bab 47

1.1K 73 6
                                    

SEAWAL lapan pagi Nadhif dan Arisya sudah bergerak ke Dataran Helang. Takut nanti orang ramai dah tak cantik nak ambik gambar.

"Gorgeous duduk situ, abang nak snap gambar." Aplikasi kamera pada telefonnya dibuka dan beberapa keping gambar Arisya diambil.

"Fiya nampak gemuk ke?"

"Tak sayang. Gorgeous abang ni nampak extra gorgeous dengan baby bump tu." Nadhif sengih mengusik.

"Ish apa ni." Tersengih sendirian Arisya apabila dipuji sebegitu. Dress putih yang dipakai oleh gadis itu menampakkan sedikit perutnya yang semakin membesar.

"Gorgeous...tengok kamera," seru Nadhif.

"Abang kira tau," arah Arisya sebelum tangannya naik membetulkan tudungnya sedikit agar kelihatan kemas.

"Okay, one, two..." Nadhif jeda seketika.

"I love you Arisya!" tempik lelaki itu sambil tertawa riang.

Terus sahaja Arisya tersenyum lebar sehinggakan matanya yang sudah sedia sepet itu hampir tertutup. Sungguh berbunga hatinya saat itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Dengan pantas Nadhif menangkap beberapa keping gambar agar momen itu dapat dilihat semula.

Selesai mengambil gambar, Arisya mengeluarkan telefonnya pula dan mula merakam video mereka berdua.

"Abang sini cepat, cakap hai."

Nadhif berlari-lari anak mendekati Arisya sebelum bahu isterinya dipaut mesra.

"Hye! We're at Langkawi! Your mama is five months today, four more months to go! Can't wait to see you smol beans!" kata Nadhif riang.

"See you soon smol!" Arisya memberikan flying kiss ke arah skrin telefon dan Nadhif juga turut mendekati kamera dan lantas skrin telefon itu dicium sekilas.

"Amboi abang, kenapa tak masuk terus dalam phone Fiya tu?" soal Arisya saat dia menghentikan rakaman videonya.

"Biar nanti anak kita tengok lepastu dia rasa yang abang kiss dia," kata Nadhif sebelum tepi dahi isterinya dicium mesra.



ARISYA merebahkan tubuhnya di atas katil, kelopak mata terasa berat dan kakinya juga sedikit lenguh. Puas dia berjalan-jalan di Langkawi hari ini bersama suaminya.

Penat yang menyeronokkan.

"Gorgeous, abang tahu Fiya penat tapi pergi mandi dulu, lepastu kita solat Isyak sama-sama. Nanti lepas solat abang urut kaki tu." Kaki Arisya ditepuk perlahan.

"Okay abang." Arisya hanya menurut, melangkah masuk ke bilik mandi dengan tualanya.

Nadhif bergerak ke almari untuk mengemas pakaian mereka ke dalam bagasi. Pagi esok mereka akan bertolak pulang ke Selangor.

Tidak lama kemudian, Arisya keluar dari bilik mandi dengan berpakaian biasa sambil tangannya mengeringkan rambut menggunakan tuala.

"Abang mandi kejap tau." Bajunya ditanggalkan dan Nadhif menghilang ke dalam bilik mandi.

Seusai solat Isyak berjemaah, Arisya terus sahaja merebahkan diri di atas katil. Berat sungguh matanya saat ini. Ini kalau pejam, memang terus ke alam mimpi.

Sesaat.

Dua saat.

Akhirnya, Arisya terlena.

"Penat sangat lah tu," omel Nadhif perlahan. Kaki isterinya diangkat perlahan-lahan dan diletakkan ke atas riba. Minyak panas yang sentiasa dibawa, disapukan sedikit ke tangan sebelum Nadhif bertindak mengurut kaki Arisya.

Nadhif memandang isterinya sekilas sambil tersenyum sebelum menyambung tingkahnya yang terhenti tadi.



"GORGEOUS, kenapa tak tidur lagi tu?" soal Nadhif apabila melihat Arisya yang masih menghadap komputer riba di meja yang memang sudah tersedia di dalam bilik tidur mereka. Matanya mengerling ke arah jam dinding, sudah pukul sebelas malam.

"Kejap, nak make sure semua material lecture esok dah prepare," jawab Arisya sambil matanya tidak berkalih dari skrin komputer riba tersebut.

Nadhif menggeleng kepala melihat gelagat isterinya itu. Dua hari lepas, balik sahaja dari Langkawi, itu sahajalah kerja Arisya. Menghadap komputer riba. Entah apa yang dibuat, Nadhif pun tidak pasti.

"Tak elok tau gorgeous tidur lambat, sayang tu pregnant, kena dapat tidur yang cukup. Esok pulak dah kena masuk kerja." Nadhif berjalan mendekati isterinya. Skrin komputer riba itu diperhati lama. Fail-fail nota dan latihan sudah tersusun elok mengikut minggu pembelajaran.

Isterinya ini suka betul buat kerja di saat akhir. Lepastu semua benda kena perfect. Tak faham sungguh.

"Okay, okay, dah nak siap. Sabar."

"Cepat abang kira sampai tiga, kalau tak siap jugak abang angkat je gorgeous naik katil."

"Eh apa ni?" Dengan pantas dia menyiapkan kerjanya yang terakhir. Jari jemari lincah menari di atas papan kekunci dengan kelajuan maksima.

"Satu..."

"Sabarlah!"

"Dua..." Tangan Nadhif sudah memegang bahu isterinya.

Cepat-cepat Arisya meletakkan komputernya dalam mod 'sleep'.

"Tiga!"

"Dah sia...arghhh!" Terjerit kecil Arisya apabila tubuhnya terasa melayang ke udara. Terus sahaja leher Nadhif dirangkul erat.

"Okay baby besar abang, cepat tidur." Tubuh Arisya diletakkan ke atas katil dan comforter ditarik menutupi tubuh mereka berdua.

"Abang..."

"Ya sayang."

"Sakit pinggang, tolong urut." Sengaja Arisya melunakkan suaranya agar kedengaran manja. Biar suaminya tewas.

"Allahu sayang, bagi abang bertenang kejap, lima minit je." Lengannya diletakkan ke dahi gaya dramatik.

"Janganlah abang..." Dileretkan lagi suaranya sambil menarik tangan Nadhif yang berada di dahi lelaki itu.

"Alamak gorgeous, tambah sepuluh minit lah macam ni!"

"Nadhif Zafran!" kata Arisya keras. Hilang terus mood bermanjanya tadi. Tak jadi nak goda. Lain pula yang dia dapat sekarang ni.

"Orang tekup muka dengan bantal baru tau." Dirinya yang tadi berbaring terus duduk bersila di atas katil menatap wajah suaminya yang sedang tersengih-sengih.

Sengih-sengih, cium kang baru tau.

Eh?

"Gorgeous nak bunuh abang ke?" Nadhif berpura-pura terkejut.

"Abang cepatlah, sakit ni." Arisya sebikkan bibir sebelum perlahan-lahan air matanya menitis ke pipi.

"Eh, eh, jangan nangis. Okay, okay abang urut." Nadhif sudah menggelabah. Itulah tadi menyakat sangat. Kan dah kena.

Arisya yang melihat tingkah suaminya tergelak kecil. Air mata palsu itu disapu perlahan sebelum dia kembali tertawa riang.

"Ooo gorgeous kenakan abang ye." Nadhif menyilangkan tangannya ke dada. Kalut dia tadi, rupanya kena prank!

"Abang lah lambat sangat. Fiya nak tidur ni, penat." Tubuhnya dibaringkan mengiring membelakangi Nadhif agar lelaki itu lebih mudah untuk mengurut pinggangnya.

"Ya sayang, tidur, tidur." Ditepuk lembut bahu Arisya sebelum tangan bergerak mengurut pinggang isterinya itu.





🍵 — okay chapter happy happy dah habis. prepare yourself.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now