"Ainur, telefon kau bunyi," kata Hawa dari arah ruang tamu kepada Ainur yang sedang mengeluarkan tray berisi muffin dari oven. Hawa sedang melipat kotak menjadi bentuk kiub untuk dijadikan tempat letak mufin-mufin tersebut. 200 kotak berwarna putih bercorak bunga berwarna biru cair. Design yang dia buat sendiri.
Sempena opening day kafenya esok. Ya, esok. Hawa tersenyum sendiri apabila memikirkan bahawa kafenya akhirnya akan dibuka secara rasmi esok. Dan dia akan bagi muffin tersebut secara percuma kepada semua pelanggan-pelanggannya.
Well, 200 terawal. Kalau pelanggan dia capai 200. Harap-harapnya. Dia menelan liur perlahan. Rasa nervous pulak. Hawa pantas menggelengkan kepala. Jangan fikir benda negatif, Hawa! Benda belum jadi lagi.
Ainur berlari ke ruang tamu dan mencapai telefonnya lalu tersengih memandang skrin telefonnya. Hawa mencebik. Tahu dah siapa.
"Waalaikumussalam, encik suami. Dah balik kerja ke?" kata Ainur sebaik sahaja dia menjawab panggilan. Hawa tersenyum lebar. Kan dah agak. Siapa lagi yang boleh buat Ainur tersenyum lebar macam tu kalau bukan suami dia sendiri. Masa dia belajar dulu, Ainur la yang paling tak mesra dengan senyuman. Kebarangkalian untuk Ainur meninggi lebih tinggi daripada kebarangkalian Ainur senyum. Dan Ainur tak pernah bertambah ketinggian sejak umur dia 18.
So, you get what I mean.
Hawa gembira melihat Ainur yang berbual dengan Malik di telefon. Nampak happy je. Lepas mereka berdua bergaduh tempoh hari, nampak macam makin rapat pulak dua ekor gagak ni. Eh, bukan gagak. Dua ekor merak yang kembangkan ekor. Sebab dua-dua terlalu cantik. Ugh.
"Sorry, Ainur balik lambat sikit tau. Hawa sorang-sorang je nak pack muffin dia ni. Dia ni mana ada kawan," kata Ainur sambil menjeling Hawa dan tersengih. Hawa membulatkan mata. Amboi, cakap macam tuan punya badan takde kat depan mata. Walaupun betul, but still.
Malik ketawa dari hujung talian. Ainur tersenyum lebar. Haih, macam manalah walaupun dah hampir lima bulan dia berkahwin dengan lelaki ni, dia masih lagi cair dengar bunyi Malik ketawa? Sangat..soothing and addicting. Rasa nak balik pulak. Rindu dengan suami. Haha.
"Takpe, Puan Ainur. Husband awak tunggu kat rumah. Abang tengah masak ni. Kalau lagi sejam Ainur tak balik, abang datang sana eh," kata Malik.
Ainur membulat mata memandang jam dinding yang terletak di ruang tamu. 6.15 petang. Sejam lagi?!
"Wuit, cepatnya. Kejaapp, baru third trip masak ni. Tadi kata nak tunggu kat rumah. Kitorang dahlah berdua je ni buat kerja," balas Ainur. Mana sempat. Nak bungkus lagi.
"Sebab tulah abang kata nak datang. Biar ramai sikit tolong, cepat sikit saya boleh bawak bini saya balik rumah," kata Malik. Ainur tergelak. Macam tu rupanya.
"Boleh-boleh. Datang sekarang pun boleh. Takdak hal. Mai la. Nanti habaq kalau dah sampai ye," kata Ainur.
"Okey. Kalau ada apa-apa roger abang. Assalamualaikum," balas Malik. Ainur menjawab salam sebelum memutuskan talian. Dia memandang skrin telefonnya yang masih tertera nama suaminya lama dengan senyuman di bibir.
"Ainur, kalau kau nak balik, baliklah. Kesian pulak aku kacau pengantin baru petang-petang macam ni. Aku boleh je buat sorang-sorang," kata Hawa membuatkan Ainur mengangkat muka.
Ainur memasamkan muka. Dia meletakkan telefonnya ke atas meja semula dan memandang Hawa.
"Kau ni, kan aku dah cakap nak tolong kau. Lagipun laki aku cakap, kalau lambat lagi, nanti dia datang tolong," balas Ainur. Mendengar kata-kata tersebut, wajah Hawa terus bersinar.
"Yeke?!" kata Hawa teruja. Ainur mengecilkan matanya memandang Hawa curiga.
"Ye. Apsal kau excited sangat ni? Kau minat suami aku eh?"
YOU ARE READING
In The Dreams
Storie d'amore'In the dreams, you were...' Mimpi sebagai episod pertama yang mengubah hidup mereka. Orang kata, apa yang dalam mimpi selalunya terbalik dari realiti, tapi Hawa Afreen tetap jatuh suka kepada lelaki yang dia nampak dalam mimpinya. Bila jumpa depan...