prolog

3.7K 114 4
                                    

Pelantar Minyak SPC, Semporna, Sabah.

"PANTHER to Falcon."

"Yes." Kedengaran suara seseorang menyahut di walkie-talkie milik 'Panther'

"Contact movement at east side, do you copy?" Nadhif Zafran terus memberikan arahan sebaik sahaja anak matanya melihat bot yang dipandu oleh seorang ahli lanun membelah lautan dengan laju menjauhi pelantar minyak tersebut.

"Copy that!" Arfan Shafiq, penembak tepat pasukan mereka terus mengambil posisi untuk meneruskan misinya. Pergerakan bot yang laju menyebabkan Arfan tidak dapat mengambil risiko untuk melancarkan tembakan.

"No clear shot!" Digenggam erat walkie-talkie tersebut semasa berkomunikasi dengan 'Panther'.

"Copy that! On me." Nadhif terus membuka langkah melompat masuk ke dalam bot milik Pasukan Maritim. Bahu pemandu bot itu ditepuk beberapa kali sebelum Nadhif memberikan tanda isyarat agar lelaki itu mengikut bot lanun tersebut.

Bunyi enjin daripada dua buah bot kedengaran sangat ganas kerana masing-masing ingin menambah kelajuan bot mereka. Rifle milik lanun tersebut dipegang erat, bersiap sedia untuk digunakan.

"Sial! Cepat lah!" Lelaki di bahagian pemandu hanya patuh sahaja mendengar arahan bosnya.

"Shoot to kill!" Arahan kaptennya yang kedengaran daripada ear-piece menambahkan lagi semangat lelaki yang bergelar Panther itu. "Jangan bagi dia cross laut Philippines, kita hilang jurisdiction kat sana!"

"Cepat sikit!"

"Roger!" Kelajuan bot ditingkatkan kepada tahap maksima.

"Panther, five cables to Philippines." Amaran diberikan oleh kaptennya agar Nadhif berjaga-jaga.

Keadaan menjadi semakin kelam-kabut apabila lanun yang memegang rifle itu bertindak menembak ke arah bot maritim tersebut. Nadhif menundukkan sedikit badannya bagi mengelakkan diri daripada terkena habuan peluru lanun gila itu.

"Four cables."

"Ready for a hard left turn!" Tegas Nadhif memberitahu pemandu bot tersebut.

"Three cables."

"Two."

"One."

"Now!" Sejurus sahaja Nadhif memberi arahan, terasa bot yang dinaiki itu membelok dengan kasar ke kiri membolehkan dia dengan jayanya menembak dua lanun tersebut sebelum mereka sempat merentasi lautan Filipina.

Nadhif mengukir senyuman bangga sebelum mendekatkan walkie-talkienya ke bibir.

"Target neutralized."



inspirasi daripada PASKAL 2018

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now