bab 31

1.3K 71 4
                                    

NADHIF sudah tidak mampu untuk menumpukan seluruh perhatian kepada kerjanya selepas makan tengah hari tadi. Dia pasti perempuan tadi adalah isterinya. Telinganya seperti masih boleh terngiang-ngiang suara Arisya yang kedengaran seperti menyembunyikan sesuatu.

Apabila dimesej, tiada satu pun yang dibalas oleh isterinya. Panggilan telefon juga terus masuk ke peti suara.

Makin rungsing dirinya saat ini.

Setibanya di rumah, ruang tamu yang gelap-gelita itu dipandang hairan. Laju tangannya memetik suis lampu untuk menerangi ruangan tersebut. Kelibat Arisya dicari namun tiada.

"Gorgeous?"

Panggilannya tidak bersahut, terus kakinya melangkah laju menaiki tangga untuk ke bilik tidur mereka. Sebaik sahaja daun pintu dibuka, Nadhif dijamah dengan bau minyak angin yang agak kuat.

Dengan rasa khuatir dan serba salah yang menguasai diri, Nadhif mendekati isterinya. Keadaan Arisya yang kelihatan lesu itu semakin menambahkan rasa bersalah di hati Nadhif.

Mata Nadhif menangkap bekas bubur Knorr di atas meja sisi katil dan sepapan panadol.

"Sayang, bangun. Dah solat asar ke belum ni?" Dahi isterinya dicium sekilas sebelum rambut Arisya diraup kebelakang.

"Hurm...dah." Perlahan sahaja Arisya membalas.

"Gorgeous kenapa ni? Demam ke?" Ditekapkan tangannya ke atas dahi isteri, tak ada pula demam, mungkin pening kepala saja.

"Kita pergi klinik jom, abang risaulah." Nadhif sudah berura-ura untuk mengambil tudung sarung Arisya tetapi lengannya ditarik oleh gadis itu.

"Takpe abang. Fiya dah biasa, sekejap je ni, nanti hilanglah." Kelopak mata dibuka perlahan-lahan untuk melihat suaminya.

"Gorgeous dah makan?"

"Tu." Dijuihkan bibirnya ke arah bubur di sebelah. Arisya bangkit perlahan-lahan dan Nadhif pantas membantunya untuk bersandar di kepala katil.

"Gorgeous makan ni je ke harini?" Berkerut dahi Nadhif menyoal.

"Hmm." Tiba-tiba teringat kejadian tengah hari tadi, tidak semena-mena Arisya menitikkan air mata.

Kempunan nasi ayam.

"Eh? Kenapa nangis ni sayang?" Dielus lembut pipi isterinya sebelum tubuh Arisya perlahan-lahan dibawa ke dalam pelukan.

"Fiya nak makan nasi ayam..." Bibirnya sudah tersebik habis. Air mata yang tadi hanya turun setitik dua kini sudah mengalir deras. Lantak lah Nadhif nak kata apa pun, yang penting dia memang mahu makan nasi ayam sekarang.

"Okay abang pergi beli tapi sebelum tu..." Nadhif meleraikan pelukan mereka untuk merenung anak mata Arisya.

"Fiya datang pangkalan tadi buat apa?" soal Nadhif.

"Mana ada Fiya datang kat pangkalan." Tangan yang berada di bahu Nadhif serta-merta dilarikan.

"Gorgeous tak boleh tipu, abang nampak ada orang langgar sayang dekat kedai makan tadi."

"Mana abang tahu tu Fiya? Entah-entah tu orang lain, abang kan seronok makan dengan Bella tu." Mulutnya ditekup pantas. Alamak kantoi skodeng laki sendiri. Adumak kan dah terlepas cakap.

Nadhif senyum meleret. Sangkaannya tepat. Memang Fiya yang dilanggar oleh lelaki tadi.

"Bukan macam tu sayang, Bella dengan Farah ajak abang lunch sebab esok diaorang dah nak balik Seremban. Gorgeous jangan salah faham." Diusap lembut kepala isterinya itu.

"Farah pun ada?"

Nadhif senyum sebelum kepalanya diangguk beberapa kali. Jari-jemari Arisya disentuh perlahan sebelum lelaki itu menyambung bicara.

"Wildan pun ada tadi tau. Bukan abang sorang je lelaki kat situ." Dia tahu apa yang berada di dalam fikiran isterinya sekarang walaupun gadis itu tidak berkata apa.

"Fiya ingat abang berdua je tadi..." Kepalanya ditundukkan sedikit. Malu dengan perangainya yang sudah beranggapan buruk terhadap suaminya sendiri.

"Sorry abang, patutnya Fiya call dulu bagitahu abang yang Fiya nak ajak lunch tapi Fiya tak nak call sebab nak buat surprise. Lepas nampak abang dengan Bella, Fiya terus tak pusing dah kat arah kedai yang abang makan, sebab tulah Fiya tak perasan yang Wildan dengan Farah pun ada sekali." Air mata yang tadinya sudah berhenti mengalir, kembali menitis lagi.

Belum sempat Nadhif membuka mulut, Arisya kembali bercerita.

"Fiya tak tau kenapa rasa teringin sangat nak makan nasi ayam tu so Fiya pergi jelah walaupun sorang-sorang. Tiba-tiba nasi pulak jatuh lepas kena langgar dengan lelaki mana entah. Dahlah dapat malu sekali pakej kena siram dengan sup panas pula tu." Disuakan tangannya yang sedikit memerah kepada suaminya.

"Ya Allah, kesian sayang abang ni." Nadhif menarik tangan Arisya sebelum lelaki itu meletakkannya ke atas riba untuk memeriksa bahagian yang terkena sup panas tadi.

"Abang minta maaf, gorgeous. Salah abang sebab tak peka dengan isteri abang sendiri. Lain kali bagitahu je kalau nak lunch dengan abang. Ikutlah abang tengah lunch dengan siapa-siapa pun. Dengan komander sekalipun, tarik je abang pergi ikut gorgeous," seloroh Nadhif di akhir ayat.

Amboi sembang lebih. Kalau jadi betul-betul, mau kena takek dengan komander on the spot.

Uish sheram mat!

"Nasib baik tak teruk mana tangan sayang ni." Bahagian yang sudah memerah itu diusap lembut.

Arisya hanya memandang tingkah suaminya dengan riak wajah yang sebak. Tiba-tiba, mulut terasa ringan untuk bertanya soalan yang satu ini. Belum sempat otak memproses, mulut sudah laju meluncurkan soalan.

"Abang masih sukakan Bella?"

Terhenti tingkah Nadhif mendengar soalan itu. Diangkat wajahnya untuk mencari anak mata Arisya dan muka isterinya yang kelihatan mendung itu diapit dengan kedua-dua tangannya.

"Gorgeous, listen. Apa yang sayang dengar tu cuma cerita zaman sekolah yang dah lapuk sahaja. Not more than that. Perasaan abang dekat dia langsung tak sama dengan perasaan abang dekat sayang. Cinta abang hanya untuk seorang sahaja iaitu Arisya Shafiyyah." Nadhif jeda seketika dan mengukirkan senyuman. Birai mata isterinya dikesat perlahan untuk menghilangkan sisa-sisa air mata.

Ni mesti si Naura yang pergi bagitahu Arisya pasal dia kena reject dengan Bella dulu.

Tunggu ko dik.

"Gorgeous..." Nadhif jeda seketika.

"Yes?"

"I love you." Pandangan mereka bertaut dan Arisya dapat melihat keikhlasan daripada sinaran mata suaminya.

Terus gadis itu tersengih lebar sehingga mata sepetnya hampir tertutup. Tidak disangka kata-kata keramat itu akan terkeluar jua dari mulut seorang Nadhif Zafran.

"I love you too." Arisya kembali merangkul erat tubuh Nadhif dan kepalanya disandarkan ke dada bidang lelaki itu. Tangan Nadhif secara spontan naik mengusap belakang badan isterinya.

"Fiya minta maaf sebab dah cemburu buta," sambung Arisya. Ikutkan hati dia hanya mahu memendam sahaja kerana tidak mahu memanjangkan cerita. Tapi dah Nadhif yang tanya dulu, memang dihamburkan saja semua rasa yang terbuku di dada.

"Takpe, sebab benda tulah yang membuatkan gorgeous special." Pelukan mereka dileraikan sedikit agar Nadhif dapat melihat wajah Arisya.

"Kenapa special?"

"Sebab..."

"Sebab?"

"Sebab nampak comel." Ditarik hidung isterinya lembut sebelum Nadhif tergelak kecil melihat wajah cemberut Arisya.

"Ish! Dahlah pergi beli nasi ayam sana, Fiya lapar ni." Ditolak tubuh sasa Nadhif menjauhinya. Tidak betah diusik lama-lama.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now