bab 48

1.1K 69 6
                                    

2 Bulan Kemudian

"NASIB baik sempat sampai sebelum hujan lebat." Dengan susah payah Arisya keluar dari kereta. Perutnya yang semakin membesar menghadkan pergerakannya dengan pantas. Pintu rumah dibuka sebelum anak matanya mengerling ke tempat parkir kereta Nadhif.

Kosong.

Bermakna lelaki itu belum pulang. Telefon bimbitnya diambil dan nombor Nadhif didail.

"Assalamualaikum gorgeous. Kenapa ni?" soal Nadhif di hujung talian.

"Waalaikumussalam. Abang belum balik ke?"

"Ada masalah sikit dengan bot peronda ni. Abang kena pergi tengok kejap. Kenapa? Gorgeous dah rasa nak beranak ke?" Suara lelaki itu terus berubah cemas.

"Eh, kesitu pulak abang ni. Takdelah, Fiya nak suruh abang beli kek red velvet dekat kedai bakeri sebelum simpang rumah kita tu. Tadi Fiya nak berhenti tapi takut hujan makin lebat nanti susah pulak nak drive," jelas Arisya panjang lebar.

Nadhif mengangguk beberapa kali walaupun isterinya tidak berada di depan mata.

"Okay gorgeous, nanti abang belikan. Sayang hati-hati duduk kat rumah tu. Jangan buat kerja berat," pesan Nadhif tegas. Bukan boleh kira isterinya itu. Minggu lepas, lelaki itu hampir jatuh rahang melihat Arisya yang selamba sahaja menyusun koleksi novel-novelnya mengikut genre. Diangkat kesemuanya sekaligus kerana bab kata Arisya, dia tidak suka buat kerja berulang kali.

Malam itu juga isterinya mengadu sakit pinggang. Bila di pot pet mulalah menangis. Sabar jelah.

"Iye abang. Abang pun hati-hati." Salam diberikan sebelum Arisya mematikan panggilan. Gadis itu membuka langkah menapak ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Penat betul hari ini kerana kelasnya habis pada pukul enam petang.





ARISYA yang sedang menghidang makan malam menghentikan tingkahnya saat mendengar pintu rumah dibuka. Tidak lama kemudian, kelibat Nadhif muncul di dapur.

"Gorgeous masak? Kenapa tak tunggu abang balik?" Butang uniform tenteranya dibuka satu persatu.

"Nanti lambat pulak, dahlah abang kena stay lama tadi lepastu Fiya suruh beli kek lagi." Arisya tersenyum tipis.

"Oh ya, mana kek tu?" soal Arisya sambil mengintai sedikit kedua-dua belah tangan suaminya. Kut-kut lah Nadhif nak main sorok-sorok. Dia dah tak sabar nak makan ni. Teringin sangat.

"Ya Allah gorgeous! Abang lupa!" Terlalu kalut untuk pulang ke rumah, Nadhif terlupa untuk membeli kek yang dipesan oleh isterinya tadi.

Mati terus senyuman Arisya, kening juga berkerut menahan sedih. Tetapi dia akhirnya mengukir senyuman tawar.

"Takpelah kalau macam tu, jomlah makan abang. Fiya lapar ni." Suaranya sengaja diceriakan agar Nadhif tidak dapat menghidu kekecewaannya.

Nadhif pula hanya terdiam memandang isterinya dengan penuh rasa bersalah. Kesal sungguh. Mesti isterinya itu teringin akan kek tadi.

"Sayang...abang minta maaf," bisik Nadhif perlahan.

Arisya berpaling ke arah suaminya untuk menatap wajah suram Nadhif sebelum gadis itu mengukirkan senyuman kecil.

"Takpe abang. Sekarang kita makan nasi. Ni lagi penting. Kalau abang tak nak makan, Fiya makan dulu." Tangannya berura-ura untuk menggaul nasi dengan kuah tomyam yang dimasaknya sebentar tadi.

"Sini abang suap." Ditarik pinggan Arisya mendekatinya sebelum Nadhif mengambil tempat di sebelah Arisya. Uniform tenteranya sudah ditanggalkan dan kini dia hanya memakai singlet putih.

Arisya hanya menurut apabila Nadhif menghulurkan suapan demi suapan. Sepanjang di meja makan, hanya suara Nadhif sahaja yang kedengaran rancak berborak dan sekali-sekala dibalas beberapa patah oleh Arisya.

Seusai siap makan malam, Arisya ke bilik membacanya. Dia suka melihat pemandangan rak di setiap dinding yang dipenuhi dengan buku. Nanti Arisya nak suruh Nadhif pasang tangga bergerak dekat rak tu. Boleh acah-acah macam Princess Belle.

Niatnya kesini juga adalah untuk bersendiri. Tidak mahu melihat wajah bersalah Nadhif.

Nanti makin sedih dibuatnya.

Novel Six of Crows diambil dan Arisya melabuhkan duduk di salah satu sofa di dalam bilik tersebut. Mujurlah esok hujung minggu, jadi dia tidak perlu kelam kabut memilih baju untuk dipakai ke tempat kerja.




NADHIF yang baru sahaja selesai membersihkan diri agak pelik kerana isterinya tiada di atas katil. Langkah dibawa ingin turun ke tingkat bawah namun terhenti apabila dia melihat cahaya lampu dari bilik sebelah kanan. Lelaki itu mengintai sedikit dari celah pintu yang tidak tertutup rapat itu.

Tidak tahu mengapa tapi saat itu Nadhif merasakan bahawa Arisya seperti mengelakkan diri darinya. Mesti gadis itu kecewa. Tengok sahajalah tadi di meja makan, hanya dia yang rancak berbicara manakala Arisya hanya memilih untuk diam dan akan bercakap jika perlu sahaja.

"Tak boleh jadi ni, aku kena pujuk dia balik," bisik Nadhif tekad. Langkah dibuka ke bilik tidur dan hoodie disarungkan ke tubuh sasanya. Lelaki itu berlari-lari anak ke tingkat bawah dan jam di ruang tamu dikerling sekilas. Pukul sembilan malam, masih sempat untuk ke bakeri tersebut sebelum closing hour.

Niat Nadhif untuk menaiki superbike miliknya terbantut apabila dia menyedari bahawa hujan di luar sana masih lebat. Malah lagi lebat daripada petang tadi. Kunci kereta diambil sebelum Nadhif meloloskan diri ke dalam perut kereta.

Arisya yang mendengar deruan enjin kereta dari tingkat atas bergegas ke tingkap bilik untuk mengintai dari sebalik langsir.

"Aik, dia nak pergi mana?" Telefon bimbitnya diambil dan nombor Nadhif didail.

"Hello?" Kedengaran suara Nadhif di hujung talian.

"Abang! Abang nak pergi mana? Kenapa tak bagitahu Fiya?"

"Abang nak bagi surprise dekat isteri abang."

"Abang kat luar tu tengah hujan lebat, abang simpan surprise tu esok jelah." Arisya sudah tidak senang duduk. Hatinya rasa tidak sedap sahaja daripada tadi. Perutnya diusap lembut sebelum dia berselawat beberapa kali di dalam hati.

"I'll be careful, gorgeous. Sayang tunggu abang balik. Abang sayang isteri abang. Assalamualaikum." Tidak menunggu Arisya membalas, Nadhif meletakkan talian terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Fiya pun sayang abang..."

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now