bab 6

1.6K 81 3
                                    

BUNYI perut yang meminta untuk diisi mengganggu ketenteraman Arisya. Terpaksa lah dia keluar di awal pagi untuk mencari sarapan. Bukan tidak mahu menjamah nasi dagang air tangan ibunya tapi nak buat macam mana, dia tak suka.

Jersey shawl disarungkan sebelum Arisya mengambil kunci kereta ayahnya untuk ke kedai makan berdekatan. Perut teringinkan nasi minyak, jadi diturutkan sahaja.

"Nok gi mane?"

"Memancing." Arisya berpaling ke arah abangnya dengan riak wajah kosong. Kalau si Arfan ni buat hal lagi memang aku lunyaikan dia terus. Orang tengah lapar ni.

"Ambik duit ni, wak (buat) gi makan." Arfan menghulurkan beberapa keping not RM10.

"Wow, nok pujuk balik ke ni?" Arisya tersenyum lebar sambil menyambut huluran abangnya. Dah orang bagi duit, kita ambil lah apa lagi.

"Eleh baru sikit nok ngajuk doh, nyampah." Arfan membuat muka sebelum dia menonong masuk ke dalam biliknya dengan pantas. Pintunya dikunci agar Arisya tidak boleh memukulnya.

"Nasib mu bagi aku pitih (duit)." Keluar sahaja dari rumah, Arisya sedikit hairan apabila mendapati kereta milik abangnya tiada. Mungkin Zafran yang guna kerana lelaki itu pun tiada di dalam rumah tetapi dia mahu ke mana? Tahu ke dia selok-belok di kampung ini?

Lantak lah.

Arisya meloloskan diri ke dalam Viva milik Tuan Sharif dan kereta itu dipandu ke kedai makan nasi minyak kegemarannya.

Nasi Minyak Mak Uteh.

Tersenyum sendirian Arisya, dah lama mengidam akhirnya dapat jua. Seusai keluar dari kereta, Arisya mencari meja yang sedikit jauh dari orang ramai dan membuat pesanan.

"Cik, bilnya dah ada orang bayar," bagitahu pelayan yang sedang meletakkan nasi minyak dan teh tarik Arisya ke atas meja.

"Eh siyes ah?" soal Arisya meminta kepastian. Muka memang tak cover, terkejut habis.

"Iye betul cik." Pelayan itu menghadiahkan senyuman kepada Arisya sebelum berlalu pergi.

Memang rezeki. Tapi siapa? Nanti lah dia fikir.

"Sedapnyaaa." Dramatik sungguh Arisya ketika itu, dia menari-nari kecil sebelum dikejutkan dengan satu suara di hadapannya.

"Hai Fiya."

Shit.

Bala, bala, ini memang bala.

"Saya dah agak dah mesti awak akan order nasi minyak kan? Macam dulu-dulu." Lelaki itu mengukir senyuman manis tapi langsung tidak kelihatan manis dimata Arisya.

Arisya hanya diam sebelum dia teringat sesuatu. "Kau ke yang bayar makanan aku?" Hampir tersembur nasi dari mulutnya apabila lelaki tersebut mengangguk beberapa kali.

"Tak salah kan, lagipun saya dah jarang nampak awak lately ni."

"So?" Tidak mengendahkan kehadiran lelaki itu, tangan Arisya masih bergerak menyuap nasi ke dalam mulut walaupun suapannya semakin perlahan.

"I miss you."

'Aku tak silap dengar kan? Dia cakap I miss you? Korok (Tengkorak) mung. Pergi mampus lah kau setan.' Ikutkan hati memang nak berlalu pergi tapi perut meminta untuk diisi.

"Kau nak apa lagi Hareez?" Hareez Iskandar, bekas teman lelakinya dipandang tajam. "Tak payah nak buat baik lah, nah aku bayar balik duit kau." Ditolak dua keping not RM10 kepada Hareez.

"No Fiya, I'm serious, I promise I'll change." Hareez berura-ura untuk memegang tangan Arisya tapi sempat ditepis oleh wanita tersebut menggunakan sudu.

Tak jadi dah nak makan. Hilang selera tengok lelaki ni. Dah lah pendek, ego mengalahkan ketinggian sendiri.

"Mu ingat kelako (kelakar) ke bangang. Kau jangan nak sentuh-sentuh aku lah. Aku dah malas nak hadap kebodohan kau ni." Sudu dan garpu dihempas ke atas pinggan. Arisya bingkas bangun untuk keluar dari kedai makan tersebut.

Fine, kalau lelaki ni tak nak berambus, biar dia je yang blah.

Terhenti langkah Arisya apabila Hareez bertindak dengan lebih cepat, memegang lengannya dengan kuat.

"Fiya please." Hareez masih lagi memaksa.

"Let me go." Keras Arisya bersuara.

"No. Fiya, please listen."

"I said.."

"Let go." Suara garau itu berbaur amaran sebelum lelaki tersebut merentap kasar tangan milik Hareez. "She said let go."

"Kau pekak ke? Tak faham bahasa, kalau orang tak nak, tak nak lah." Direnung anak mata Hareez lama sebelum Nadhif menolak lelaki tersebut menjauhi Arisya.

"Kau siapa sial?"

"Aku boyfriend dia."

Riak wajah Hareez jelas kelihatan terkejut, anak mata Arisya dicari untuk mendapatkan kepastian.

Mak aih, ini bukan setakat Hareez, aku pun terkejut beruk. Sekarang nak suruh jawab apa?

"Betul ke Fiya?" Hareez menyoal Arisya, berharap agar gadis itu akan menafikan kenyataan tersebut.

"Be...betul lah." Arisya hanya mengangguk beberapa kali.

"Dah bro, baik kau pergi balik. Jangan kacau girlfriend aku nak makan," sindir Nadhif sambil menepuk-nepuk bahu Hareez.

Hareez memandang wajah mereka berdua dengan ekspresi wajah yang tidak puas hati sebelum tangan Nadhif ditepis dan dia membuka langkah keluar dari kedai makan tersebut.

"Kenapa..kenapa you mengaku macam tu?" Arisya memandang wajah Nadhif dengan penuh tanda tanya.

"Nak tolong kau lah daripada mamat sengal tu. Siapa lelaki tu?" Nadhif mengambil tempat berhadapan dengan nasi minyak yang sudah diabaikan oleh Arisya tadi.

"Ex boyfriend." Arisya mengumam perlahan sebelum dia turut menarik kerusi untuk menyambung agenda makannya yang tergendala.

Nadhif hanya mengangguk sebelum dia mengambil sudu lain daripada bekas yang disediakan. Tisu pula ditarik untuk mengelap sudu tersebut sebelum Nadhif menghulurkannya kepada Arisya.

"Ambik yang ni, sudu tadi kau guna buat tepis tangan mamat tu kan?" Nadhif dapat melihat dari jauh tindakan Arisya tadi.

Sudu itu dipandang tidak berkelip sebelum suara Nadhif mematikan lamunannya.

"Thanks." Arisya tersenyum kecil sebelum nasi disuap ke dalam mulut. Nasib baik dia tidak buat drama seperti membaling nasi tersebut ke muka Hareez. Buat bazir je, baik sambung makan.

Terasa seperti dirinya diperhati, Arisya mengangkat wajah dan dia menemui sepasang mata milik Nadhif yang sedang menikmati keropok lekor.

"You buat apa kat sini?"

"Cari ni." Nadhif mengangkat keropok tersebut untuk ditunjukkan kepada Arisya. Tiba-tiba dia teringat cerita Arfan semasa di meja makan tadi.

"Kau nak ke?" Nadhif senyum mengusik.

"Takmboh."

"Haa?"

"Tak nak."

"Betul ni? Sedap tau." Nadhif menayangkan keropok tersebut betul-betul di hadapan muka Arisya.

"You jangan macam-macam ea. Ada yang kena baling dengan sudu ni karang." Arisya membuat gaya seperti ingin membaling sudu ditangannya.

Nadhif hanya tergelak kecil sebelum dia kembali menyuap keropok lekor tersebut ke dalam mulut.

'Comel.'

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now