bab 44

1.3K 81 5
                                    

"GORGEOUS, kita pergi honeymoon jom," kata Nadhif sambil mengusap lembut perut Arisya yang semakin membesar. Kandungan isterinya kini sudah menginjak lima bulan.

"Honeymoon apanya, dah nak ada baby dah ni." Kepala Arisya didongakkan sedikit untuk memandang suaminya.

"Kalau macam tu kita pergi babymoon lah. Abang nak spend time dengan gorgeous puas-puas sebelum sayang bersalin. Lagipun sekarang kan gorgeous tengah cuti sem. Paper exam students gorgeous tu abang boleh tolong tanda," seloroh Nadhif sambil matanya dikerdipkan beberapa kali gaya memujuk.

"Abang pandai ke literature? Fiya ajak tengok pride and prejudice haritu pun abang suruh tukar subtitles melayu." Arisya sengih mengusik.

"Manalah abang nak tau maksud 'you have bewitched me body and soul' tu apa." Nadhif mengulang salah satu ayat yang diungkapkan oleh watak Mr. Darcy. Terpinga-pinga lelaki itu apabila mendengar ayat tersebut. Lagi naik hairan apabila si Arisya sudah menggelupur tetapi dia satu haram kejadah pun tak faham. Terus ditukarkan ke sari kata Bahasa Melayu.

Rupanya Mr. Darcy tu nak cakap 'I love you.'

Cis!

"Okay so sekarang ni gorgeous nak pergi mana?" soal Nadhif mengalihkan topik. Dia tidak mahu lagi mengingati peristiwa memalukan itu.

"Hmm..." Arisya membuat gaya seperti sedang berfikir, tangan masih lagi setia bermain dengan rambut suaminya.

"Fiya nak pergi Langkawi lah. Nak naik cable car!" Bersinar-sinar mata Arisya saat memberitahu keinginannya kepada Nadhif.

"Boleh sangat sayang. Nanti abang apply cuti ye." Kepala Arisya disandarkan kembali ke dada bidangnya dan kini rambut Arisya pula dibelai manja.

"Yay! Fiya sayang abang!" Tubuh Nadhif dipeluk erat.

"Gorgeous anak kita tu." Nadhif sudah menggelabah tatkala terasa tubuhnya dipeluk erat oleh Arisya.

Isteri dia ni tak rasa lemas ke?

"Abang tak cakap abang sayang Fiya pun..." Suara Arisya kedengaran seperti berjauh hati. Tubuhnya dipusingkan membelakangi Nadhif dan plushie rimau diambil untuk dipeluk.

'Alamak merajuk pulak ke?' desis hati kecil Nadhif.

"Gorgeous..."

"Takmboh!"

"Haa? Teh Boh?" Dah keluar dah loghat Terengganu dia sampaikan Nadhif pun sudah terpinga-pinga.

"Abang pun sayangkan gorgeous lah. Takmo lah macam ni. Abang dahlah tak faham sayang cakap apa tadi." Lembut sahaja suara Nadhif memujuk.

"Gorgeous ni bekeng lah..." sambung Nadhif apabila isterinya masih lagi tidak bersuara.

"Habestu bekeng tahu pulak, takmboh tak tau," sindir Arisya.

"Dua tiga kucing berlari, abang minta maaf gorgeous," seloroh Nadhif sambil mengusap bahu Arisya yang masih lagi membelakanginya.

"Cuba lagi sekali," balas Arisya pendek.

"Dua tiga kucing berlari, kita pergi beli novel jom." Nadhif sudah mula memancing minat Arisya.

"Nak!" Terus sahaja gadis itu bangkit dari pembaringannya.

Umpan terkena! Nadhif menyorak keriangan dalam diam.

"Jom bersiap." Arisya sudah berada di hadapan Nadhif dan gadis itu terus menarik tangan suaminya agar Nadhif bingkas bangun dari katil.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now