bab 13

1.5K 79 8
                                    

MATA dibuka perlahan sebelum dipejamkan kembali. Terasa pedih apabila ada cahaya yang menyucuk masuk ke dalam anak matanya.

'Hospital?' bisik Arisya dalam hati apabila dia mengamati keadaan bilik tersebut. Dia bangun perlahan-lahan, cuba untuk bersandar di kepala katil. Tekaknya terasa perit.

Pintu bilik wad yang dibuka menyentakkan Arisya. Secara refleks kakinya dirapatkan ke dada, bimbang dia akan diapa-apakan lagi.

"Ini aku Nadhif. Nadhif Zafran, kau jangan risau." Lelaki itu berjalan mendekati katil dengan kepalanya yang sedikit ditundukkan.

"Nah pakai ni." Shawl jersey hitam dihulurkan kepada Arisya.

Penat jugalah Nadhif ingin melarikan diri daripada sesi soal jawab Naura semasa dia meminta tudung adiknya itu.

Huluran shawl jersey itu disambut baik oleh Arisya sebelum dia memakai tudung tersebut. Patutlah lelaki ini daripada tadi tidak memandangnya. Dia pun tidak sedar yang kepalanya tidak tertutup.

"Dah," kata Arisya dengan suara yang sedikit serak.

Nadhif memandang wajah Arisya untuk seketika sebelum dia menghulurkan sebotol air minuman yang sudah dibuka penutupnya.

Haishh Fiya, sakit pun cantik.

Kesitu pula kau Nadhif.

Air itu diteguk sedikit rakus sehingga habis. Hilang perit apabila tekak sudah dibasahkan dengan air mineral.

"Nak lagi?" soal Nadhif sebelum dia mengambil botol air yang sudah kosong itu daripada pegangan Arisya.

Soalan dijawab dengan gelengan.

"Shafiq macam mana?"

"Dia...masih tak sedarkan diri," jawab Nadhif dengan kesal.

Tubir mata yang bergenang mula mengalir. Dia hanya mahukan abangnya sekarang. Rindu mahu mendengar abangnya membebel.

"Hey hey kau janganlah nangis, nanti kau sakit." Lembut Nadhif berkata.

Mendengar ayat itu, Arisya mengangkat wajah, bertentang mata dengan Nadhif. Adakah lelaki ini risau akan keadaan dirinya?

"You jangan bagitahu parents I pasal ni please." Arisya tidak mahu kedua ibu bapanya risau. "Nanti mesti diaorang suruh I balik and cari kerja di Terengganu."

"Okay," bisik Nadhif perlahan.

"Tapi.." Nadhif jeda seketika.

Sebelah kening diangkat agar Nadhif meneruskan percakapannya.

"Nanti bila kau dah discharge, takkanlah kau still nak balik rumah sewa kau dengan Shafiq tu? Aku tak rasa kau patut duduk sorang-sorang, orang yang culik kau tu masih bebas lagi kat luar sana." Nadhif melabuhkan duduk di kerusi yang terletak di sebelah kanan katil.

"Takpe I duduk dekat rumah kawan I dulu, bila I boleh balik?" Arisya menyoal.

"Tak sure lagi, nanti aku tanya doktor. Kau betul-betul dah okay ni?"

Arisya hanya tersenyum tawar sebelum dia mengangguk perlahan. Luaran mungkin okay, tetapi dalaman? Biar masa sahaja yang menentukan.

"Tapi bijak jugak ye kau send live location tu." Nadhif mengalihkan topik, tidak mahu Arisya berasa tidak selesa.

"Sebab time kat parking lot tu I dah rasa tak sedap hati. Macam ada orang ikut kita." Merinding bulu roma Arisya apabila teringatkan peristiwa tersebut.

"Kenapa kau tak bagitahu aku?" Serius sahaja riak Nadhif. Dia pun dapat rasa yang Arisya berada dalam mod berjaga-jaga pada malam tempoh hari.

"I takut you ingat I paranoid ke apa, lagipun I tak nak serabutkan fikiran you." Arisya mengerling sekilas ke arah Nadhif.

"Kau ni, aku tak cakap apa-apa pun, kau dah buat assumption sendiri. Lain kali bagitahu je, aku dengar. At least aku boleh bawak kau bermalam dekat rumah family aku," kata Nadhif selamba.

"Tak naklah, I segan."

"Lah apa nak segan, kau boleh berkawan dengan si Naura tu." Nadhif menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada.

Oh ya Naura. Siapa perempuan tu? Perlukah dia bertanya?

"Naura tu isteri you ke?" soal Arisya perlahan.

Nadhif hampir tergelak mendengar soalan Arisya. Isteri? Memang minta jauh yang perangai serupa adiknya. Ekspresi muka dikawal semula agar kelihatan tenang.

"Kalau ya pun kenapa?" Dia mahu melihat, adakah perasaannya yang satu ini hanya bertepuk sebelah tangan?

"Tak-takde pape." Arisya menggeleng laju sebelum menoleh ke arah tingkap bilik tersebut.

Macam ada bunyi. Bunyi tepukan, sebab mungkin perasaannya tidak bertepuk sebelah tangan?

Nadhif tertawa riang. Tidak dihiraukan pandangan pelik yang diberikan oleh Arisya.

"Naura tu adik aku lah, kau ni pun, kelakar betul."

Cemberut muka Arisya menahan malu. Alahai, lain kali dia dah tak nak tanya soalan macam tu.

"Kau jealous ke?"

"Apa you ni?!" Arisya menekup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Pipinya sudah terasa bahang.

Makin teruk Nadhif ketawa. Kalau tadi hanya biasa. Sekarang level luar biasa. Terus lupa yang member sendiri tengah terbaring koma.

Deringan telefon mematikan gelak Nadhif. Dia menyeluk poket seluar dan melihat nama pemanggil yang tertera.

far nak berak 🚽

"Kau kenapa call?" soal Nadhif.

"Amboi kau, mesti tengah berbahagia dengan adik Shafiq tu kan." Ini kalau di depan mata sudah pasti jelas ketara riak wajah masam mencuka milik Wildan.

"Diam lah, kau nak apa?" Nadhif mencuri pandang ke arah Arisya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati.

"Ni maklumat semalam pasal lanun dekat Sabah haritu, kau nak tau tak, cepatlah aku dah menggelabah nak berceloteh semua benda ni. Kalau kau cakap tak nak pun, aku tetap akan cari kau dan pastikan kau dengar cerita aku ni," rungut Wildan panjang lebar.

"Haish yelah, kau ni tak menyempat sungguh." Nadhif terus mematikan talian.

"Kenapa?" Soalan itu terlepas sebelum Arisya sempat berfikir. Aduu nanti dia cop aku busybody macam mana.

"Aku kena pergi, ada kerja sikit, kau takpe ke duduk sorang-sorang?" Nadhif juga agak keberatan untuk meninggalkan gadis itu keseorangan. Tapi kalau tak pergi, yang sorang tu pulak banyak bunyi nanti. Tak menyabor kau ni Wildan.

"Eh takpe je. Pergilah. Hati-hati."

"Oh by the way, ni phone kau, aku jumpa waktu selamatkan kau semalam." Telefon bimbit milik Arisya yang sedikit retak itu dihulurkan.

Arisya menyambut huluran tersebut dan menyalakan skrin telefonnya. Bateri penuh. Barangkali Nadhif yang cas.

"Aku pergi dulu, bye." Nadhif berura-ura untuk bergerak ke arah pintu sebelum panggilan daripada Arisya mematikan langkahnya.

Buat seketika Arisya hanya memandang anak mata Nadhif sebelum gadis itu tersenyum tipis.

"Thank you for saving my life."

Bicara itu dibalas dengan anggukan daripada Nadhif sebelum dia juga turut menuturkan sesuatu.

"And I'll gladly do it again if I have to."

Terus sahaja Nadhif menghilang di sebalik pintu wad tersebut. Badan disandarkan pada pintu sebelum wajahnya yang berbahang ditampar beberapa kali.

"Aduh, sakit lah pulak," omel Nadhif sendirian sebelum dia berdehem dan berjalan ke arah lif hospital.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now