bab 53

1.1K 62 0
                                    

💭chapter 52 and 53 happened at the same night btw (so that none of you will be confuse)

"KAK Fiya, jom turun makan." Pintu bilik itu Naura tolak sedikit sebelum pandangannya beralih ke arah Arisya yang sedang termenung di hadapan komputer ribanya.

"Kak Fiya," panggil Naura sekali lagi.

"Haa?" Arisya tersentak dari lamunannya.

"Dinner jom."

"Kak Fiya tak lapar lah." Arisya senyum tipis kepada adik iparnya.

"Kak Fiya tak boleh macam ni. Mummy cakap pipi Kak Fiya makin cengkung. Mummy risau, Naura pun risau." Naura bergerak mendekati gadis itu sebelum dia melabuhkan duduk di birai katil.

"Naura tahu Kak Fiya risaukan abang Zaf tapi dia akan sedar. Kalau abang sedar lepastu dia tengok keadaan isteri dia macam ni, Naura jugak yang kena nanti," sambung Naura.

Dahi Arisya berkerut sedikit. Kenapa Naura pula yang kena?

"Abang Zaf tu mana boleh kalau pengarang jantung dia sakit." Mengerti dengan kebingungan Arisya, Naura menyambung penjelasannya.

Arisya ketawa kecil sebelum mengangguk perlahan.

"Haa macam tu lah. Jom! Anak buah Naura ni mesti tak sabar nak makan masakan tok mummy dia." Naura bingkas bangun lalu menarik tangan Arisya ke ruang makan.

Turun sahaja ke ruang makan Arisya dapat melihat senyuman daripada ibu mertuanya. Mesti tidak disangka yang gadis itu akan menjamah juga makanan pada malam ini kerana kebiasaannya memang Arisya tidak akan makan malam.

Dia tiada selera.

"Haa Fiya meh makan. Fiya duduk dulu mummy nak bancuh air kejap."

"Eh takpe mummy biar Fiya yang bancuh," pelawa Arisya.

"Kamu dudu..."

"Mummy dah masak kan. Biar Fiya pulak yang buat air," pintas Arisya terlebih dahulu.

"Haa ye lah. Hati-hati tu." Puan Nuha menggeleng melihat telatah menantunya.

Kaki dibawa ke dapur dan perlahan-lahan bekas sunquick dicapai dan diletakkan ke atas meja.

Macam ada sesuatu yang dia lupa.

Arisya bercekak pinggang sambil meneliti rak di dapur.

Gula.

Terus sahaja dia mengorak langkah ke bahagian kabinet dan bekas gula yang sedikit tersorok itu dicapai dengan susah payah. Sekarang dia dah tahu yang bekas gula ini memang akan kena tolak sampai ke belakang.

Tiba-tiba teringat pula waktu dia pertama kali hendak membancuh air di rumah mertuanya. Pening Arisya mencari bekas gula di rak tersebut sehinggalah suaminya datang menolong.

Dengan tidak semena-menanya, air mata mengalir deras apabila teringat kembali peristiwa itu.

"Fiya rindu abang..." Esakan cuba dia sembunyi. Birai matanya yang basah dikesat kasar.

Naura di muka pintu dapur hanya diam memerhati. Tidak mahu mengejutkan kakak iparnya yang sedang menangis seorang diri. Lama gadis itu berada di muka pintu sehinggalah Arisya hendak mengangkat dulang air ke ruang makan.

"Kak Fiya, biar Naura yang angkat. Nanti tak pasal kena piat dengan mummy sebab tak tolong." Naura berkata riang. Ingin mengubah suasana yang terasa suram.

"By the way, Naura ada hadiah tau untuk Kak Fiya. Well, technically untuk anak buah Naura," sambung Naura lagi sebelum dulang air diletakkan ke atas meja.

"Hadiah apa?" soal Arisya sebelum mengambil tempat duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Nanti lah lepas makan. Sekarang Kak Fiya makan dulu, makan sampai kenyang tau." Naura tersengih penuh makna.

"Untuk Kak Fiya je? Untuk daddy tak ada?" Tuan Zamri yang sedang membantu isterinya menghidang lauk itu berpaling wajah ke arah Naura.

"Untuk daddy tunggu birthday nanti," beritahu Naura tegas.

"Birthday daddy lambat lagi."

"Alaa daddy tunggu jelah." Suara tahan lucu Naura sebelum tawanya terlepas dek muka daddy yang cemberut itu. Apa lah daddy ni, padahal dia beli hadiah untuk Kak Fiya pun pakai elaun bulanan yang dia dapat daripada daddy sendiri.





"TADAAA! Comel tak?" soal Naura keriangan. Baju bayi bercorak dinosaur itu diangkat untuk ditunjukkan kepada Arisya.

"Comel sangat!" Arisya mengambil baju tersebut dan meneliti coraknya. Baju tersebut berwarna biru muda dan dihiasi dengan corak dinosaur putih.

Naura memerhati kakak iparnya yang sedang tersenyum gembira. Sudah lama bibir pucat itu tidak mengukirkan senyuman selebar malam ini. Naura juga turut tersenyum sebelum dia mengerling ke arah jam dinding di ruang tamu.

"Kak Fiya dah pukul sebelas ni akak kena tidur!" Cepat-cepat Naura mengemas beberapa beg kertas yang bertaburan di atas sofa tersebut. Tadi dia buat shopping haul dekat kakak iparnya.

Pantang nampak sale.

"Cakap kat orang, Naura pun samalah. Esok ada kelas kan?" kata Arisya sambil melipat baju bayi tersebut dan dimasukkan semula ke dalam beg kertasnya.

"Esok kelas Naura start pukul dua sebab tu Naura tak balik kolej lagi harini." Naura tersengih menayangkan giginya yang putih bersih sambil mengangkat dua jari membuat gaya peace.

"Patutlah bahagia semacam. Assignment dah siap?" Arisya membuat gaya bercekak pinggang.

"With all due respect, you're my sister-in-law not my lecturer," bangkang Naura.

"I am a lecturer."

"Not my lecturer." Perkataan my itu sengaja Naura tekankan.

"Ish yelah yelah Naura menang. Dah pergi masuk bilik nung!" Arisya menolak lembut bahu Naura agar gadis itu bergerak ke pintu biliknya.

"Nung?" Ruas dahi Naura berkerut. Loghat Terengganu ke ni?

"Nun menghijau gunung ladang dan rimba..." Naura mula menyanyi lagu Sudirman. Nun yang ni dia taulah.

Terus pecah tawa Arisya apabila gadis itu menyanyi sambil membuat tarian yang aneh. Boleh tahan juga perangai Naura ni ye. Awal-awal bukan main nampak garang.

Rupanya ada perangai lain yang tersembunyi.

"Bukan nung tulah! Penat Kak Fiya tengok Naura ni, dah lah orang nak tidur. Selamat malam." Arisya melambai ke arah Naura yang sedang mengesat birai mata dek terlalu sakan bergelak tawa sebelum pintu bilik ditutup.

"Perangai sama aje dua beradik, penat nak melayan," kata Arisya dalam sisa tawanya. Dia melabuhkan duduk di birai katil sebelum baju yang diberikan oleh Naura tadi dikeluarkan kembali.

"Anak mama dapat hadiahlah. Comel kan?" Perutnya diusap lembut apabila terasa tendangan daripada anaknya. Arisya tersenyum sebelum air matanya menitis buat kesekian kalinya.

"Bila papa awak nak sedar ni? Mama tak kuat sayang. Mama nak nangis sambil peluk papa." Entah bila lagi dia dapat mendengar suara suaminya. Rindu disakat lelaki itu.

Jika suruh menunggu Nadhif pulang dari misi merbahaya pun dia sudah gelisah, apatah lagi sekarang dengan keadaannya yang sangat memerlukan suaminya di sisi.

Bag kertas diletakkan ke atas meja sebelum dia perlahan-lahan berbaring di atas katil dan akhirnya terlena ditemani air mata.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now