bab 8

1.5K 80 6
                                    

TIBA sahaja di pangkalan Batu Pahat, Nadhif dan Arfan disambut oleh Fayyad yang sedang menunggu mereka di pintu utama.

"Diaorang dah sampai ke?" soal Nadhif.

"Dah. Tu bestie kau kemain berlagak betul tadi." Fayyad menjulingkan matanya ke atas.

Mereka semua kalau boleh memang tidak mahu melakukan operasi bersama Rafid. Lelaki itu mahu semua orang hanya mengikut kata dia. Macam mana boleh terlepas daripada latihan tentera, mereka pun tidak pasti.

"Kenapa pulak bestie aku, bukan bestie Shafiq ke?" soal Nadhif menahan tawa.

Terjuih bibir Arfan apabila dia pula yang dijadikan mangsa. Udahlah member memang dari awal tidak sukakan Rafid, dibestiekan pula dengan lelaki itu.

"Eh banyok bunyi lah pokmung (korang)." Bila dah keluar loghat Terengganu dengan rakannya, memang nampak sangat yang dia itu tidak gemar. "Bukan kita ada taklimat operasi ke?"

"Haah sekarang tunggu Tuan Hamid je."

Mereka bertiga berjalan beriringan masuk ke bilik mesyuarat sebelum anak mata disapa dengan wajah Wildan yang jelas kelihatan cemberut.

"Kau kenapa?" Fayyad menyoal.

"Kau lah tinggal aku lama-lama kat sini dengan diaorang," kata Wildan dalam nada berbisik. Tidak mahu percakapannya didengari oleh ahli pasukan Charlie.

"Lah pulak dah." Berkerut dahi Fayyad mendengar jawapan itu. Padahal dia dah ajak Wildan untuk keluar sama apabila mendapat maklumat bahawa Nadhif dan Arfan akan tiba tidak lama lagi.

Manja betul. Yang ni pun sorang lagi, macam mana boleh terlepas jadi tentera dia pun tidak pasti.

"INI adalah outline untuk operasi kita malam ni." Penuh satu papan putih itu diconteng oleh Tuan Hamid bagi memberi bayangan kepada anak-anak buahnya.

"Alpha Team will corner from west and Charlie Team will corner from east. Pegawai jabatan siasatan syak sebanyak 350,000 liter minyak yang akan dipindahkan secara haram."

"Jangan bertindak tanpa arahan." Tuan Hamid mengerling ke arah Rafid.

"Faham?"

"Faham tuan!" Serentak semua yang berada di dalam bilik itu berbunyi suara.

"Dismissed." Tuan Hamid bingkas bangun dari duduknya sebelum keluar dari bilik tersebut.

Sebaik sahaja pintu ditutup, Rafid menoleh ke arah Arfan.

"Fiq, adik kau single lagi tak?"

Mendengar soalan itu, Arfan tayang muka jengkel. Soalan bodoh apakah ini? Di saat genting seperti ini boleh pulak si bangang Rafid bertanyakan tentang adiknya? Ini kalau aku liku kepala dia, satu apa pun tak dapat.

"Rafid focus please, kita ada benda lagi penting." Nadhif menjawab terlebih dahulu.

"Itulah pasal, kenapa nak tahu pasal adik aku pulak ni?" soal Arfan masih mengawal intonasinya.

"Lah kau macam tak tahu pulak yang aku suka..."

"Rafid behave." Nadhif sudah berdiri, rahangnya diketap kuat, tangan pula digenggam erat.

"Kau kenapa nak over pulak ni? Bukannya aku tanya pasal adik kau pun kan?" Rafid menyandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh.

Nadhif tidak membalas tetapi hanya mengorak langkah keluar dari bilik tersebut. Tak boleh lama-lama, takut nanti dia yang hilang sabar.

"Jangan nak menggediklah Raf, aku tak suka kau tanya macam tu pasal adik aku." Arfan juga turut berlalu pergi mengikut jejak langkah Nadhif.

Rafid hanya tersenyum sinis sebelum dia melihat Fayyad dan Wildan juga turut sama meninggalkan ruang bilik mesyuarat tersebut.

Setelah Fayyad memastikan bahawa mereka sudah berjalan jauh dari bilik mesyuarat yang terasa sangat panas tadi, dia memulakan bicara.

"Gila ke apa si Raf tu."

"Eh tapi dia tanya je kan?" soal Wildan polos.

"Nampak gaya macam berminat sangat dekat adik Shafiq tu." Fayyad membuat tekaan.

"Tak payah, tak hingin aku nak jadikan dia adik ipar, dibuatnya adik aku jadi perempuan simpanan dia, haa tak ke haru nanti." Arfan menggeleng kepalanya beberapa kali membayangkan situasi tersebut. Pergh minta jauh, ngeri betul.

"Dah lah, better kita semua get ready untuk malam ni," kata Nadhif yang sedari tadi hanya diam sebelum dia berlalu pergi terlebih dahulu ke arah bilik loker.

Fayyad dan Wildan memandang sesama sendiri sebelum pandangan itu dilontarkan kepada Arfan. Sedar dua pasang anak mata itu sedang memandangnya, Arfan hanya menjongketkan bahu tanda dia juga tidak tahu.

Dingin sahaja wajah Nadhif tadi. Takkan sebab bersua muka dengan Rafid sahaja?

Atau ada sebab lain?

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now