bab 37

1.2K 69 0
                                    

DERINGAN telefon menyentakkan Nadhif yang sedang elok memeluk bantal milik Arisya. Baru beberapa jam berjauhan dah macam hilang akal lelaki ini.

Terus sahaja telefon digapai dengan harapan bahawa isterinya yang menelefon. Namun sangkaannya meleset saat nama lain yang tertera.

"Disangkakan adik malah abangnya." Nadhif mengeluh perlahan sebelum tangan menggesel ikon hijau.

"Kenapa call?"

"Weh Zaf, adik aku punya trip kat Pulau Redang kan?" Soalan berbalas dengan soalan.

"Haah, kenapa? Kau membuta dari pagi tak datang airport siapa suruh?" Ini kalau Arfan nak membebel sebab dia tak bawak lelaki itu ke lapangan terbang juga, memang Nadhif PosLajukan penumbuk pada abang iparnya yang satu itu. Tidur macam tak ingat dunia.

"Lantak lah yang tu. Ni kau ingat tak aku ada letak location tracker dekat kereta anak buah Kadok tu?"

Nadhif bingkas bangun dari pembaringannya. Serius saja suara Arfan, ada yang tak kena ke?

"Yes, why?" Tiada lagi nada bergurau.

"Aku ada check tadi and location paling recent adalah dekat Terengganu, sebelum ni elok aje dekat area KL," jelas Arfan sebelum maklumat di komputer ribanya disimpan.

"Macam ada benda tak kena ni, aku akan inform kat Tuan Hamid. Sementara tu, kau update dekat team kita," arah Nadhif sebelum dia meletakkan bantal Arisya ke tempat asal. Baju T-Shirt disarungkan ke tubuh sasanya sebelum dia bergegas keluar dari rumah.

Selepas menamatkan panggilan daripada Arfan, terus sahaja nombor Arisya didail.

"Angkat call abang sayang," bisik Nadhif risau.

Kalaulah dia ikut sekali tadi.

Rambutnya diraup kasar sebelum talian bersambung.

"Gorgeous are you okay?!" soal Nadhif cemas.

"Ini husband Fiya ke?" Suara seorang perempuan menyapa telinga Nadhif.

Bukan suara isterinya.

"Yes, dia ada tak?" Nafas yang tadinya terasa sedikit lega kembali tersekat.

"Dia..."

"Kenapa dengan Arisya?" Nadhif sudah mahu mengertak tetapi banyak kali dia beristighfar. Menguji kesabaran sungguh cakap separuh-separuh ni, cakap jelah sampai habis. Tiada masa dia hendak meneka perkataan seterusnya.

"I pun tak sure tapi tadi I pergi bilik Fiya dengan Nad, dua-dua dah takde and handbags diaorang ada dekat atas lantai depan pintu bilik including their phone, sebab tu phone Fiya ada dengan I, tapi I pasti yang diaorang dua dah hilang," jelas Mia ketakutan. Dapat dirasakan suami Arisya sedang menahan emosi.

"Dah buat report?"

"Tak boleh lagi sebab diaorang hilang for less than twenty four hours."

Nadhif mengeluh kasar sebelum wajahnya diraup sekali. Betul juga apa yang dikatakan oleh perempuan itu. Pintu kereta ditutup sebelum enjin dihidupkan.

"It's okay, leave this to us." Panggilan dimatikan dan nombor Tuan Hamid didail sebelum keretanya dipandu keluar dari garaj rumah.



"SAYA yakin kes ni berkait." Maklumat-maklumat yang ditayang menggunakan projektor itu diperhatikan dengan riak wajah serius. Tuan Hamid sudah menyilangkan tangannya ke dada.

"Melalui info yang saya dapat daripada bahagian siasatan, ada kes penyeludupan senjata api secara haram menerusi sempadan Thailand..."

"Tapi untuk operasi kali ini, saya nak kamu tolak tepi perasaan dan jangan terlalu beremosi." Tuan Hamid mengerling sekilas ke arah Nadhif dan Fayyad.

Dua sampul surat bersaiz A4 ditolak kepada mereka berdua. Hampir putus nafas Nadhif dan Fayyad apabila isi sampul itu dikeluarkan dan ditilik. Masing-masing menahan kerutan agar tidak terlalu kelihatan di wajah kerana mereka sudah dilatih untuk berdepan dengan pelbagai musibah dalam keadaan apa jua sekalipun.

"Betul cakap kau Fiq, pengawai bahagian penyiasatan dah call IPD Terengganu dan mereka sahkan memang owner kereta yang kau track tu masuk kat Jeti Merang untuk ke Pulau Redang," jelas Tuan Hamid.

"Kadok dengan anak buah dia, sekali dengan Raf tu bergiat sama dalam aktiviti penyeludupan senjata api secara haram ni, tapi dukacita saya ingin maklumkan..." Nafas ditarik panjang sebelum Tuan Hamid menyambung.

"...isteri Zafran dan Fayyad dijadikan tebusan di atas kapal mereka."

Gambar yang diambil daripada CCTV berdekatan kawasan chalet dan sekitar kawasan Pulau Redang dirampas oleh Arfan daripada tangan Nadhif.

Memang sah. Gadis yang terkulai lemah dalam dukungan seorang lelaki yang memakai pelitup muka itu ialah adiknya. Arfan pasti lelaki itu ialah Rafid Amsyar.

"Dia saja nak pancing kita ni, lepastu pakai adik aku jadi tebusan. Bodoh." Arfan berkata keras sebelum gambar-gambar itu diletak kasar ke atas meja.

Wildan pula mengambil sampul Fayyad untuk turut sama melihat gambar tersebut. Tangan Fayyad sudah dikepal erat sehingga menampakkan urat tangannya. Mata pula sudah berkaca-kaca.

Nadhif juga turut sama tetapi air matanya ditahan agar tidak menitik disitu jua. Ikutkan hati memang hendak meraung sahaja tetapi sebagai seorang perajurit negara, dia harus tabah mengharungi misi kali ini.

"Untuk Ops Helang ni, saya pilih kumpulan kamu untuk berada paling hadapan jadi Zaf, kamu akan ketuai operasi kali ini. Pasukan Alpha dipilih untuk selesaikan kes ini sebab kamu berempat merupakan pasukan elit. Pasukan Bravo dan Beta juga akan turut serta untuk memberi bantuan. Komander misi akan memberikan taklimat kepada semua yang terlibat satu jam daripada sekarang," tegas Tuan Hamid memberi penerangan.

"Faham?"

"Faham tuan!"

"Dismissed." Usai memberi penerangan dan arahan, Tuan Hamid bingkas bangun dan berlalu keluar.

Sebaik sahaja pintu ditutup Fayyad terus mengalirkan air mata. Arfan pula sudah berdecit kegeraman sebelum rambutnya diraup kasar.

Nadhif?

Lelaki itu hanya diam dan termenung melihat gambar yang diberikan oleh Tuan Hamid tadi. Gambar Arisya yang kelihatan seperti sedang bergelut dengan seorang lelaki yang menutup mulut gadis itu menggunakan kain dipegang dengan tangan yang sudah menggigil hebat.

"Zaf?" panggil Wildan lembut.

Nadhif menoleh dan mengoyakkan senyuman tipis. Sebagai ketua, dia harus kelihatan kuat walaupun sekarang hatinya ibarat ditusuk belati apabila cinta matinya berada dalam bahaya.

"Aku percayakan kau untuk lead operasi ni. Kita boleh. Aku yakin kita boleh. Kita dah jalankan tugas bersama untuk bertahun-tahun. Aku tahu tugas kali ini tak mudah untuk korang bertiga tapi ini jalan yang kita pilih. Aku percaya korang semua kuat. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan selamatkan diaorang kan?" Wildan menyuntikkan kata-kata semangat kepada tiga orang sahabatnya.

Mereka bertiga angguk. Semangat semakin membara apabila melibatkan insan yang tersayang.

Nampaknya Rafid Amsyar sudah menempah bala.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now