bab 24

1.3K 66 4
                                    

MAJLIS sambut menantu diadakan pada waktu malam. Meriah banglo mewah Tuan Zamri dengan saudara-mara yang datang.

"Sinilah abang suap." Ditarik pinggan Arisya yang sudah terisi dengan nasi minyak mendekatinya.

"Malu lah nanti orang tengok." Tangannya ingin menarik kembali pinggan itu namun ditepuk lembut oleh Nadhif.

"Apa pulak macam tu. Sayang kan sayang saya, suka hati lah nak suap pun." Nadhif tersenyum kecil sebelum sudu dan garfu diambil.

"Betul jugak tu. Fiya kan sayang abang, takkanlah abang nak pergi suap orang lain pulak kan?" balas Arisya semula sambil memberikan senyuman yang paling comel di mata Nadhif.

"Cepatlah nak nasi," kata Arisya sebelum tangannya naik untuk menepuk paha suaminya.

Tersenyum Nadhif melihat tingkah Arisya. Bibir isterinya dicuit sedikit sebelum nasi minyak itu disuapkan kepada isterinya.

Berselera betul Arisya makan, daripada tadi lagi dia menahan lapar kerana diseret oleh Nadhif kehulur-hilir untuk berkenalan dengan saudara-mara suaminya itu.

Satu suara mematikan tingkah Nadhif yang ingin menyuap suapan terakhir ke dalam mulut isterinya.

"Hai Zaf!"

"Haa sampai pun korang. Ingatkan tak nak datang dah," seloroh Nadhif kepada insan yang menegurnya tadi.

Arisya menoleh ke arah suara tersebut dan dihadapannya terdapat dua orang wanita yang tersengih-sengih ke arah mereka berdua.

Ini siapa?

"Itulah kau, patutnya kau kena percaya yang aku ni boleh drift dari Seremban sampai KL," kata salah seorang daripada mereka yang terlihat sangat cantik dengan rambutnya yang dilepaskan.

Arisya mengerling ke arah suaminya sekilas. 'Sembang gego mu bang, derah (cepat) lah suap, nok habis doh padahal nasi tu,' desis hati kecil Arisya.

Tangan Nadhif yang masih memegang sudu tersebut ditarik dan disuapkan sendiri ke dalam mulutnya.

"Oh ya gorgeous, ini kawan abang masa high school dulu. Yang ni Bella, sebelah dia ni Farah." Nadhif memperkenalkan dua wanita di hadapannya dan mereka tersenyum ke arah Arisya.

"Hai. You can call me Fiya." Arisya tersenyum ramah.

"Korang boraklah dulu, Fiya nak basuh pinggan ni." Arisya lantas berdiri dari tempat duduknya. Tidak betah hendak berlama, dia pun tidak tahu kenapa.

"Eh gorgeous..." Nadhif tidak sempat menghabiskan kata, Arisya sudah bergegas ke dapur.

Dipandang ke arah dapur di mana kelibat isterinya hilang, Nadhif berkerut kening? Kenapa dengan isterinya itu?

Sementara Arisya yang sudah berada di sinki, menyental kuat pinggan yang digunakan tadi. Aduh dah kenapa dia ni? Takkan lah dengan gadis itu pun dia nak cemburu? Tiada sebab Arisya, kau jangan nak merepek.

Semasa Arisya keluar dari dapur, tiga sekawan itu sudah tiada di meja makan. Kakinya laju dibawa ke pintu utama dan kelihatan mereka sedang ketawa riang di bawah khemah yang disediakan.

"Kak Fiya okay? Abang Zaf mana?" Naura berjalan mendekati kakak iparnya yang berdiri di hadapan pintu. Anak matanya turut melihat ke arah yang diperhatikan oleh Arisya.

"Ish abang ni buat hal lah," bisik Naura perlahan.

"Naura, akak nak tanya boleh?" Arisya menoleh ke arah adik iparnya.

"Bella tu siapa ya, nampak rapat semacam."

"Itu girl bestfriend abang masa dekat sekolah menengah. Tak sangka diaorang still in contact. Terkejut juga Naura, yelah dulu lepas abang kena reject..." Mulutnya ditekup rapat apabila menyedari yang dia terlepas kata.

"Kenapa dengan Zafran? Kena reject dengan siapa?" Sabar Arisya, jangan tuduh yang bukan-bukan.

"Kak Fiya jangan bagitahu abang yang Naura cakap ni ye."

Arisya pantas mengangguk agar Naura meneruskan kata. Cepat sebelum Nadhif datang!

"Abang kena reject dengan Kak Bella lah. Dulu abang pernah suka dekat dia."

Arisya diam terbisu. Otak mula berfikir yang bukan-bukan dan syaitan mula menjalankan kerja untuk menghasut.

"Akak jangan risaulah. Itu cintan cintun monyet je. Abang sayangkan akak sorang je sekarang," pujuk Naura apabila melihat riak wajah Arisya sudah berubah.

Macam mana kalau Nadhif masih lagi mempunyai perasaan pada Bella?

Tanpa sedar, keluhan dilepaskan.


NADHIF meminta diri terlebih dahulu apabila dia mendapati bahawa isterinya sudah menghilang dari tadi. Ke mana Arisya membawa diri?

"Psst! Abang!" bisik Naura keras. Diberi isyarat untuk datang ke arahnya menggunakan tangan.

"Kenapa? Kak Fiya mana? Abang cari tak jumpa." Suara Nadhif kedengaran resah.

"Itulah abang, sakan sangat berborak dengan kawan baik abang tu." Terjuih bibir Naura mengejek abangnya.

"Borak pun salah ke?" soal Nadhif kehairanan.

"Tak cakap pun salah tapi itulah abang kan dah kahwin, kenalah jaga hati bini." Naura masih lagi berkias.

Makin berkerut kening Nadhif. Adiknya ini hendak sampaikan mesej apa sebenarnya?

"Ish abang ni! Lembap betul lah!" Dijentik dahi abangnya sehingga lelaki itu mengadu kesakitan.

"Kak Fiya jealous lah tengok abang dengan Kak Bella tu, Naura yang tengok pun rasa macam entah apa-apa, apatah lagi Kak Fiya." Naura tayang riak wajah jengkel.

Nadhif bergegas memanjat anak tangga apabila Naura memberitahu bahawa kakak iparnya sudah menghilangkan diri ke dalam bilik.

Daun pintu dikuak perlahan-lahan dan pandangannya jatuh kepada tubuh Arisya yang sedang berbaring di atas katil. Gadis itu masih lagi dalam jubah dan tudung yang dipakai untuk majlis mereka.

Plushie rimau itu juga sudah dipeluk kemas.

"Sayang..." Nadhif mendekati isterinya. Diusap lembut kepala Arisya yang masih ditutupi dengan tudung.

Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka, denyutan di kepala masih terasa.

"Abang, kenapa ni?"

"Gorgeous okay tak ni? Hmm?" Melihat bibir isterinya yang sedikit pucat menimbulkan sedikit kerisauan Nadhif.

"Okay aje, sakit kepala sikit, tadi dah telan panadol sebab tu Fiya tidur," jawab Arisya lemah. Tadi sebaik sahaja masuk ke bilik, terus tangisan dihamburkan, padanlah dia sakit kepala sekarang.

Tangan Nadhif bergerak lincah untuk menanggalkan tudung Arisya sebelum gadis itu menghalang.

"Eh majlis tak habis lagi kan? Nanti orang kata apa pulak, Fiya nak rehat kejap aje, jomlah turun." Digagahkan jua badannya untuk turun dari katil.

"Takpe sayang, sekarang yang tinggal cuma kenalan mummy and daddy je, biar diaorang aje yang layan." Terus ditanggalkan tudung shawl Arisya. Jarum disimpan di dalam bekas di atas meja manakala shawl dan anak tudung disangkut di bahagian belakang pintu almari.

Nadhif kembali melabuhkan punggung di sebelah Arisya. Rambut gadis itu dileraikan daripada ikatan dan Nadhif bersandar di kepala katil. Badan Arisya ditarik lembut dan kepala isterinya dilentokkan ke atas dada bidangnya.

"Kawan-kawan abang macam mana?" soal Arisya. Takut pula jika dia dilabel 'controlling' nanti.

"Diaorang dah balik." Tangan Nadhif lincah bergerak mengurut kepala isterinya.

Arisya hanya mendiamkan diri dan menikmati urutan daripada suaminya itu. Nadhif memandang wajah Arisya yang sepertinya sudah kembali terlena.

"Abang minta maaf," bisik Nadhif perlahan. Dicium ubun-ubun isterinya dengan penuh kasih sayang.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now