bab 35

1.3K 78 4
                                    

"SAYANG..." panggil Nadhif sebaik sahaja dia mengorak langkah ke dapur. Perasaan serba salah itu masih ada selepas dia menaikkan suara kepada isterinya. Bertambah sebu hatinya apabila anak mata Nadhif menangkap sepapan panadol dan minyak angin di atas meja sisi katil semasa dia naik ke bilik mereka tadi. Dia hanya terlampau risau sehingga hilang kawalan dengan emosi sendiri.

"Abang nak makan ke? Kejap ea." Serak suara Arisya bertanya. Gadis itu masih memalingkan belakangnya kepada Nadhif.

"Gorgeous, pandang abang please."

Apabila lelaki itu tidak mendapat respon daripada Arisya, Nadhif mendekati isterinya dan bahu gadis itu dipegang lembut agar Nadhif dapat memusingkan badan Arisya untuk berhadapan dengannya.

Api gas yang sedang merenehkan sup sayur itu dimatikan oleh Nadhif.

"Abang minta maaf sebab ungkit peristiwa dulu, abang mengaku yang abang ikutkan sangat emosi tadi. I'm just worried about you gorgeous." Dagu Arisya disentuh agar wajah mendung itu memandangnya. Matanya dijamah dengan hidung Arisya yang sedikit merah mungkin kerana terlalu lama menangis.

"Abang tak sanggup kehilangan Fiya."

Nadhif mendakap erat tubuh Arisya apabila gadis itu menitikkan air mata buat kesekian kalinya. Sekali sekala terdengar esakan yang keluar dari mulut isterinya.

"Fiya...minta...maaf." Tersedu-sedu Arisya mengeluarkan kata. Hatinya terasa sangat sedih saat ini. Mungkin kerana ayat Nadhif mengundang sebak di dada.

"Abang maafkan sayang. Gorgeous maafkan abang tak?" Kepala isterinya didongakkan sedikit. Pipi gadis itu diusap lembut sebelum air mata yang mengalir itu disapu perlahan.

Soalan berbalas dengan pelukan erat dari Arisya. Bau Nadhif yang masuk ke dalam rongga hidung sedikit sebanyak menenangkan hati gadis itu. Kepala yang berdenyut juga sudah tidak dihiraukan.

Nadhif meletakkan dagunya ke atas kepala Arisya sambil membalas pelukan.

"Dah gorgeous, jangan nangis lagi, nanti makin teruk sakit kepala tu." Diusap belakang badan isterinya berulang-kali.

"Abang..."

"Ya sayang."

"Fiya rasa macam nak..."

Arisya terus menolak tubuh suaminya dan bergegas ke bilik air.

"Uwekkk!" Arisya muntah.

Terkejut Nadhif melihat isterinya itu, cepat-cepat dia mendapati Arisya lalu belakang badan gadis itu digosok. Rambut Arisya yang jatuh ke depan diselak agar tidak mengganggu isterinya yang sedang mengeluarkan segala isi dari perut.

"Uwekkk!" Perit tekak Arisya saat dia muntah lagi. Air mata turut menitis bersama.

"Nak muntah lagi gorgeous?" soal Nadhif risau.

Arisya menggeleng perlahan. Kepala juga sudah disandarkan ke dada bidang suaminya. Sudahlah tadi dia penat menangis, sekarang hilang terus segala tenaga setelah dia muntah.

Mulut Arisya dibasuh dan Nadhif meraup wajah gadis itu beberapa kali agar isterinya sedikit segar. Tandas duduk itu juga dipam sebelum Nadhif perlahan-lahan membantu isterinya keluar dari bilik air.

"Gorgeous okay tak ni? Kita pergi klinik jom"

"Eh tak payah lah. Fiya rasa perut Fiya masuk angin, Fiya lapar dari petang tadi tak makan," jawab Arisya lemah.

"Ya Allah sayang, ada aje kan sebab nak suruh abang pot pet dekat Fiya ni." Menggeleng Nadhif dibuatnya.

"Janganlah pot pet..." Tangannya masih berpaut pada lengan sasa Nadhif kerana dia sedikit lemah selepas muntah tadi.

"Iya abang tak pot pet dah, sekarang ni..." Tubuh isterinya dicepung.

"...abang mandikan Fiya lepastu kita solat Isyak sama-sama and then kita turun makan."

"Tapi abang dah mandi tadi." Lengan Arisya pantas berpaut ke leher Nadhif. Takutlah kalau jatuh.

"Aipp, ini adalah arahan," kata Nadhif dengan suara yang sengaja ditegaskan sebelum isterinya tergelak kecil.

"Sayang masak sup sayur ea?" soal Nadhif saat dia melangkah anak tangga rumahnya.

"Haah, abang suka kan?" Arisya berkata teruja.

"Abang memang suka tapi bukan gorgeous tak suka sayur ke?" soal Nadhif kehairanan. Pakaian Arisya ditanggalkan sebelum lelaki itu membalut tubuh isterinya dengan tuala.

"Tengah hari tadi nampak kat TikTok lepastu terliur pulak, itu yang Fiya buat tu," terang Arisya sebelum tuala yang dililit oleh suaminya di badan diperketatkan.

"Comel betul sayang abang ni." Nadhif juga sudah menanggalkan pakaian sebelum lelaki itu melilit tuala di bahagian pinggangnya.

'Lantak lah mandi sekali lagi pun. Yang penting boleh tambah pahala,' bisik hati kecil Nadhif.


"GORGEOUS duduk dulu, biar abang yang hidang." Selepas solat Isyak tadi, terus sahaja isterinya itu dicepung sehingga ke meja makan.

Nadhif risau apabila melihat wajah Arisya yang sedikit pucat namun gadis itu menindakkannya dengan memberi alasan yang dia hanyalah lapar.

Kecur air liur Arisya melihat lauk sup sayur yang sudah Nadhif panaskan. Sempat juga suaminya menggoreng beberapa ketul ayam yang sudah dikeluarkan dari peti sejuk tadi oleh Arisya. Melihat Nadhif yang sedang leka menghidang makanan, Arisya mengorak langkah untuk mengambil pinggan di rak sebelum dia mula menyeduk nasi ke pinggan tersebut.

"Sayangggggg...kan abang dah cakap duduk aje, degil betul budak bertuah ni." Nadhif bercekak pinggang sambil memerhati Arisya atas bawah.

"Abang lambat sangat lah, Fiya dah lapar ni." Bibirnya disebikkan sedikit untuk meraih simpati daripada suaminya.

"Haa yelah yelah, meh makan." Kerusi ditarik dan Nadhif memberi isyarat agar Arisya melabuhkan duduknya di situ.

Nadhif mengambil tempat bersebelahan dengan isterinya sebelum lelaki itu mula mengutip sayur di dalam sup tersebut.

"Abang, jangan ambil carrot tu tau, Fiya nak."

"Eh?" Makin hairan Nadhif dibuatnya. Gigih dia asingkan sawi manis untuk isterinya kerana memang sayur itu sahaja yang Arisya makan selain salad dan timun.

'Bukan dia tak suka carrot ke?' desis hati kecil Nadhif.

"Gorgeous tak nak sawi manis ni ke?" Disuakan sudu yang berisi sayur tersebut ke pinggan Arisya.

"Tak nak, tak nak, yang tu abang makan lah." Terus ditolak sudu tersebut menjauhi pinggannya. Naik loya pula melihat sawi manis itu.

"Kenapa abang tengok Fiya macam tu?" Arisya menatap wajah suaminya yang masih terkaku.

"Ke abang nak carrot tu? Kalau tak Fiya ambik kuah dia jelah." Nada suara Arisya terus kedengaran sedih.

Tudiaaa bini aku dah mula dah drama dia!

"Eh tak tak, abang cuma terkejut sikit. Fiya ambiklah, abang kaut semua ni untuk gorgeous." Diambil lobak dari pinggannya dan diletakkan ke atas pinggan Arisya.

"Yay! Suka suka." Tersengih lebar Arisya sebelum nasi disuap ke dalam mulut dengan sangat berselera.

Nadhif tersenyum bahagia melihat reaksi Arisya. Nasib baik gaduh mereka tidak berpanjangan. Kalau tak malam nanti nak peluk apa?

Hoshi?

Tak hingin aku!

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now