bab 1

2.6K 128 0
                                    

"ABANG, bolehlah tolong Naura sekejap je." Naura memandang abangnya dengan mata yang sengaja dikerdipkan berkali-kali.

"Naura pergi sendiri tak boleh ke?" Nadhif mendengus kasar. Baru hendak merehatkan jiwa dan raga setelah pulang dari operasi di Sabah semalam, ingatkan bolehlah dia qada' tidurnya tetapi si adik pula meminta dia membelikan buku yang dikatakan limited edition itu.

"Naura ada discussion nanti, lagipun event tu sampai pukul enam je, author tu pun ada kat situ sampai pukul enam jugak, Naura takut tak sempat." Adiknya mendekatkan jaraknya ke arah sofa yang diduduki oleh Nadhif.

"Yelah yelah, nanti Naura text details pasal buku tu dekat abang." Akhirnya Nadhif mengalah. Adik bongsu mana pernah kalah kan?

"Yay! Naura sayang abang!"

"Tak payah mengada." Nadhif menolak badan adiknya yang melompat seperti ingin memeluknya.

Motor kunci dan topi keledar diambil lalu Nadhif menghidupkan superbike Suzuki Katana miliknya. Lebih mudah dan cepat untuk sampai ke kedai buku yang terletak di tengah-tengah bandar itu.



"NASIB baik dang,(sempat) kalau dok (tak) memang melalak lah aku malam ni kempunan nok (nak) autograf author tu." Arisya membuka buku yang sudah selamat berada ditangannya untuk dihidu.

Sukanya bau buku!

Entah bagaimana, Arisya dilanggar seseorang ketika dia hendak keluar dari barisan panjang tersebut. Dek terlalu terkejut, gadis itu tidak sempat menahan dirinya daripada jatuh dan hanya menerima nasib bahawa dia akan mencium lantai kedai buku itu sebentar lagi.

"Kenapa tak sampai-sampai pun kat atas lantai ni?" Arisya berbisik sendirian sebelum dia sedar yang dirinya itu sudah disambut oleh seseorang. Tapi kenapa rasa macam tercekik ea?

"Kau terkinja-kinja nak keluar dari barisan tu, confirm lah orang langgar." Terdengar suara garau dibelakangnya sebelum lelaki tersebut menarik bajunya dengan lebih kuat agar Arisya kembali berdiri.

"Kenapa you sambut I macam tu?" Arisya mula membaiki baju kurungnya yang jelas kelihatan tidak kemas. Tudungnya yang hampir kebelakang juga dibaiki sehabis baik. Sudahlah dia ini baru pulang dari tempat kerja. Nasib baik Arisya tidak memakai tag lecturer miliknya. Kalau students dia ada kat sini, buat malu sahaja.

"Tak boleh sentuh. Bukan mahram." Lelaki itu menayangkan riak wajah bersahaja.

'Aduh sentap pulok. Dok berapa nok Terengganu Darul Iman dohlah aku ni, iman tohok (buang) laut doh.' Arisya merungut di dalam hati.

"Sorry and thank you sudi selamatkan I daripada cium lantai yang tak berapa bersih tu." Senyuman tipis dihadiahkan kepada lelaki di hadapannya.

"Kau tau mana nak dapat buku tu?" Lelaki itu menunding jarinya ke arah buku yang dipegang oleh Arisya.

"Oh buku ni ada kat rak sana, kalau nak autograf you kenalah beratur." Arisya melontarkan pandangannya ke arah barisan yang baru sahaja dia berjaya meloloskan diri tadi. Walaupun hampir jatuh tergolek macam buah nangka busuk.

"Malas pulak aku nak beratur, kau takleh tolong ke? Aku tau kau pun guna someone kan? Sebab kita datang at the same time tapi kau dapat dulu buku tu," kata Nadhif sambil mengangkat kening gaya memprovok. Bukannya dia tidak nampak wanita di hadapannya ini berlari masuk ke dalam kedai buku semasa dia membuka topi keledarnya.

Mendengar bicara lelaki itu, Arisya terus menarik muka. Alamak, macam mana boleh kantoi ni?

"Banyak cantik, ada nampak muka I ni macam pembantu you ke?"

"Well aku memang cantik tapi please tolong aku, aku dah lambat ni." Lambat untuk qada' tidurnya.

"Hmm." Arisya berfikir seketika. Tak mengapalah, sekali-sekala buat baik.

Lagipun, lelaki ini boleh tahan hensem. Hitam manis. Memang taste Arisya.

"Yelah jap, tunggu sini tau," jawab Arisya sambil menggeleng kepalanya beberapa kali untuk kembali ke dunia nyata. Apa fikir macam tu dekat anak teruna orang?

Entah-entah dah laki orang!

Segera langkahnya dibuka untuk ke arah seseorang yang sedang menyusun buku. Ya Allah janganlah dia maki aku.

"Aleesa." Takut-takut Arisya memanggil rakannya itu. Risau kena ketuk dengan buku di tangan sahabat baiknya.

"Jangan cakap kau nak mintak tolong aku lagi, aku ni punyalah berdebar takut bos aku nampak yang aku tolong kau." Aleesa menyilangkan tangannya ke dada.

"Hehehe tolong sekali lagi, please bukan aku punya tapi tu lelaki tu punya." Arisya menjuihkan bibir ke arah lelaki yang sedang tekun bermain dengan handphonenya.

"Siapa pulak tu, scandal baru kau ke?"

"Takde maknanya, dia tolong aku time aku nak jatuh tadi, jadi aku terhutang budi kenalah tolong dia balik, dia mintak buku ni sekali dengan sign author tu." Arisya mengangkat buku ditangannya untuk ditayang di hadapan muka Aleesa.

"Nasib baik aku sayang kau tau." Aleesa membuat muka jengkel. "Tunggu sini."

"Sayang kau Leesaaa."

Beberapa minit kemudian, Aleesa kembali dengan buku yang sama ditangannya. Buku tersebut diserahkan kepada Arisya sebelum dia meminta diri untuk kembali menyambung kerjanya.

"Nah, your book."

Nadhif mengangkat wajahnya dan terus menyambut huluran buku tersebut daripada Arisya.

"Thank you, such a lifesaver." Gadis di hadapannya dipandang sekilas sebelum Nadhif menyorokkan senyumannya.

"No problem, I pergi dulu, bye." Arisya melambaikan tangannya kepada lelaki tersebut sebelum dia tersedar akan perbuatannya yang terlebih mesra.

Behave Fiya, kau tak kenal dia pun.

"Tak sempat nak tanya nama." Nadhif mengomel sendirian sebelum bergerak ke kaunter pembayaran.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now