nak buat, buat jelah. Boleh promote kafe sekali. Tambah duit lagi. Uish, masyuk, masyuk!" balas Kiera, bersetuju dengan ideanya. Kiera dan duit, memang tak boleh dipisahkan. Kalau ada untungnya, memang dia akan setuju sentiasa.

Hawa tergelak. Memang tak salah orang untuk bertanya. Makin rasa motivated bila Kiera suruh dia buat. Lagipun, dia tak tahu nak buat apa kat rumah. Bosan kadang-kadang. Dia tak berapa risau dengan keadaan kafe dia ni, untung je selalunya. Mungkin lagi dua tiga tahun boleh buka cawangan  baru.

Heh, berangan.

"Tapi nak buat kat mana? Kat rumah akak ke? Macam private sangat je," sambung Kiera. Hawa mengetap bibir, mempertimbangkan kata-kata Kiera. Betul juga. Kat mana dia boleh buat eh? Alah, rasa macam tak dapat nak tercapai je impian dia. Belum start pun lagi.

Dah lama dia bercita-cita nak buat kelas memasak. Dia suka ajar orang cipta benda baharu dengan tangan sendiri. Dan buat makananlah yang paling best, sebab akhir nanti boleh makan. Win-win situation.

"Kalau kat sini tak okey ke?" sampuk Daniel yaang berjalan ke arah mereka. Kiera mengeraskan wajahnya, menahan rasa nak buat muka menyampah. Memang dah dendam betul ni.

Hawa terus tersenyum lebar.

"Betul jugak. Kalau buat kat sini boleh tak? Kita alihkan meja-meja ke tepi, letak meja panjang kat dapur tu kat sini. Kalau buat kat dapur takut sempit, susah nak  bergerak. Okey tak?" Hawa melontarkan cadangannya. Matanya sudah bersinar-sinar, dah berangan saat tersebut tiba.

Kiera mendongak sedikit ke atas, berfikir seketika.

"Eh, tapi nanti siapa nak kemas meja? Haa, banyak tau meja kat sini. Tak leceh ke?" balas Kiera. Ah, Hawa rasa demotivated balik.

In The DreamsWhere stories live. Discover now