bab 17

1.4K 78 10
                                    

"ISH mana dia ni?" Bebola mata Arisya bergerak-gerak mencari gerangan Nadhif Zafran. Tadi dah cakap jangan lambat, lah dia lambat jugak.

Terasa bahunya dicuit seseorang, tubuh Arisya serta merta menjadi kaku. Walaupun traumanya sudah semakin baik tetapi dia masih belum pulih sepenuhnya daripada peristiwa hitam tersebut.

"Fiya?" Suara seseorang yang dikenali menghalau segala rasa gelisah di hati.

Terus sahaja Arisya pusing kebelakang setelah menarik nafas lega. Tergamam gadis itu melihat penampilan Nadhif yang segak beruniform maritim di hadapannya itu. Jarak lelaki itu dengan Arisya betul-betul dekat.

Ini kalau tersembam, confirm dah tercium dada bidang Nadhif.

Melihat Arisya yang diam tidak berkutik, Nadhif sengih dan melebarkan semula jarak kedudukan mereka sekadar untuk membuat gadis itu selesa.

"Sorry lambat, aku ada kerja sikit dekat base tadi." Nadhif menyeluk kedua-dua belah tangan ke dalam poket seluar. Sebenarnya lelaki itu sedikit berdebar, maklumlah ini kali pertama mereka berjumpa semula selepas dia mengajak Arisya berkahwin dengannya di kafeteria tempoh hari.

"Alamak you dari tempat kerja ke?" Serba-salah Arisya dibuatnya. Ingatkan hujung minggu macam ni, Nadhif pun cuti.

"Kau fikir aku kerja 8 to 5 macam lecturer ke?" sakat Nadhif.

"Manalah I nak tau pasal you punya work scope ni." Arisya memeluk tubuh, menayang muka jengkel.

Sekejap...

"Macam mana you tahu I kerja lecturer?" Arisya mula menyoal. Matanya dikecilkan sedikit untuk menunjukkan riak wajah saspen.

"Shafiq," jawab Nadhif pendek sambil bibir lelaki itu tersenyum tipis.

Arisya mengangguk perlahan sebelum dia kembali memandang wajah Nadhif. Dia ingin berkata sesuatu tetapi bicara Nadhif mematikan niatnya.

"By the way, kau kenalah tau work scope aku sebab nanti kan kita nak tinggal sebumbung." Nadhif sengih mengusik.

"Eh kenapa pulak, bumbung rumah I dengan bumbung rumah you lain," bidas Arisya.

"Bumbung rumah kita kau nak warna apa? Merah? Biru? Pink?" Terletus tawa Nadhif apabila dia melihat riak tidak puas hati Arisya.

"Tak sekarang ni apa yang you cuba nak sampaikan sebenarnya?" Geram pula Arisya dibuatnya. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

"Dia yang ajak jumpa, dia tanya kita pulak." Nadhif memeluk tubuh.

Oh ya. Hampir terlupa sebab utama kenapa dia hendak berjumpa dengan Nadhif. Rasa malu mula menguasai diri. Arisya tunduk memandang kasutnya yang sedikit kotor terkena lumpur di kawasan tasik itu.

"Fiya?"

"Jap sebelum tu, you hisap rokok tak?" soal Arisya. Dia tak suka lelaki yang hisap rokok. Kalau Nadhif kata ya, memang dia lari dan batalkan sahaja niat sebenarnya.

Nadhif mengerutkan keningnya apabila mendengar soalan Arisya tetapi dia tetap memberikan jawapan.

"Aku tentera Fiya. Mana boleh hisap rokok. Boleh jejaskan performance aku kalau ada operasi nanti."

"Vape?" Sekali lagi Arisya menyoal.

"Nope. I'm not interested."

Wow. Susah betul nak cari yang macam ni zaman sekarang. Harap-harap Nadhif tidak menipu. Kalau tak dia mengadu jelah dekat Arfan, mesti abangnya akan memberikan pengajaran kepada sahabatnya ini.

"Kalau macam tu..."

Arisya berhenti seketika sebelum nafasnya ditarik untuk mengumpulkan kekuatan sebelum dia menyambung bicaranya.

"Iterimalamaranyou." Dalam satu nafas dan dengan kelajuan maksima Arisya menghamburkan kata.

"Haa?" Berkerut kening Nadhif ingin mentafsir ayat yang dibicarakan oleh Arisya tadi. Laju betul. Macam tengah rap pun ada.

"I terima lamaran you." Kali ini Arisya berbisik perlahan.

Nadhif meraup rambutnya kebelakang. Senyuman turut disembunyikan. Entah apalah susah sangat ayat yang hendak dituturkan oleh Arisya. Ke dia yang dah lama tak korek telinga?

"Kau ni nak cakap dengan aku ke atau nak cakap dengan diri kau sendiri? Bisik-bisik macam tu kau ingat aku dengar?" Nadhif tergelak kecil sebelum kepalanya digelengkan beberapa kali.

"I terima lamaran you!" tempik Arisya kuat. Tak dengar sangat kan? Bukan main lantang suaranya bergema di kawasan tasik tersebut. Ada juga mata-mata yang sudah memerhati dari jauh.

"Woi apa jerit-jerit ni, nanti orang ingat aku nak apa-apakan kau." Nadhif menoleh ke kiri dan kanan. Sudahlah dia itu masih lagi dalam uniform maritim. Nanti orang viral kang tak pasal.

"You lah pekak badak betul." Turun naik dada Arisya. Rasa lega sudah bercampur aduk dengan rasa marah kepada Nadhif.

"Amboi tak baik marah-marah future husband kau ni."

"Future husband?"

"Yelah dah tadi kau cakap kau terima lamaran aku, takkanlah aku jadi future wife kau pulak," seloroh Nadhif.

"Jangan main-main lah orang tengah serius ni." Arisya memukul dada bidang Nadhif menggunakan telefon di tangannya.

"Orang pun tengah serius ni," jawab Nadhif selamba.

Melihat jelingan Arisya kepadanya, Nadhif mengangkat kedua-dua belah tangan gaya hendak menyerah diri.

"Okay-okay. Garang betul. Bakal bini siapa lah ni."

"Bakal bini Zafran zirafah." Haa ingat Nadhif sorang je yang boleh sakat dia? Siapa suruh tinggi sangat? Nasib baik aku tak samakan kau dengan pokok kelapa.

"Baik Cik Fiya, nanti rombongan Zafran zirafah datang masuk meminang mek ganu ikang singgang kita ni." Nadhif sudah tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih.

"Jangan nak racist!" bidas Arisya sebelum berlari meninggalkan Nadhif. Dia masih malu dengan pengakuannya tadi. Lari jelah nanti hadap muka dia lama-lama rasa berdebar pulak.

"Haa lari, larilah, nanti dah kahwin tak boleh lari dah." Pecah tawa Nadhif apabila melihat Arisya berlari menjauhinya sebelum gadis itu meloloskan diri ke dalam kereta.



SENYUMAN Nadhif tidak lekang dari bibirnya sehinggalah dia duduk di sofa ruang tamu.

"Haish angau sangat ni Ya Allah." Terasa bahang pipinya setiap kali teringat akan pengakuan Arisya tadi. Mukanya diraup beberapa kali untuk kembali ke dunia nyata.

"Ish tak boleh lah." Nadhif mengekek ketawa sebelum tubuhnya dibaringkan ke atas sofa. Kakinya diangkat-angkat ke udara, menunjukkan keterujaannya.

"Eh anak mummy ni dah kenapa?" Puan Nuha yang mendengar suara seseorang di ruang tamu terus keluar dari dapur.

Kenapa dengan anak terunanya yang sorang ini?

"Kamu ni buang tabiat ke Zaf? Dengan uniform lengkap lagi ni, pergi naik mandi. Lepas solat Maghrib nanti turun makan." Puan Nuha memukul kaki anaknya agar Nadhif sedar akan kewujudannya di situ.

"Okaayyyy mummyyyy," jawab Nadhif meleret sebelum langkah diatur ke bilik tidurnya.

"Dah macam orang jatuh cinta," bisik Puan Nuha sendirian sebelum kaki diorak ingin ke dapur semula.

Terhenti langkah Puan Nuha apabila dia tersedar sesuatu.

"Zaf tengah jatuh cinta ke?!"

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now