bab 30

1.3K 81 9
                                    

SAMPAI sahaja di pangkalan, Arisya mengesat peluh yang sudah membasahi dahi. Sudahlah panas terik, dengan perut yang lapar. Rasa macam nak pitam pula.

"Ini kalau abang tak appreciate, Fiya humban masuk dalam sungai sana." Langkah dibuka untuk ke kedai makan yang terletak di seberang pangkalan maritim.

'Haritu macam penoh (pernah) makan nasi ayam kat satu kedai ni ngan (dengan) Shafiq,' bisik hati kecilnya.

"Oh jupe doh (dah jumpa)!" Arisya bersorak dalam hati. Baru sahaja hendak melabuhkan duduk, mata menangkap kelibat seseorang yang amat dikenali membawa pinggan yang sudah berisi nasi berjalan beriringan dengan seorang gadis di kedai sebelah.

"Zaf..."

Mata dikecilkan sedikit untuk melihat dengan lebih jelas wajah gadis itu.

"Bella..."

Terkaku sebentar Arisya di tengah-tengah kedai makan itu sebelum dia merasakan tubir matanya mula bergenang. Cepat-cepat Arisya mengesat birai mata agar dia tidak menangis di tempat awam.

Apa ni Fiya! Jangan jadi cengeng sangatlah!

Telefon dicapai dari beg tangan dan nombor Nadhif didail. Matanya tekun memerhati tingkah suaminya yang seperti sedang mengeluarkan telefon dari poket.

"Hello gorgeous." Kedengaran suara Nadhif menyapa di hujung talian.

"Hello, abang dah lunch?" soal Arisya dengan nada yang lembut. Dia sedang mengawal sebaknya. Tidak mahu Nadhif mengesyaki sesuatu.

"Abang tengah lunch ni, kenapa sayang?"

Tu je? Abang tak cakap pun tengah lunch dengan siapa.

"Tak..takde pape. Fiya call sebab rindu je." Aduh kenapa tersekat pula suara di celah kerongkong.

"Betul ni?" Nadhif dapat merasakan yang isterinya sedang menyembunyikan sesuatu.

"Betul, abang lunch lah, Fiya nak sambung tengok movie." Tidak menunggu Nadhif membalas, terus sahaja dia matikan talian itu.

Tubuhnya dipalingkan daripada terus memandang mereka berdua di meja makan kedai sebelah. Kehadiran Wildan dan Farah yang baru sahaja keluar dari tandas tidak dilihat oleh Arisya.

Sangka Arisya suaminya hanya makan berdua bersama Bella.

Keluhan kecil dilepaskan sebelum dahinya diurut perlahan. Kepalanya dihurung rasa pening mungkin kerana lapar. Air mata pula sudah mula mengalir perlahan. Tak tahulah kenapa tiba-tiba emosi sangat.

"Alang-alang dah kat sini aku lunch jelah terus, lapar sangat dah ni, tekak pulak kalau tak dapat nasi ayam memang meraung lah gamaknya," bisik Arisya perlahan.



NASI ayam yang sudah dibayar itu dibawa berhati-hati ke meja yang kosong. Terus hilang rasa sedih bila wangian aroma nasi itu masuk ke rongga hidung.

Namun, nasibnya malang apabila Arisya dilanggar seseorang sehingga pinggan yang berada di dalam pegangannya terlepas dan akhirnya mencium lantai.

"Alamak akak, saya minta maaf!" Lelaki itu sudah tergopoh-gapah mendapatkan Arisya yang sudah tertunduk menahan sakit dek terkena sup panas.

"Takpe takpe." Basah lencun lengannya di sebelah kanan, tangannya juga sedikit menggigil terkena sup panas namun itu bukan satu keutamaan buat Arisya sekarang. Rasa malu semakin meninggi kerana dia sudah menjadi tumpuan orang ramai.

"Yang ini biar saya kemaskan, akak pergi basuh dulu tangan tu, nanti teruk melecur," kata lelaki itu simpati. Salah dia juga kerana terlalu leka dengan telefon tadi.

Arisya hanya mengangguk perlahan sebelum dia bingkas bangun dan pergi. Yang pasti dia tidak mahu kehadirannya di sini diketahui oleh Nadhif.

"Kesian pulak dekat perempuan tu." Farah menjuihkan bibir ke arah kedai makan sebelah.

"Takde rezeki nak makan, lantai dulu yang dapat," seloroh Wildan.

Nadhif mengangkat kepala dan matanya menangkap seorang gadis yang berlalu pergi sambil berlari-lari anak. Sesekali nampak tangan gadis itu mengesat birai mata.

"Zaf, I might be wrong but that kinda looks like...your wife?" kata Bella tapi lebih berbentuk kepada soalan.

Ya, dia kenal tudung itu. Tudung yang memang Arisya gemar pakai jika isterinya malas hendak bersiap.

Persoalannya kenapa? Kenapa isterinya berada di sini?


TANGISAN dihamburkan sebaik sahaja dirinya masuk ke dalam kereta. Tersedu-sedu Arisya menahan diri daripada mengeluarkan esakan yang kuat. Dahlah rasa cemburu tengok suaminya makan dengan Bella, lepastu perut pun masih lapar.

Tak sempat jamah nasi ayam, dia dulu yang kena siram.

Arisya berdecit kecil, tangannya dibelek seketika. Mujurlah tidak teruk tapi masih merah selepas dibilas dengan air tadi.

Hilang terus seleranya sekarang. Kepala yang mula diserang migraine direhatkan sekejap di atas stereng kereta. Nafas ditarik perlahan-lahan untuk bertenang. Sejurus itu, Arisya memandu keluar dari tempat parkir untuk pulang ke rumahnya.

Dia hanya mahu pulang dan tidur, perut yang meminta untuk diisi sudah tidak dihiraukan.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now