bab 2

2.3K 105 2
                                    

"HOKNI sorang gok balik je dari operasi memang tido dok ingat dunia doh" (Yang ni sorang kalau balik dari operasi memang tidur tak ingat dunia dah). Arisya membuka langkah ke arah katil abangnya lalu menarik kaki Arfan.

"Weh bangun, mu semayang asor dok (kau solat asar tak) lagi ni?" Abang dia ni pun satu, entah hidup lagi ke tidak.

"Mayang (Solat) doh ea, ni aku nok tido balik, sohbeng (jangan) kacau." Arfan menepis tangan Arisya daripada terus menarik selimutnya itu.

"Kuk (Ikut) mung natang."

Selepas waktu maghrib baru nampak bayang abangnya turun dari bilik. Ini mesti kes lapar, kalau tidak jangan haraplah dia nak turun.

"Reti base (Pandai) pun nok turun, ingatkan takmboh (taknak) tengok dunia doh." Arisya yang sedang menghidang makan malam mengejek abangnya.

"Sorry lah bukan sokmo (selalu)." Arfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengambil tempat di hadapan adiknya untuk makan bersama-sama. Rindu betul nak makan masakan adiknya ini. Biasanya kalau di kem atau semasa menjalankan operasi, makan ala kadar sahaja.

"Fiya."

"Hmm." Kepalanya diangkat untuk melihat ke arah Arfan sekilas sebelum gadis itu kembali mencedok nasi.

"Aku nok balik ganu malam esok, nok ikut dok?" Sudah lama Arfan tidak pulang ke kampung halamannya. Alang-alang dapat cuti panjang lepas operasi. Itu pun jika tiada operasi mengejut. Semoga dijauhkan. Berilah dia peluang untuk merehatkan badan.

"Habestu keje (kerja) aku tu, pakat tinggal je ke?" Arisya bangun untuk mengambil air. Tapi teringin juga dia hendak balik ke sana. Duduk Shah Alam sorang-sorang ni macam menyeramkan pula.

"Nape susoh (apa yang susah), kabo (bagitahu) je class cancel, confirm students Fiya semua setuju." Arfan menjuihkan bibirnya.

"Amboi banyok cantik, syllabus bila nok habis kalau main gitu." Nanti kalau ramai pelajarnya yang gagal, apa yang nak dijawab pada pihak atasan?

"Tapi takut gok (jugak) kalau duduk sorang-sorang kat sini, nanti weekend Fiya balik lah." Kata putus diberikan kepada abangnya.

"Rasa macam malas pulok nok drive, naik flight boleh ke?" Arisya kembali menyoal.

"Naik ah." Wajah adiknya dipandang sekilas sebelum Arfan menyambung suapan nasi ke mulutnya.

"Belanja tiket please." Arisya mula memujuk abangnya. Jari jemari bergerak menguis meja makan tersebut.

Mendengar permintaan adiknya itu, Arfan terus menghadiahkan sebuah jelingan. Apa ingat dia ni cop duit ke?

"Gaji mu lagi banyok dari aku kan?"

"Mana ada."

Arfan mengeluh seketika. Anak bongsu kan, mesti sentiasa nak menang.

"Hoo yelah yelah." Arfan mengangkat jari tengah kepada Arisya sebelum berlalu pergi ke dapur.

"Pergh biadapnya!" jerit Arisya tidak puas hati.


"FIQ, lepak jom." Nadhif bangun dari katil untuk bersiap sambil membuat telefonnya dalam mode 'speaker'.

"Tak boleh lah Zaf, aku nak balik Terengganu malam ni. Lagipun kau tak penat ke? Kata nak qada' tidur." Dua hari lepas lelaki itu juga yang cakap jangan cari dia selepas operasi mereka tamat. Sekali dia yang cari kita dulu.

"Aku terlalu bahagia untuk tidur." Automatik wajah gadis yang menolongnya petang semalam terlintas di fikiran. Nadhif sengih sendirian sebelum tubuh sasanya kembali berbaring di atas katil.

"Maksud kau?" Berkerut kening Arfan cuba memahami maksud bicara Nadhif. Macam tengah angau pun ada.

"Takde apa lah. Eh tapi kan, kalau aku nak ikut jugak boleh ke? Aku nak pergi pantai," beritahu Nadhif. Sekali-sekala, healing di negeri kelahiran sahabat baiknya sendiri.

"Kau ni tak cukup lagi ke laut yang kita kena hadap setiap kali pergi kerja?" Arfan tergelak kecil mendengar permintaan Nadhif. Mengada betul, padahal pekerjaan mereka itu tidak lari daripada bermain dengan air.

"Yang itu lain, waktu kerja mestilah kena serius, sekarang aku nak pergi untuk tenangkan minda je. Lagipun kita dapat cuti seminggu kan?" Nadhif mula melontarkan pendapatnya.

"Hmm boleh boleh, kau pack cepat kalau lambat aku tinggal." Padanlah kau Zaf, aku tinggal je tepi Pantai Batu Buruk nanti.

"Yes! Nanti kau datang ambik aku tau." Nadhif sudah mula bersorak kegembiraan.


"JANGAN wak dok ingat nok kunci pintu tu, aku baru ingat nok suruh si Zaf tu tolong tengok-tengokkan mu tapi hoktu gedik nok ikut jugok, haish pening aku." Arfan memberi pesanan kepada adiknya sekaligus dengan pakej mengutuk Nadhif.

"Kawan Fiq pun ikut gok (jugak) gi ganu? Hok ane se (Yang mana satu)?" soal Arisya dengan riak wajah yang teruja.

"Kalau aku kabo (bagitahu), bukannya mu kenal pun." Arfan menayangkan muka malas.

"Hensem dok?"

"Gatal lah mu ni."

"Tanya je pun. Doh ah, gi tubik nung (pergi keluar sana), aku nok kunci pintu doh ni." Sengaja Arisya tekankan perkataan 'kunci pintu' itu agar si Arfan tahu bahawa dia ingat pesanan abangnya itu.

Seusai menghantar pemergian Arfan dengan pandangannya, pintu utama terus ditutup dan dikunci. Dia harus sentiasa berhati-hati. Gadis itu melabuhkan duduknya di sofa sebelum menyambung tontonan drama di TV.

Sedang ralit dia menonton drama, dirinya terasa seperti diperhati, fikiran sudah mula membayangkan perkara yang buruk.

'Ish janganlah gini (macam ni), aku sorang ni gila, perasaan je kut.' Arisya mula menyuntikkan kata-kata positif dalam dirinya.

Tapi lama kelamaan rasa takut yang semakin menggunung membuatkan Arisya mengambil keputusan untuk lari masuk ke bilik tidurnya. Gaya macam tak cukup tanah, mujur tidak tercium anak tangga kerana dia mengambil langkah besar untuk sampai ke biliknya dengan lebih pantas.

"It's okay Fiya, kali ini aku lepaskan kau, tapi next time aku tak janji," bisik satu suara di sebalik sliding door itu sebelum dia membuka langkah meninggalkan kawasan rumah tersebut.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now