bab 58

1.1K 71 4
                                    

"ABANG betul-betul dah sihat ke ni?" Arisya sedikit risau tetapi tangannya ligat membantu Nadhif membutangkan uniform maritim suaminya.

"Iye gorgeous, dah dua minggu abang rehat sejak balik dari hospital ni, lagipun harini Insya-Allah takde apa-apa pun, abang cuma kena pantau budak yang baru nak start training je," kata Nadhif sambil menyelitkan rambut Arisya ke belakang telinga gadis itu. Wajah isterinya direnung lama. Sungguh dia tidak jemu melihat raut wajah ini. Pandanglah berjuta kali pun, dia tetap akan jatuh cinta lagi dan lagi.

"Kenapa abang tengok Fiya macam tu, pipi Fiya ni ketara sangat ke berisi tu?" soal Arisya sedih. Sejak mengandung ni, semua benda dia nak telan. Gelaran picky eater yang diberikan dahulu pun sudah dilucutkan.

"Mana ada. Abang tengok gorgeous sebab isteri abang ni cantik sangat. Tengok tiap-tiap hari pun tak jemu malah lagi bertambah jatuh cinta." Nadhif senyum mengusik apabila melihat perubahan riak wajah Arisya. Tadi seperti hendak menangis, sekarang dah tersipu-sipu malu.

"Eleh abang saja nak ambik hati Fiya kan." Bahu suaminya ditolak lembut.

"Orang puji cakap kita main-main pulak." Nada Nadhif seperti berjauh hati.

Arisya senyum seketika sebelum wajah suaminya dipegang lembut agar berpaling menghadapnya.

"Abang sini jap nak bisik something."

"Kenapa kena bisik?" Nadhif sudah kebingungan. Ingatkan isterinya nak pujuk, lain pula yang disuruh.

"Ish sinilah dekat sikit." Suaminya ini sudahlah tinggi ibarat pokok kelapa. Nak suruh tunduk pun banyak bunyi.

Mendengar kata Arisya, Nadhif tunduk sedikit agar paras ketinggian mereka sama. Arisya sengih nakal sebelum bibir suaminya dicium sekilas sebelum gadis itu tergelak kecil.

"Merajuk lagi?"

"Haah."

Arisya kerut kening mendengar penyataan Nadhif.

"Mana cukup macam tu gorgeous." Tangan Nadhif bergerak lebih pantas memaut pinggang Arisya agar gadis itu terdorong ke arahnya. Rahang Arisya dipegang lembut sebelum bibirnya bertemu dengan bibir si isteri.

Entah berapa lama mereka dalam keadaan begitu sehingga Arisya menghentikan perbuatan mereka berdua, menarik nafas yang tergendala di tengah jalan tadi. Macam tak cukup oksigen je, semput dadanya tika itu.

"Gorgeous okay?" soal Nadhif berbaur risau. Rasa hendak liku sahaja kepalanya tadi kerana bertindak melulu sebegitu. Kesian pula melihat isterinya bagai tidak cukup nafas.

"Semput sikit. Bila pregnant ni rasa macam cepat pulak mengah," jawab Arisya apabila nafasnya kembali teratur.

Nadhif mengangguk beberapa kali sebelum isterinya dibawa duduk ke birai katil.

"Sorry." Nadhif tersipu malu.

"Tak payah nak sorrylah, abang suka lah tu." Dada bidang Nadhif menjadi mangsa pukulan maut Arisya.

Nadhif ketawa besar sambil tangan bergerak menggosok dadanya. Sakit ya anak-anak. Kuat jugak mak buyung ni.

"Abang dah nak kena pergi kerja ni, gorgeous jaga diri tau. Kalau nak terberanak ke apa ke panggil je mummy. Tengah hari nanti Naura balik. Kelas petang cancel katanya. Dia boleh tolong tengok-tengokkan sayang jugak," bagitahu Nadhif.

"Okay, abang jangan risaulah. Due date kan next week." Arisya meyakinkan suaminya.

"We don't know that yet. Mungkin anak kita rasa nak tengok dunia awal sikit daripada due date dia. Haa macam mana?" kata Nadhif dengan wajah serius tanda dia tidak bergurau.

"Macam-macam lah abang ni. Dah lah pergi kerja sana tu. Nanti kena denda lari satu padang baru tau."

"Halau abang ke ni?" soal Nadhif sebelum terus mengangkat tangan gaya mengaku kalah apabila terkena lirikan tajam Arisya.

"Gorgeous jaga diri." Tubuh isterinya didakap erat sebelum Nadhif melabuhkan ciuman ke dahi Arisya.





"FIYA, jom makan tengah hari. Daddy ada belikan lauk tadi." Puan Nuha tolak sedikit daun pintu untuk mencari menantunya.

"Kejap mummy, nanti Fiya turun," sahut Arisya dari dalam tandas. Tadi rasa macam nak terkucil pula.

Arisya keluar dari tandas dan langkahnya diorak untuk turun ke ruang makan tetapi terhenti di hadapan pintu bilik apabila bahagian bawah perutnya terasa perit. Peluh dingin mula membasahi dahi walaupun penghawa dingin di dalam biliknya dibuka.

"Ini sakit contraction ke?" soal Arisya sendirian. Sakitnya semakin menjadi-jadi. Sesekali esakan kecil terkeluar dari bibir gadis itu.

"Mummy...tolong!" Arisya menjerit kecil sambil menarik nafas untuk bertenang.

"Fiya...kenapa ni?!" Puan Nuha yang mendengar jeritan Arisya bergegas memanjat anak tangga mendapatkan menantunya di hadapan bilik Nadhif. Wajah menantunya yang berkerut menahan sakit dipandang cemas.

"Sakit..." bisik Arisya tidak bermaya.

Naura yang baru sahaja pulang terus bergerak ke tingkat atas apabila terdengar suara ibunya menjerit.

"Naura tolong mummy papah Kak Fiya turun. Suruh daddy start kereta cepat." Puan Nuha yang melihat kelibat anak perempuannya yang sedang bergerak ke arah mereka pantas memberikan arahan.

"Sakit mummy..." Arisya merintih kesakitan.

"Ya sayang mummy tahu. Fiya tahan sikit ye, kita pergi hospital," pujuk Puan Nuha sambil tangannya bergerak menyarung tudung ke kepala Arisya.





NAURA yang kelihatan cemas di tempat duduk sebelah pemandu itu ditepuk perlahan oleh Puan Nuha. Gadis itu sedikit tersentak sebelum kepalanya dipusingkan sedikit untuk memandang wajah ibunya.

"Call abang Zaf, cakap kat dia datang hospital cepat sikit," arah Puan Nuha sambil tangannya masih lagi menggosok perlahan lengan Arisya.

Tangan Naura sedikit menggigil sewaktu mencari nombor abangnya di bahagian kontak kenalan. Tidak lama menunggu, suara Nadhif di hujung talian menyapa.

"Kenapa Naura call abang?" soal Nadhif selepas memberi salam.




🪧 — double update today! don't forget to read chapter 57. 💋

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now