bab 18

1.4K 74 3
                                    

NADHIF menyanyi riang semasa menuruni anak tangga untuk makan malam bersama keluarganya. Tidak sabar mahu melihat reaksi mereka nanti.

"Abang ni kenapa? Bukan main lagi daripada tadi senyum, ada apa-apa ke?" soal Naura kehairanan. Mana taknya, daripada petang tadi lagi tersengih macam kerang busuk.

"Dik, nanti kau akan ada kawan."

"Kawan apa ni?" Bimbang betul dengan keadaan abangnya pada saat ini. Patut ke dia bawa pergi hospital psikiatri?

"Kawan buat teman pergi shopping dan bergosip." Nadhif masih lagi tersenyum.

"Naura dah ada kawan lah bang, yang abang ni kenapa? Ada putus sel otak ke?" Naura menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi kepada ayahnya.

Nadhif memandang Tuan Zamri dan Puan Nuha silih berganti. Dia mengambil tempat di sebelah adiknya sebelum Nadhif berdehem seketika.

"Daddy, mummy, Zaf nak bagitahu something ni."

"Apa dia?" soal Tuan Zamri. Daripada tadi dia hanya mendengar sahaja perbualan dua beradik di meja makan itu.

"Zaf nak kahwin," jawab Nadhif pendek.

Terhenti tingkah Puan Nuha yang sedang mencedok kuah ke pinggannya. Biar betul? Selama ini bukan main marah anak terunanya jika isu kahwin dibangkitkan.

"Kamu biar betul Zaf? Dengan siapa?" soal Puan Nuha. Rasanya macam dia boleh agak tapi dia tetap mahu menunggu jawapan dari anaknya itu.

"Ingat tak mummy ada soal Zaf pasal perempuan yang Zaf nak pergi lawat haritu? Haa dengan dia lah." Nadhif berkata sebelum nasi disuapkan ke dalam mulutnya.

"Adik Shafiq ya?" Puan Nuha sudah tersenyum. "Patutlah nak ikut sangat Shafiq balik kampung haritu."

"Waktu tu Zaf kenal nama je, muka dia Zaf tak kenal lagi," bidas Nadhif. Mummy ni nak cakap dia gatal ke?

"Bila dah kenal muka?" soal Naura pula.

"Jatuh cinta." Tawa Nadhif menghiasi ruang makan rumah mereka. Terkejut Tuan Zamri dibuatnya. Budak bertuah ni memang dah kena sampuk agaknya.

"Kamu dah fikir betul-betul ke ni Zaf? Soal kahwin tak boleh pandang remeh. Nanti kamu kena galas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dah ready?" soal Tuan Zamri. Wajah Nadhif dipandang sekilas. Bukan boleh kira perangai anak terunanya ini.

"Insya-Allah Zaf dah ready. Zaf memang betul-betul nak jaga dia. Lagipun umur dah 30 buat apa tunggu lama-lama kan?" Nadhif memandang wajah kedua ibu bapanya itu. Berharap cadangannya akan diterima.

"Haa sedar pun dah tua. Ni tak, setiap kali mummy soal pasal isteri mesti kamu lari." Puan Nuha membuat muka kepada anaknya. Sekarang baru nak sedar yang dia tu dah masuk 30.

Nadhif tergelak kecil sebelum dia membasahkan tekaknya dengan air sirap yang sudah dihidang di atas meja. Cawan yang berada di dalam genggamannya itu dipusing perlahan sebelum dia menyambung bicara.

"Mummy dengan daddy tolong pinangkan dia ea?" Tersebik sedikit bibir Nadhif gaya memujuk.

"Dia dah setuju ke ni Zaf? Daddy risau nanti kan jadi macam dalam drama pulak, tahu-tahu ada orang masuk meminang," seloroh Tuan Zamri.

"Baru petang tadi dia bagi kata putus. Dia setuju." Tersengih Nadhif menjawab. Tiba-tiba bayangan wajah Arisya yang tersipu malu tadi kembali di dalam minda.

"Patutlah balik tadi senyum sampai nak ke bulan. Mummy ingatkan apa lah tadi, rupanya dah jatuh cinta." Puan Nuha menggeleng kepalanya beberapa kali.

"Wait, perempuan yang abang mintak Naura pinjamkan tudung haritu ke?" Setelah lama Naura berdiam, dia kembali bersuara.

"Perempuan tu ada nama okay, Arisya Shafiyyah. Nanti kau panggil dia Kak Fiya." Nadhif menjengilkan mata kepada adiknya.

"Amboi marah nampak."

"Biasalah Naura, orang dah jatuh cinta," sakat Tuan Zamri. Tidak menyangka Nadhif akan menamatkan zaman bujangnya.

"Itulah kau dik, siapa suruh single." Nadhif menjelirkan lidah ke arah Naura.

"Eh bang, melebih lak." Kakinya diangkat untuk menyepak kaki Nadhif di bawah meja.

"Aduh! Ish aku baling kang." Nadhif berura-ura ingin melempar pinggan ditangan. Dia juga sudah bangun dari duduknya.

"Eh dah dah. Apa gaduh depan rezeki. Kamu tu Zafran, nanti nak jadi suami orang, matang sikit perangai tu," bidas Puan Nuha.

Nadhif yang tadi hendak membaling pinggan itu terus duduk semula.

Lah dia pulak yang kena.



"ADA orang mari masuk minang Fiya sakning (tadi)," kata Puan Helina setelah talian bersambung.

"Haa?!" Terkejut beruk Arisya mendengar khabar berita itu. Dia bingkas bangun dari pembaringannya.

"Eh mu ni bakpe nok setok (terkejut) ngat, adik hok setuju kang, ma terima doh pinangan ye." Puan Helina sudah kehairanan. Kata lelaki itu, dia sudah berbincang dengan Arisya tempoh hari. Kenapa anak daranya ini macam tak tau apa-apa pula ni?

"Bila masa ketika mana pulok orang terima ni?" Arisya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ah sudah. Masak dia macam ni.

"Lah doh Zafran kabo (bagitahu) gitu sakning."

Mendengar nama lelaki itu, Arisya terdiam, terus perasaan gusar tadi dihalau dan perasaan gembira datang bertandang. Sel-sel otak baru nak berhubung, maklumlah baru bangkit dari tidur petang, itu yang jadi blur sekejap.

Dahinya ditepuk beberapa kali. Parah betul, boleh dia lupa tentang lamaran Nadhif Zafran itu.

"Ohhh ye ah ma, adik lupa hehehe." Rambutnya diraup kasar kebelakang.

"Eh mu ni lah, wak debo ma je, tapi Zaf tu memang mama kenang (berkenan) dari hari first ye mari rumoh agi. Napok juruh molek (Nampak baik betul)." Amboi mama, dah puji bakal menantu nampak.

"Sekye kabo nok wak (Diaorang bagitahu nak buat) dua bulan depan akad nikoh, dakyoh (tak payah) tunang, terus kahwin je, ni cincin risik ngan tunang ada dengan Zaf, nanti ye bagi kat Fiya," sambung Puan Helina.

"Bakpe derah ngat (Kenapa cepat sangat) ni?" Risau nanti orang fikir yang Arisya ni dah bunting ke apa. Seram betul!

"Zaf ada operasi kekgi (nanti) sebabtu dia nok ikat Fiya dulu. Takut kena ambik dengan orang lain katanya." Puan Helina tergelak kecil apabila teringatkan wajah serius Nadhif yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan Arisya sebagai isteri. Dia dan Tuan Sharif juga tiada masalah untuk meneruskan majlis perkahwinan tersebut selepas mendengar penjelasan daripada Nadhif dan kedua ibu bapanya.

Arisya mengangguk perlahan sebelum dia menyambung bicara. "Okay, ma doa yang baik-baik ye." Arisya berharap keputusan yang diambil oleh dirinya ini tepat dan Nadhif Zafran bukan lelaki bertalam dua muka seperti Hareez Iskandar.

Panggilan diletakkan seusai Arisya menjawab salam ibunya. Langkah dibuka untuk keluar ke dapur namun terhenti apabila melihat wajah Arfan di hadapan pintu bilik.

"Jangan turun, gi pakai tudung lu, buah hati mu nok jupe (jumpa) tu," sakat Arfan sambil tersenyum mengusik. Nampak sangat mengjengkelkan di mata Arisya.

Arisya menjeling tajam abangnya sebelum pintu bilik kembali ditutup. Dia sudah gelabah, pipinya terasa bahang. Aku ni wangi ke tidak sekarang ni?

Hoodie disarungkan ke tubuh sebelum shawl jersey dililitkan ke kepala dengan rapi. Minyak wangi The Body Shop Vanilla Fragrance diambil dan disemburkan ke seluruh tubuh.

Seluar tidur kotak-kotaknya diperhati. Ah lantaklah asalkan tutup aurat.

Si Nadhif ni pun, nak apa sebenarnya, dahlah dia masih lagi malu tentang peristiwa di tasik tempoh hari.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now