bab 16

1.4K 70 2
                                    

"APA yang berkerut sangat tu Miss Fiya?" soal Nadira semasa dia muncul di hadapan pintu bilik Arisya. Pantang ada masa free, mesti nak ganggu ketenteraman rakan sekerjanya yang satu ini.

Patut ke dia cerita? Lagipun Nadira ni dah berkahwin. Manalah tahu nanti Arisya akan dapat nasihat sekeping dua.

"Haish ini isu berat. Ada orang ajak I kahwin," jawab Arisya segan.

"What?!" Nadira pun apa lagi, terus sahaja melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan dengan Arisya.

Gossip hangat ni!

"Habestu you cakap apa? You kenal ke lelaki ni siapa? I kenal ke? Dia hensem tak?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada Arisya.

"Eh you ni satu-satu lah." Tergelak kecil Arisya. Si Nadira ni terlebih excited pulak.

"Dia tu kawan abang I. Dia pun selalu tolong I, kalau nak cakap pasal rupa tu memang dah terlebih helok lah." Sempat juga Arisya memuji Nadhif.

"Amboi nampak gaya macam nak terima je lamaran dia tu." Nadira sudah tersengih. Bukan main semangat dia hendak mendengar cerita cinta Arisya ini.

"Tapi I tak sure lah, lagipun I baru je kenal dia, macam mana kalau dia tu sebenarnya ada udang di sebalik maggi goreng?" Arisya mencebik. Bukannya dia tidak percaya kepada Nadhif tetapi selepas kejadian yang berlaku antara Arisya dan Hareez, dia harus berhati-hati.

"Kalau you tak yakin, you buat lah solat istikharah, insya-Allah nanti you akan dapat petunjuk." Nadira memberi nasihat.

"You dulu sebelum kahwin macam ni jugak ke?" soal Arisya polos.

"Mestilah. I takut betul waktu tu sebab mak I call cakap ada orang masuk meminang." Nadira membuka cerita.

"Uish ni lagi ganas, takde angin, takde ribut, tiba-tiba masuk meminang." Boleh tahan juga suami Nadira ni ye.

"Itulah pasal. I time tu terkejut, terkesima segala jenis ter lah. Selama ni mana pernah I rapat dengan lelaki, tup tup dia dah jumpa parents kita dulu. Nasib baik sangkut."

Pecah tawa mereka berdua di dalam ruangan bilik tersebut. Terasa lega sedikit apabila mendengar cerita daripada Nadira.


SUDAH seminggu Arisya tidak mendengar khabar daripada Nadhif, dan selama seminggu itu juga dia tidak pernah terlepas membuat solat istikharah seperti yang dicadangkan oleh Nadira.

Arisya yakin yang dia sudah mempunyai jawapan untuk Nadhif.

Nombor kenalan milik Nadhif dipandang lama. Arisya buntu sama ada dia harus menelefon Nadhif atau tidak.

"Kalau rindu tu kabo (bagitahu) lah, doksoh wak (tak payah buat) senyap gitu (macam tu)," kata Arfan sambil berjalan mendekati adiknya. Luka di paha sudah beransur pulih tetapi dia masih perlu berhati-hati.

"Eh mana tongkat mu? Bakpe mu jalan gitu je?" Arisya sudah mula menyoal. Abangnya ini memang tidak makan saman lah. Sudah berbuih mulut Arisya menyuruh Arfan menggunakan tongkat tetapi lelaki itu masih tidak mendengar kata.

Ini nak kena report pada Diana ni.

"Rimas lah," jawab Arfan pendek.

"Fiq, Zaf gi mane? Bakpe ye macam hilang dari radar je?" Nak tak nak dia harus menyoal juga. Mestilah abang dia tahu kan?

"Ce mu gi tepon ye (Cuba kau pergi telefon dia), tengok ye angkat ke dok," seloroh Arfan sebelum mengambil tempat di sofa berhadapan televisyen.

"Ish! dok membantu langsung. Fine. Aku gi call ye." Arisya mengibaskan rambutnya di hadapan muka Arfan sebelum berlari masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci rapi agar dia tidak diganggu oleh abangnya itu.

Setengah jam dia mundar-mandir di dalam biliknya itu. Sakit kepala yang tiba-tiba datang mematikan tingkah laku Arisya sebelum dia merebahkan diri ke atas katil.

Belum sempat dia hendak melakukan apa-apa, telefon milik Arisya berdering. Terus dicampak telefonnya ke atas bantal dek terkejut punya pasal.

Deringan itu berhenti dan Arisya pantas mengambil telefonnya semula. Perasaan kecewa yang muncul kerana dia tidak sempat berbuat apa-apa terus lesap apabila telefonnya berdering buat kali kedua. Terus sahaja ikon hijau digesel untuk menjawab panggilan tersebut.

"Ingatkan tak nak jawab." Kedengaran nada mengusik oleh Nadhif di hujung talian.

"You tu letak cepat sangat, I baru nak jawab," bidas Arisya.

"Aik, aku jugak yang salah?" Nadhif hanya melayan karenah Arisya.

"Tak cakap pun salah you." Arisya sembunyi senyum.

"Dengar cerita ada orang tu rindu aku."

Mendengar ayat tersebut, Arisya terus menekup mulutnya. Ish cepat betul berita tersebar. Abangnya ini memang minta kaki. Akanku rendam mulutmu di dalam clorox nanti Arfan. Pakej sekali kena sental dengan berus jambang.

"Siapa cerita?"

"Tak pentinglah siapa cerita tu."

Arisya membuat muka tidak puas hati. Ini mesti nak backup member punya pasal.

Hmph nyampah!

"You busy ke? I nak jumpa you sekejap boleh?" Takut-takut Arisya menyoal. Pipinya sudah terasa bahang. Kaki sudah diangkat-angkat untuk menyepak angin di sekeliling biliknya.

Ini kalau ditolak memang malu tujuh keturunan.

"Untuk kau, jumpa lama-lama pun boleh."

Aduhh, dia bagi ayat macam tu sekali lagi. Lama-lama boleh meletup jantung ni.

"Nanti I bagi location, you jangan lambat tau." Arisya bingkas bangun dari katil untuk bersiap.

"Saya yang menurut perintah Cik Arisya," jawab Nadhif dengan nada tegas sebelum dia meletuskan tawanya.

Arisya hanya tersengih sambil menggeleng beberapa kali sebelum salam diberikan dan gadis itu terus mematikan talian.

Dia tergelak kecil sebelum terus melompat-lompat kegirangan.

'Nasib baik tak kena reject,' desis hati Arisya.

Ini dah kira angau tahap berapa ni?

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now