bab 3

1.9K 87 0
                                    

"RISAU pulak dengan adik aku kat rumah tu sorang-sorang." Arfan mengumam perlahan. Wajahnya jelas tampak kerisauan.

"Kenapa tak ajak balik sekali?" soal Nadhif mengangkat wajahnya untuk memandang Arfan.

"Dia lecturer so cuti pun sama macam budak belajar, weekend." Arfan masih lagi fokus dengan pemanduannya.

Nadhif mengangguk perlahan. Sedikit kagum juga terhadap pekerjaan adik Arfan itu. Tidak lama kemudian, muncul satu cadangan dari otak lelaki itu.

"Raf kan duduk area situ jugak, kenapa tak bagitahu dia suruh tolong tengok-tengokkan adik kau?"

"Tak hingin aku, dia tu kan pantang kalau nampak perempuan, terus nak dekat, kalau dia tahu adik aku duduk sorang kat rumah, uish memang naya." Peristiwa tiga bulan lepas masih lagi segar di ingatannya. Waktu itu adiknya masih lagi bekerja di kedai buku bersama Aleesa sementara menunggu permohonannya untuk menjadi pensyarah diluluskan.

(Flashback)

"Wow, menariknya!" kata Arisya teruja. Matanya melilau melihat persekitaran pangkalan maritim tempat abangnya bekerja.

"Ni baru sikit, mu dok tengok lagi betapa gempaknya kitaorang kalau ada misi." Arfan menunjukkan gaya acah-acah hot di hadapan adiknya.

Menyampah pulak aku tengok lama-lama.

"Shafiq!" Terdengar satu suara yang memanggilnya dari belakang membuatkan Arfan dan Arisya menoleh ke arah suara tersebut.

"Hai, siapa ni, girfriend kau ke?" soal Rafid sambil tersengih.

"Ni adik aku lah." Arfan menyilangkan kedua tangannya ke dada.

"Oh ada chance lah ni, hai saya Rafid." Senyuman manis turut diberikan kepada Arisya yang jelas kelihatan tidak selesa itu.

"Fiya." Wanita itu hanya membalas sepatah.

"Amboi kau, abang dia ada lagi kat sini, hidup lagi ni terpacak depan mata." Arfan berpura-pura membuat nada tidak puas hati. Si Rafid ini mana boleh dipercayai, tukar perempuan macam tukar spender. Ini kalau dia nak try adik aku memang melayang tubuh Rafid ke dalam laut.

"Janganlah marah, mana tau aku boleh jadi adik ipar kau." Rafid semakin sakan menyakat.

"Pale hotak mung." Tangan sudah mula naik tapi sempat Rafid melarikan diri sambil tergelak riang. Sebelum kena tumbuk betul-betul, baik dia cau. Si Arfan ni bukannya boleh agak tindakan dia nanti.

"Bye Fiya, I will see you later!" Sempat Rafid melaungkan kata-katanya sebelum menghilang di sebalik pintu.

"Hoktu playboy jadi mu doksoh (tak payah) layan, baik mu gi kenal ngan (dengan) bestfriend aku." Arfan menarik lengan adiknya untuk ke bahagian belakang.

"Sape?"

Belum sempat Arfan ingin menjawab pertanyaan adiknya, telefon Arisya berbunyi lalu dia menekan ikon hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello?"

"Fiya, I'm so sorry tapi boleh tak kau tolong coverkan shift Diana petang ni. Dia food poisoning lah pulak." Terdengar suara rakannya, Aleesa, di hujung talian.

"Petang ni?" Jam tangan dikerling seketika. Ada setengah jam sahaja lagi sebelum pekerja shift petang harus masuk. Dia harus pergi sekarang.

"Haah, sorry weh tapi kau je yang takde shift esok. Sabtu kau takde shift kan?" soal Aleesa untuk mendapatkan kepastian.

"Iya, it's okay nanti aku datang." Kecewa sedikit kerana dia tidak dapat bersua muka dengan sahabat baik abangnya itu. Manalah tau kalau lelaki itu memang hensem seperti yang dicakapkan oleh Arfan sendiri.

"Thank you Fiya. Sayang kau." Aleesa membuat bunyi kiss di speaker telefonnya.

"Eww diamlah." Arisya tergelak kecil sebelum panggilan dimatikan.

"Bakpe?" soal Arfan apabila melihat senyuman tawar adiknya.

"Kena cover shift orang so I have to go now, kirim salam to your bestfriend," pesan Arisya sambil mengorak langkah ke arah tempat parkir kereta. Sempat juga dia melambai tangan ke arah Arfan sebelum gadis itu hilang dari pandangan abangnya.

"Baru nak kenalkan dia dengan Zaf." Arfan mengeluh kecil sebelum kembali ke bahagian induk kapal.

(End Flashback)

"Kau nak jodohkan aku dengan adik kau ke?" Itu soalan pertama Nadhif sebaik sahaja Arfan selesai bercerita.

"Apa salahnya, bukan senang tau orang nak bagi greenlight bestfriend sendiri dengan adik dia." Arfan menoleh ke arah Nadhif seketika sebelum kembali memandang jalan raya.

"Banyaklah kau, aku kenal dia pun tak." Ada ke patut si Arfan ni nak suruh dia kahwin dengan adiknya. Gila ke apa. Lagipun dia tengah angau dengan seseorang sekarang. Entah akan jumpa lagi ke tidak.

"Sebab tulah aku nak kenalkan korang dua." Arfan ketawa besar sebelum bahunya dipukul oleh Nadhif.

"Eh bodo, tengah drive ni, kang tak pasal melayang nyawa kita dua nanti." Hampir terlepas stereng yang dipegang tadi dek tumbukan kuat Nadhif. Si Nadhif ni pun satu, tak tau ke yang tumbukan dia tu sakit. Macam pukul dengan besi.

"Habestu kau janganlah gurau bodoh." Nadhif memberikan jelingan maut kepada rakannya di sebelah.

"Gurau pun salah, ish maleh aku." Tersebik bibir Arfan sambil menggosok bahunya yang masih terasa sakit.


"FIYA, ada orang bagi you bunga. I dah letak atas meja." Nadira menunjukkan ke arah sejambak bunga matahari yang terletak elok di atas meja Arisya.

"Who?" Arisya mula hairan. Siapa pula nak kenakan dia ni? Sudahlah dua hari ni rasa macam diperhati sahaja, takut betul.

"I pun tak sure, Kak Yam yang bagi dekat I tadi."

"Kak Yam cakap orang yang bagi tu lelaki. Boyfriend you ke?" Nadira sengih mengusik.

"Nonsense lah you ni, I mana ada boyfriend." Arisya mula membelek bunga tersebut. Mana tau ada bom. Lagipun bunga matahari memang bunga kesukaannya tapi macam mana orang yang bagi ni boleh tau? Stalker ke? Tak mungkin lah dia ini cantik sangat sampai ada orang nak stalk.

"Maybe students I yang bagi?" soal Arisya untuk menutup gusar di hati.

"Boleh jadi jugak." Nadira berkata sebelum mengerling sekilas ke arah jam dinding yang tergantung di dalam bilik Arisya. "Oh I have to go now, nak ambik anak I kat taska. You jangan balik lambat sangat, flight you pergi Terengganu malam ni kan?"

"Haah." Arisya mengangguk untuk menjawab pertanyaan Nadira.

"Okay take care and have fun going back to your hometown!"

"Thanks Nad!" Arisya menghadiahkan senyuman sebelum menghantar pemergian Nadira dengan pandangannya.

Hilang sahaja kelibat rakannya itu, Arisya bingkas bangun lalu mengunci pintu biliknya. Rasa tak sedap hati. Dibeleknya bunga itu sekali lagi sebelum dia menemui satu kad kecil di sebalik daun-daun bunga tersebut.

'I want you, Arisya'

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now