bab 11

1.4K 73 3
                                    

NADHIF tiba di rumahnya tepat pada pukul 11 malam. Kakinya tidak dibawa terus ke bilik tetapi menuju ke arah sofa ruang tamu. Badannya masih terasa letih. Dengan kantuk yang tersisa dia terus memejamkan mata untuk tidur.

Ting.

Baru sahaja mahu hanyut ke dalam lena, notifikasi telefon milik Nadhif berbunyi.

Siapa?

Dengan mata yang layu, dia melihat nama yang tertera di skrin telefon. Serentak itu, tubuh yang terasa longlai, terangkat tiba-tiba. Nadhif mengukir senyuman kecil membaca pesanan daripada Arisya.

Sebelum Arisya meloloskan diri ke dalam rumah, gadis itu sempat meminta nombor telefonnya bagi memudahkan mereka untuk berhubung jika berlaku sesuatu.

Nadhif membalas pesanan tersebut sebelum kembali merebahkan tubuh sasanya ke atas sofa.


ARISYA tidak dapat melelapkan mata. Dia terlalu paranoid dengan keadaan sekeliling. Tubuhnya menggeletar hebat apabila teringat kejadian di parkir hospital tadi. Dia ada stalker ke? Skrin telefonnya dipandang.

 Dia ada stalker ke? Skrin telefonnya dipandang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daripada tadi lagi dia rasa tidak sedap hati. Sekurang-kurangnya, Nadhif tahu keberadaannya sekarang. Telefonnya dimasukkan ke dalam poket seluar yang berzip.

Prakk!

Bunyi kaca yang berdeting di luar bilik menyentakkan Arisya. Gadis itu bingkas bangun dan meloloskan diri ke dalam bilik air sebelum pintu itu dikunci kemas. Tangannya menggeletar saat mengeluarkan telefon dari poket seluar.

Bang!

Tubuhnya sekali lagi tersentak apabila bunyi tembakan itu semakin dekat. Derupan tapak kaki juga dapat didengari oleh Arisya dari dalam bilik air tersebut. Arisya pantas menutup mulut agar esakkannya tidak kedengaran.

Baru sahaja ingin menelefon Nadhif, Arisya membatalkan kembali niatnya. Kalau dia bercakap, mesti orang di luar itu tahu di mana dia menyorok.

Imessage dibuka.

Hampir terlepas pegangan telefon ditangan apabila pintu bilik air dihentak kuat. Arisya mengundur sedikit ke belakang sebelum telefonnya ditukar ke silent mode dan disimpan ke dalam poket seluar.

Pintu bilik air yang terkunci itu ditembak oleh seseorang dari luar. Arisya pantas menghalakan wayar yang bersambung dengan pili air ke arah susuk tubuh yang memakai pakaian serba hitam itu.

"Arghh! Kurang ajar!" Terus lelaki itu menerpa ke arah Arisya.

Alat sulit lelaki itu disepak sebelum Arisya dengan pantas berlari keluar dari biliknya menuju ke arah tangga. Skrin telefonnya dibuka sebelum nombor Nadhif ditekan dengan pantas.

Ringing...

Hampir sahaja Arisya melangkah keluar dari rumahnya, namun lelaki itu lebih pantas mencengkam pergelangan tangan Arisya dengan kasar. Pintu utama kembali ditutup menggunakan kaki dengan ganas.

"Lepaslah, kau siapa?!" hambur Arisya sambil meronta-ronta meminta untuk dilepaskan.

"You're mine Arisya Shafiyyah." Lelaki itu mengelus lembut rambut Arisya yang terdedah dan mendekatkan bibirnya ke telinga wanita itu.

"Kau nak apa dari aku?! Jangan sentuh aku sial!" Arisya menepis sentuhan tersebut dengan sehabis mampu namun apakan daya kudratnya sebagai seorang wanita tidak mampu melawan kekuatan lelaki itu.

"Kau jangan lawan cakap aku!" Lelaki itu mula bertindak agresif. Kepala Arisya dihentak ke dinding sebelum dia mencengkam rambut Arisya dengan kuat.

'Ya Allah.' Arisya tidak mampu berbuat apa-apa. Kepalanya berdenyut sakan dek hantukan tadi sebelum pandangannya berubah gelap.


TELEFON yang berdering di atas meja kopi mengejutkan Nadhif yang sedang lena dibuai mimpi.

Siapa lah cari dia pagi-pagi buta ni?

Matanya digosok berkali-kali untuk menghilangkan kantuknya sebelum dia mengerling ke arah nama pemanggil yang tertera.

far nak berak 🚽

Nak apa mamat ni pukul satu pagi?

"Apa dia? Kau takde kerja ke call aku pagi-pagi buta?" Kebiasaannya mereka akan diberi cuti selepas menjalankan misi. Mustahil dia dipanggil untuk bertugas lagi.

"Aku baru dapat maklumat pasal lanun-lanun durjana haritu bro. And guess what, you won't believe who's working with them now. Berita ni memang sensasi takleh tunggu esok, aku dah nak sampai rumah kau ni," kata Wildan dengan nada yang teruja.

"Kalau berita tu sensasi taik ayam, siap kau!" Nadhif memberi amaran. Sudahlah dia masih lagi mengantuk, yang sekor ni pun gelabah betul sampai tak boleh tunggu esok gamaknya.

"Confirm kau ternganga bro!" Wildan berkata sebelum dia mematikan panggilan.

Nadhif menggelengkan kepala sebelum dia menguap. Setelah Wildan menamatkan panggilan, barulah Nadhif dapat melihat notifikasi dan panggilan daripada Arisya.

 Setelah Wildan menamatkan panggilan, barulah Nadhif dapat melihat notifikasi dan panggilan daripada Arisya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

one missed called from fiyaaa

Terus mati senyumannya apabila membaca mesej daripada gadis tersebut. Live location Arisya yang bergerak ke Klang diperhati tajam. Nombor Arisya didail tetapi tidak berjawab dan terus masuk ke peti suara.

"Macam mana aku boleh tak terjaga waktu dia call ni?" Nadhif mendengus kegeraman.

Otak mula berfikir yang bukan-bukan. Rambut Nadhif diraup kasar sebelum dia bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar deruman enjin Audi milik Wildan.

"Wildan jangan matikan enjin!" tempik Nadhif. Dia sudah tidak kisah jika suaranya menganggu ketenteraman jirannya yang lain.

"Eh kau kenapa ni?" Wildan yang melihat rakannya tergesa-gesa dengan riak wajah yang cuak terus menyoal.

"Adik Shafiq dalam bahaya! Kau ikut location ni." Nadhif meletakkan telefonnya di bahagian pemegang telefon.

Wildan tidak bertanya dengan lebih lanjut sebaliknya terus menekan pedal minyak, memecut laju ke atas jalan raya sekaligus memecahkan kesunyian di pagi hari dengan deruman enjin keretanya.

Nadhif di sisi diam tidak berkutik sebelum perlahan-lahan air matanya menitis jatuh ke riba.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now