bab 50

1.1K 66 8
                                    

"FIYA." Puan Nuha tersenyum manis saat dia melangkah masuk ke dalam wad Arisya.

"Hai mummy." Arisya bangun perlahan-lahan untuk bersandar di kepala katil.

"Menantu mummy ni macam mana? Dah okay?" Puan Nuha berjalan mendekati Arisya sebelum dia meletakkan bekas makanan di atas meja yang disediakan.

Bibir pucat Arisya mengukir senyuman sebelum dia mengangguk perlahan.

"Baguslah kalau macam tu. Mummy ada masak bubur ni, Fiya makan ye." Penutup bekas dibuka dan aroma makanan tersebut menjamah hidung Arisya. Kecur liurnya.

"Thank you mummy." Sudu diambil sebelum Arisya menyuapkan bubur tersebut ke dalam mulutnya. Sedap betul.

"Mummy datang sorang je ke?" soal Arisya. Dia ada juga menjenguk sedikit ke arah pintu tadi sebaik sahaja Puan Nuha masuk. Tiada sesiapa pun selain ibu mertuanya.

"Daddy kamu tu dia tengah jaga Zaf..." Puan Nuha perasan perubahan riak wajah Arisya apabila nama anak lelakinya itu disebut.

"Fiya nak jumpa Zaf?" soal Puan Nuha kepada menantunya. Dia kesiankan Arisya, wajah gadis itu juga tampak lesu dan matanya sedikit bengkak.

"Boleh ke?"

"Boleh sayang. Fiya dah boleh discharge pagi ni," jawab Puan Nuha. Tadi dia ada bertanya pada jururawat yang bertugas menjaga kaunter di bahagian ruangan wad ini.

"Zaf operate pukul sebelas, ada lagi dua jam sebelum dia masuk bilik bedah. Lepas Fiya siap makan kita pergi ye."

"Fiya dah siap!" jawab Arisya pantas.

"Haip! Makan sampai habis dulu." Puan Nuha membuat gaya bercekak pinggang. Baru makan tiga mulut dah siap apanya.

"Dah kenyang." Arisya senyum tawar.

"Kalau kamu dah kenyang, cucu mummy belum kenyang." Sesekali Puan Nuha mengerling ke arah perut boyot Arisya. Tipulah kalau cakap tiga suap dah cukup. Patutnya dia bawak dua bekas tadi, menantunya ini makan untuk dua orang.

"Macam mana mummy tau?" soal Arisya dalam nada bergurau. Sudu yang diletakkan ke dalam bekas itu diambil semula.

"Ini kan cucu mummy, mummy tau lah." Puan Nuha mengenyitkan matanya. Lega sedikit hati apabila melihat Arisya sudah kembali tersenyum. Pagi tadi semasa dia menelefon Arfan, lelaki itu ada memberitahu yang Arisya menangis dalam tidurnya. Sungguh pilu hati seorang ibu.





"ABANG..." Air mata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Sekarang dia bersendirian di dalam wad Nadhif. Tubuh suaminya yang terbaring tidak sedarkan diri didekati perlahan-lahan.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Arisya penuh kesal. Tangan kanan suaminya digenggam erat bagai menyalurkan kekuatan.

"Abang bangun lah. Fiya rindu." Hatinya sudah berdetak tidak waras lagi. Nadhif pergi meninggalkannya untuk bertugas demi negara pun dia sudah sedih, apatah lagi sekarang.

Tiada balasan yang diterima menyebabkan tangisan Arisya menitis deras. Esakannya juga semakin lama semakin kuat.

"Abang dah janji takkan tinggalkan Fiya," tutur Arisya berselang seli dengan esakannya itu.

"Aduh..." Perutnya digosok lembut tatkala terasa tendangan daripada anaknya. Bagaikan memberi isyarat bahawa anak kecil itu juga merindukan ayahnya.

"Abang tengok tu, anak kita pun rindukan papa dia. Abang tak kesiankan anak kita ke?" Tangan kanan Nadhif yang tidak berbalut dilekapkan ke perutnya. Dan sekali lagi anak mereka memberi reaksi.

Arisya tersenyum tawar sambil menitiskan air mata. Perutnya sedikit sakit akibat tendangan tersebut tetapi dia tidak kisah, anak mereka juga rindukan suara ayahnya.

"Fiya sayang abang. Fiya masih perlukan abang. Abang kuat kan? Insya-Allah operation abang akan berjalan dengan lancar. Tunggu Fiya tau." Dahi Nadhif dikucup lama sebelum Arisya mengesat birai matanya yang masih basah.

Pintu bilik wad dibuka dan Puan Nuha mendekati Arisya.

"Fiya, doktor dah nak tolak Zaf pergi bilik pembedahan. Kita tunggu kat luar jom," pujuk Puan Nuha sambil mengusap lembut bahu menantunya.

Arisya menatap wajah Nadhif buat kali terakhir dengan titisan air mata yang tidak putus sebelum genggaman tangan mereka berdua perlahan-lahan terlerai.





SETENGAH jam mereka menunggu di luar bilik pembedahan. Mata Arisya sudah kelihatan merah dek terlalu banyak menangis. Kepalanya juga semakin pening tetapi dia tetap tidak mahu berganjak daripada ruangan menunggu tersebut.

"Fiya sayang..." Puan Nuha menggosok lembut bahu Arisya. Dia tidak sampai hati melihat keadaan gadis itu sekarang.

"Fiya balik dengan mummy ye. Fiya rehat, makan dulu. Kamu ni tak sihat sepenuhnya lagi," kata Puan Nuha jelas kerisauan.

"Fiya nak tunggu Zaf," perlahan sahaja suara Arisya ketika itu.

"Insya-Allah Zaf tak apa-apa, daddy akan tunggu. Fiya balik rehat dulu. Daddy tengok muka kamu dah pucat semacam. Daddy tak nak kamu pulak yang sakit nanti." Tuan Zamri melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan Arisya.

Akhirnya Arisya akur dengan cadangan mertuanya. Dengan bantuan Puan Nuha, gadis itu bangun dari kerusi namun baru sahaja mengorak beberapa langkah, Arisya hampir terjatuh. Mujur Puan Nuha pantas menyambut tubuh gadis itu.

"Fiya, kamu okay tak ni?!" Nada Puan Nuha sudah bertukar cemas.

"Fiya pening..."

Pegangan pada bahu Arisya diperkemaskan dan Puan Nuha membawa gadis itu bergerak ke arah kereta milik Naura yang sudah sedia menunggu di hadapan hospital.

Melihat keadaan kakak iparnya, Naura keluar dari kereta sebelum bergerak untuk membuka pintu belakang kepada Arisya. Puan Nuha juga turut masuk ke tempat duduk belakang.

"Naura drive slow-slow je, Kak Fiya pening kepala, mummy takut dia tak selesa," beritahu Puan Nuha kepada anaknya seusai gadis itu masuk ke bahagian pemandu.

"Okay." Dikerling sekilas ke arah Arisya melalui cermin pandang hadapan dan rasa simpati mula menghurung diri Naura. Dia juga mati kata apabila berita mengenai kemalangan abangnya sampai ke keluarga mereka namun Naura tidak dapat membayangkan perasaan kakak iparnya saat ini.

Cermin mata hitam dipakai sebelum Naura memasukkan gear dan kereta Honda miliknya keluar dari pekarangan hospital.




🪧 — hello lovelies! sorry for being MIA for two days straight but lately ni i rasa macam cerita i ni cliché so i jadi takut nak update 😞 and also this story is coming to an end so soon and i am not ready to say goodbye yet :( but to those that have been reading my story i would like to say thank you because i wouldn't have the motivation to update this story if it weren't for you guys 🥹💘 love you lots! 💋

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now