bab 25

1.5K 77 2
                                    

"KENAPA ni abang?"

Belum tidur rupanya.

"Gorgeous tak suka ke abang borak dengan Bella?" soal Nadhif walaupun dia tahu yang Arisya cemburu.

"Eh mana ada, kenapa abang cakap macam tu?" Arisya bangkit daripada pembaringannya untuk memandang Nadhif.

"Lagipun itu kan kawan abang, takkanlah Fiya nak halang abang berkawan dengan diaorang pulak," sambung Arisya lagi sebelum kepalanya disandarkan ke dada Nadhif.

"Fiya minta maaf abang..." Diraih tangan suaminya dan dikucup lembut sebelum tubir matanya bergenang.

"...Fiya tak tau kenapa jadi emosi tiba-tiba bila tengok abang borak dengan Bella padahal dia kenal abang lagi lama daripada Fiya." Dikesat kasar air matanya yang sudah mula menitis.

Emosi teruk dia ni, mungkin kerana datang bulan.

"Hey hey shhh, gorgeous, you're my wife. I choose you over anyone else. Berapa lama kita kenal semua tu tak penting. Abang percaya memang Fiya ditakdirkan untuk abang." Pipi isterinya diapit dengan kedua-dua belah tangannya sebelum diusap lembut.

"Tapi..."

Terus terhenti percakapan Arisya apabila Nadhif menekup mulut isterinya lalu bibir gadis itu dicium sekilas.

"Dah, tak mau cry macam ni lagi okay?" pujuk Nadhif sambil mengesat birai mata Arisya.

Arisya yang masih lagi terkaku dengan tindakan Nadhif tadi hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Good girl."



"BAHAYA ke operasi kali ni?" Arisya merenung ke arah suaminya yang sudah segak berpakaian uniform maritim.

"Ni operasi rondaan je tapi abang pun tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Abang boleh pulang dengan dua cara samada masih bernafas ataupun jasad kaku di dalam keranda yang bersalut bendera. Tapi satu je abang nak pesan, gorgeous kena selalu bersangka baik." Terbit rasa bersalah dalam diri Nadhif kerana terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan.

"Abang jangan risau, Fiya akan sentiasa doakan abang," kata Arisya dengan suara sayu yang cuba dikawal. Dia tidak mahu Nadhif berat hati untuk meninggalkannya.

"Insya-Allah panjang umur kita akan jumpa lagi." Nadhif melabuhkan ciuman ke dahi Arisya lalu tubuh isterinya dipeluk erat.

Nadhif dan Arisya menuruni anak tangga dengan tangan yang saling berpautan. Tuan Zamri dan Puan Nuha yang setia menunggu di ruang tamu bingkas bangun apabila pasangan tersebut mendekati mereka. Arisya hanya memerhati mertua dan suaminya berpelukan.

Terasa rindu pula pada abangnya. Biasanya dia akan menggamit pemergian Arfan, tapi hari ini abangnya ditinggalkan keseorangan di rumah sewa mereka itu. Haish cepat-cepat lah kahwin bang oi!

"Fiya dah nak pergi kerja ke?" soal Puan Nuha.

"Haah, kena sampai awal sikit sebab harini ada kelas pukul lapan," jawab Arisya sebelum kedua-dua tangan mertuanya disalam.

"Abang, jaga diri." Arisya memberi pesanan terakhir semasa mereka berdua keluar ke garaj kereta.

"Untuk sayang, abang akan jaga diri abang." Tubuh isterinya didakap erat sekali lagi sebelum Nadhif meleraikan pelukan mereka.

Nadhif tersenyum nakal sebelum lelaki itu cuba mendekatkan bibirnya ke pipi Arisya tetapi beralih arah ke bibir yang sedikit merah milik isterinya itu.

"Nadhif Zafran!" sergah Puan Nuha di hadapan pintu. Anak dia ni pun satu, tak tengok tempat langsung, main cekup sahaja.

"Sudahlah tu Zaf, nanti balik kamu tataplah bini kamu tu puas-puas." Tuan Zamri sudah tergelak kecil. Faham perasaan Nadhif kerana dia juga pernah merasai benda yang sama sebelum dia pencen dahulu.

Pecah tawa Nadhif apabila ditegur sebegitu. Arisya pula hanya tertunduk malu.



"FIYA..." Pintu bilik diketuk beberapa kali sebelum Puan Nuha menguak sedikit daun pintu untuk menjenguk menantunya.

"Ya mummy kenapa?" Arisya yang sedang elok bersila di atas katil sambil menghadap komputer ribanya terus menoleh ke arah Puan Nuha.

"Fiya busy ke?"

"Tak sangat, Fiya tengah final check carry mark untuk students Fiya je," jawab Arisya sebelum komputer ribanya ditutup dan diletakkan ke tepi.

"Kalau macam tu mummy nak ajak Fiya pergi mall, si Naura tu pun kalau balik aje time weekend memang tak betah duduk kat rumah. Kita girls day out!" kata Puan Nuha dengan nada yang sedikit teruja.

Hampir dua jam mereka berjalan-jalan di dalam pusat membeli-belah itu, ibu mertuanya ini tidak sakit lutut ke? Arisya yang muda ni pun terasa seperti kakinya sudah hendak tercabut.

"Fiya, kita masuk sini jom." Ditarik tangan menantunya ke butik lunarscarves. Puan Nuha tersenyum puas apabila melihat design terbaru yang dikeluarkan minggu lepas sudah dipamerkan di rak hadapan.

"Puan Nuha, ada apa-apa yang belum settle ke?" soal seorang pekerja di situ. Kebiasaannya wanita itu akan menjenguk butik apabila dia harus melakukan beberapa kerja.

"Eh tak, ini saya nak bagi menantu saya rasmi collection baru kita." Ditarik tangan Arisya untuk duduk di sofa. Tersenyum Naura melihat kakak iparnya yang sudah terpinga-pinga.

"Ini Fiya pilih, mana satu yang Fiya berkenan." Puan Nuha menyoal sedikit teruja. Dia dah tak sabar nak bagitahu berita yang satu ini.

Berkerut kening Arisya apabila dia mula meneliti corak tudung di atas meja itu. Dia ada lihat di akaun instagram lunarscarves bahawa koleksi ini akan mula dijual selepas raya. Habestu ini apa?

"Err...yang ni cantik." Soalan ibu mertuanya tetap dijawab dengan perasaan yang sedikit curiga.

"Okay settle! Untuk collection ni, mummy nak kamu jadi model." Puan Nuha sudah tersengih penuh makna.

"Yay! Nanti Naura ada kawan baru dekat studio," kata Naura setelah lama berdiam diri.

"Eh kejap-kejap, apa ni? Jadi model? Fiya mana reti." Mummy ni buang tabiat ke apa? Pening betul Arisya sekarang ini.

"Takpe nanti mummy boleh ajarkan."

"Mana boleh main celup je bila nak ambik model. Mestilah kena ikut procedure kan? Kena jumpa CEO dia dulu. Lepastu pergi interview...ke tak?" kata Arisya ragu-ragu. Dia pun tak pasti betul ke tidak prosedur yang disebut tadi. Main hentam saja.

"Itu Fiya jangan risau, CEO dah approved." Puan Nuha tersengih.

"Macam mana mummy tahu?" soal Arisya polos.

"Because you're talking to her right now," jawab Puan Nuha bersahaja.

Hampir jatuh rahang Arisya mendengar jawapan ibu mertuanya itu. Sekarang barulah gadis itu faham kenapa dia seperti pernah nampak wajah Naura semasa pertama kali berjumpa. Wajah adik iparnya itulah yang berada di poster semasa dia sedang menunggu jualan awal tahun lunarscarves beberapa bulan yang lalu.

Waktu tu Arisya tengok sekali imbas sahaja kerana apa yang ada di dalam fikirannya hanyalah untuk mendapatkan tudung dengan harga yang diberikan potongan harga sebanyak 50%.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now