bab 39

1.2K 79 0
                                    

KADOK menghendap dari belakang dinding dan mendapati bilangan anak buahnya di bahagian dek kapal semakin berkurang. Rifle dihalakan ke arah penembak tepat pasukan maritim yang berdiri di bahagian atas.

"Kurang ajar!" bisik Arfan keras saat dirinya menjadi sasaran beberapa das peluru. Mujur dia sempat mengelak.

"Shadow, confirm his identity." Keras Nadhif memberi arahan kepada Fayyad untuk memerhati kelibat yang melancarkan serangan terhadap Arfan tadi.

"Positive. That's Kadok." Fayyad, sesuai dengan nama gelarannya, Shadow, bergerak menyelinap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi untuk mendekati Kadok.

Menangkap suara seseorang samar-samar, Kadok pusing ke belakang dan melepaskan tembakan secara rawak sebelum meloloskan diri ke bahagian dalam kapal di mana terletaknya sebahagian besar senjata api haram yang akan dijual di Thailand.

"Raf, kawan kau semua dah dapat bahagian depan. Kau umpan diaorang masuk ke lubang cacing. Aku nak ketua dia je." Tersenyum sinis Kadok saat memberi maklumat kepada Rafid melalui walkie-talkie miliknya.

"Damn it! Terlepas." Fayyad segera bergerak ke arah barat dek kapal untuk memastikan kawasan itu selamat bagi membolehkan helikopter AgustaWestland menurunkan Pasukan Bravo dan Beta dengan mudah.

"Main deck secured." Maklumat itu diberitahu kepada semua ahli pasukan.

Seorang demi seorang turun dengan tali yang diikat di pinggang masing-masing. Nadhif dan Fayyad mengawasi kawasan tersebut untuk sentiasa bersedia sekiranya berlaku serangan hendap. Wildan pula sedang menjaga bahagian timur dek kapal.

"Last batch, sir!" Ketua pasukan Bravo memberitahu Nadhif dan lelaki itu mengangguk sekali.

Mereka berkumpul di satu tempat bagi memudahkan ketua pasukan Alpha mengagihkan tugas masing-masing. Hanya deruan nafas yang kedengaran saat suara Nadhif bergema di dek kapal tersebut.

"Soalan?" soal Nadhif setelah dia selesai berbicara.

"Dah! Gerak!" Arah lelaki itu apabila mendapati semua pasukan diam menandakan mereka tidak mempunyai sebarang soalan.

Mereka bergerak dalam satu barisan ke arah kawasan yang telah diarahkan. Wildan berada paling hadapan untuk membawa pasukan Bravo ke salah satu lorong. Kesemua bilik di kiri dan kanan lorong itu diperiksa untuk mencari keberadaan senjata api haram di atas kapal tersebut.

"All clear!"

Wildan menuju ke arah bilik paling hujung dan berura-ura untuk memulas tombol pintu. Tingkahnya terhenti apabila beberapa das tembakan terkena tepat ke arah tangannya.

"Shit! Bontot ayam betul!" bisik Wildan kegeraman.

"Kau okay tak?"

Belum sempat Wildan menjawab, mereka diserang dari hadapan dan seluruh ruang itu nyaring dengan bunyi das tembakan yang saling berbalas antara lanun-lanun dan pasukan maritim tersebut.

"Stay down!" Submachine gun diangkat sebelum peluru dilepaskan bertubi-tubi ke arah lanun-lanun yang menyerang mereka.

Salah seorang anak buah Kadok yang terselamat daripada terkena tembakan meloloskan diri di sebalik dinding. Walkie-talkie didekatkan ke bibir.

"Bos, diaorang dah wipe out kawasan ni. Aku dah tak boleh jaga barang dekat bahagian sini."

"Takpe, belah sini biar aku settle." Kadok menggenggam erat walkie-talkie di tangan. Pihak maritim akan menemui kotak-kotak yang mengandungi senjata api miliknya di bahagian sana. Rugi besar dia nanti.



COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now