bab 41

1.3K 86 6
                                    

WAJAHNYA yang dipenuhi darah tidak dihiraukan oleh Nadhif. Dari jauh dia dapat memerhatikan tingkah Rafid yang menarik kasar isterinya ke bahagian tepi kapal. Kakinya terhinjut-hinjut ingin mendekati mereka berdua.

Nadhif yang hampir berjaya mendekati Rafid ditarik sekali lagi oleh Kadok. Perbuatan itu menyebabkan Nadhif terdorong ke belakang sebelum tubuhnya ditindih oleh lanun tersebut.

"Kau tolong kirim salam kat anak aku." Pisau Kadok diangkat tinggi untuk menikam jantung Nadhif.

Bang!

Berlubang dahi Kadok dek tembakan mengejut daripada Arfan. Hampir semua yang berada di situ jatuh rahang.

Rafid juga turut sama. Dia ingat lelaki itu sudah mati.

Arfan pun ingat dirinya sudah mati. Tetapi nasibnya baik kerana tembakan peluru ke dadanya itu ditangkap oleh plat besi milik lelaki itu. Berdesing telinganya tadi akibat getaran yang dirasakan selepas ditembak.

Ingatkan dia sudah dijemput Ilahi.

"Kau kirim salam sendiri jelah bro," kata Arfan sebelum dia menoleh ke arah Rafid.

Dengan pantas Nadhif menolak tubuh Kadok yang sudah tidak bernyawa menjauhinya sebelum dia mengorak langkah ke arah Arisya yang masih lagi di dalam dakapan Rafid. Mahu luruh jantungnya melihat keadaan gadis itu sekarang. Tersalah langkah sedikit pasti akan jatuh ke dalam lautan biru tersebut.

"Aku nak kau ceraikan Arisya!" laung Rafid geram. Tangannya naik memegang rahang gadis itu.

"Aku lebih rela mati daripada bercerai dengan Zafran," bisik Arisya keras. Dia sudah tidak kisah. Baik dia mati daripada mendengar lafaz talak oleh lelaki yang dia cintai.

"Diam Arisya!" Dicengkam erat rahang Arisya sehingga gadis itu hampir kehilangan nafas.

"Rafid! Lepaskan isteri aku!" Nadhif mengambil selangkah lagi mendekati Rafid.

"Arisya bukan isteri kau! Dia milik aku sorang, kalau aku tak dapat dia, aku akan pastikan kau pun sama!" tempik Rafid sebelum tubuh Arisya ditolak ke dalam lautan biru yang luas itu.

Terbuntang luas mata Arfan melihat tindakan agresif Rafid, tanpa berfikir panjang Arfan turut terjun sama untuk menyelamatkan adiknya.

"Kau memang sial Raf!" Tewas dengan emosi marah, Nadhif meluru ke arah Rafid dan tubuh lelaki itu ditumbuk bertubi-tubi. Tenaga yang hilang selepas bergelut dengan Kadok tadi telah digantikan dengan amarah yang membuak-buak di dalam diri seorang Nadhif Zafran.

"Kau kan ketua pasukan Alpha, team paling elit takkan takat tu je?" sindir Rafid sambil tersenyum sinis apabila dia berjaya meloloskan diri daripada cengkaman Nadhif.

"Kau nak sangat kan..."

Renungan garang diberikan sebelum Nadhif mengeluarkan pisaunya yang digunakan untuk berlawan dengan Kadok tadi. Dengan pantas, Nadhif bergerak menikam paha kiri Rafid menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan.

"Jantan tak guna!" Rafid menarik keluar pisau tersebut sebelum dia meluru ke arah Nadhif dan belakang badan lelaki itu ditoreh.

"Arghh!" Nadhif berundur kebelakang sambil menahan sakit. Darah merah sudah mula membasahi uniformnya.

Rafid yang berura-ura ingin meluru ke arah Nadhif ditarik kasar oleh seseorang dari belakang. Wildan mencengkam erat bahu Rafid sebelum dia bertindak menindih tubuh lelaki itu. Pisau ditarik dari bahagian belakang dan leher Rafid dikelar sehingga terpercik darah ke wajah Wildan yang hanya mengorak senyuman kecil.

"Haven't done that in a while," bisik Wildan penuh tersirat.

Nadhif memerhatikan Rafid yang meronta-ronta menahan sakit sebelum tubuh itu akhirnya kaku. Pandangannya dialihkan ke arah Wildan.

Nampaknya perangai rakannya ini memang tak berubah. Dia memang suka kelar leher musuh.

"Sorry aku lambat datang." Wildan membantu Nadhif untuk bangun.

Nadhif hanya mengangguk sekilas sebelum dia kembali tersedar tentang sesuatu.

"Fiya! Shafiq!" laung Nadhif sambil menjenguk ke tempat terakhir Arisya ditolak tadi.

"Woi sini! Tolong cepat!" Kedengaran suara Arfan sayup-sayup dari bawah. Nadhif dan Wildan menjenguk dan mereka mendapati Arfan sedang berpaut pada tangga besi dan Arisya yang sudah tidak sedarkan diri itu berada di dalam dakapan abangnya.

Nadhif tidak mengendahkan lagi sakit ditubuhnya sekarang. Tangan laju menggapai tubuh Arisya dan dibawa naik ke bahagian dek kapal. Manakala Wildan pula lincah membantu Arfan untuk turut naik.

"Fiya?" Mahu naik gila Nadhif sekarang melihat wajah pucat lesi Arisya. Bibir isterinya juga sedikit biru. Pipi mulus itu ditampar perlahan berkali-kali. Tangannya menggigil ketakutan.

Takut kehilangan Arisya.

"No gorgeous, jangan tinggalkan abang. Sayang bangun please." Merah matanya dek terlalu sakan menangis. Sudah tidak dihiraukan tanggapan Wildan dan Arfan terhadapnya sekarang.

Nadhif melekapkan telinganya ke dada Arisya dan dia dapat menangkap deruan nafas yang agak perlahan. Segera dia mengambil posisi untuk memberikan bantuan pernafasan kepada isterinya.

Dada Arisya ditekan beberapa kali sebelum Nadhif tunduk untuk memberikan dua bantuan pernafasan kepada isterinya.

Tiada respon.

"Come on, Fiya." Nadhif mengulang perbuatannya.

Ditekan dada isterinya dengan titisan air mata yang laju membasahi pipi.

Masih lagi sama seperti tadi.

"Gorgeous please." Nadhif sudah separa merayu. Dadanya hampir pecah dengan rasa takut.

Dua bantuan pernafasan diberikan dengan perasaan gementar. Tangan Nadhif semakin menggigil hebat diiringi dengan air mata yang mengalir deras di tulang pipi, menitik jatuh ke wajah pucat milik isterinya.

Arfan hanya diam menjadi pemerhati sambil menggenggam erat tangan Arisya. Tidak pernah dia melihat Nadhif tewas dengan emosi apabila menjalankan sesuatu misi. Lelaki itu sangat tegas dalam kerjanya.

Namun sekarang semua itu hilang apabila adiknya seperti sudah tidak bernyawa.

Terdengar esakan kecil yang keluar dari bibir Nadhif.

"Come back to me gorgeous..."









☕️ — Arfan really said : BERCANDAAA GAIS BELUM DIJEMPUT ILAHI LAGI ALHAMDULILLAH BOLEH CONFESS DEKAT DIANA LAH KALAU MACAM NI

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now