bab 46

1.3K 68 6
                                    

SEUSAI tiba di St. Regis Resort, Arisya terus mengorak langkah ke balkoni bilik mereka berdua itu.

"Abang, cantiknya! Bilik kita menghadap pantailah!" kata Arisya teruja.

"Yes gorgeous, memang abang sengaja pilih bilik ni." Tangan Nadhif melingkar ke pinggang isterinya.

"Bila abang book?"

"Abang suruh Wildan." Nadhif senyum bangga. Biasalah pakai orang dalam. Si Wildan itu pun menurut sahaja.

"Sayang sakit pinggang?" soal Nadhif apabila melihat tangan Arisya yang sedang menggosok perlahan bahagian kanan pinggangnya.

"Sakit sikit."

"Meh abang urut." Tangan Arisya ditarik agar isterinya melabuhkan duduk di katil.

"Petang sikit kita pergi jalan-jalan okay? Sekarang gorgeous rehat dulu, panas lagi tu kat luar," kata Nadhif sambil mengurut pinggang isterinya. Sesekali tangannya naik mengusap lembut perut Arisya.

"Fiya ikut abang je. Tapi nak tidur sekejap boleh?" soal Arisya sambil menanggalkan tudungnya.

"Boleh sayang. Sini tudung tu biar abang sangkut." Tudung tersebut bertukar tangan dan Nadhif menyakutnya di kerusi. Setelah itu, dia kembali bergerak ke katil dan tubuh isterinya yang sudah terbaring ditepuk perlahan-lahan seperti sedang mendodoikan bayi.

Melihat Arisya yang sudah diulit lena, Nadhif membongkokkan sedikit tubuhnya sebelum dia melekapkan tangan ke perut isterinya.

"Hai anak papa, jaga mama elok-elok tau. Haritu pergi cek, doktor cakap macam boy. Kalau betul boy, nanti kalau papa dah takde bolehlah jadi bodyguard mama ye." Nadhif tersenyum tipis melihat wajah polos Arisya yang sedang elok dibuai lena sebelum melabuhkan ciuman ke dahi isterinya.



BERPIMPIN tangan, Nadhif dan Arisya kini berada di Langkawi SkyCab. Sempat juga Arisya meminta suaminya membeli aiskrim di gerai berdekatan dengan tempat tersebut.

"Gorgeous betul ni nak naik? Tak gayat ke?" soal Nadhif sambil mengelap bibir isterinya yang sedikit comot.

"Abang kan ada. Buat apa kerja tentera kalau tak boleh sambut Fiya kan?" seloroh Arisya.

"Abang coast guard, bukannya air force." Nadhif menyilangkan kedua-dua belah tangannya. Arisya ingat dia ada sayap ke lepastu kalau jatuh boleh terbang?

"Sama je tu." Arisya tayang wajah mendatar. Baki kon aiskrim disuakan kepada suaminya.

"Kenapa?" soal Nadhif hairan. Dah kenapa pula ni?

"Fiya tak suka bahagian bawah ni. Abang habiskan please." Matanya dikerdipkan beberapa kali memujuk lelaki itu.

Tingkah Arisya menyebabkan Nadhif memejam kelopak mata sambil mengukirkan senyuman lebar.

Tewas dengan kecomelan isterinya itu.

Tangan Arisya yang memegang kon aiskrim itu ditarik dan dengan sekali suapan sahaja, kon aiskrim tersebut selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Yay, dah habis! Sekarang dah boleh naik cable car." Tangan Nadhif ditarik menuju ke arah kaunter penjualan tiket.

"Sayang, slow-slow nanti terjatuh." Isterinya ini main lari sahaja. Lupa gamaknya tengah bawak budak.

"Nanti orang ramai, kita kena tunggu lama."

"Takpe takyah beratur, abang dah beli tiket online." Telefon pintarnya diangkat untuk ditayangkan ke wajah Arisya.

"Bijak, bijak. Okay dah jom!"


ORANG dulu-dulu kata jangan cakap besar. Kan dah mendapat.

Lengan Nadhif dipeluk erat oleh Arisya. Tadi bukan main teruja gadis itu sewaktu giliran mereka hampir tiba untuk menaiki kereta kabel tersebut. Sekarang lain pula ceritanya.

"Abang kalau jatu..." Tidak sempat Arisya menghabiskan kata, Nadhif terlebih dahulu menutup mulut isterinya. Cuba kalau nak lepas tu bila dah selamat mendarat atas tanah. Kalau mulut terlebih masin macam mana?

"Gorgeous, don't say that."

"Sorry." Birai mata yang dihiasi dengan air jernih dikesat kasar. Pandangan dilemparkan ke luar.

Tak boleh jadi ni. Dia yang nak naik, jadi dia harus gunakan peluang ini dengan sehabis baik.

"Okay...view cantik," bisik Arisya lebih kepada dirinya sendiri agar dia kembali tenang.

Namun ia cuma bertahan sekejap sahaja sebelum Arisya kembali bersandar di kerusi tersebut. Sungguh tekaknya sekarang ini terasa sangat loya. Berkerut dahi Arisya menahan rasa tidak selesa. Perutnya digosok perlahan-lahan.

Jangan muntah dalam ni.

Nadhif yang seperti dapat menangkap kesakitan Arisya terus mengeluarkan minyak cap kapak dari beg miliknya. Minyak itu diletakkan di bawah hidung isterinya agar gadis itu dapat menghilangkan rasa loya.

"Gorgeous okay tak ni?" Nadhif sudah naik risau. Muka Arisya juga sudah sedikit pucat.

Arisya hanya diam tidak memberikan jawapan. Kepalanya disandarkan ke bahu Nadhif.

Turun sahaja dari kereta kabel tersebut, terus nafas lega dihelakan. Air mineral yang dihulurkan oleh suaminya diteguk perlahan.

"Sorry abang. Janji tak buat dah." Tubir mata sudah mula bergenang apabila teringatkan kejadian tadi.

"Eh kenapa nak minta maaf pulak. Bukannya salah gorgeous pun." Nadhif memberikan senyuman kepada isterinya sebelum pipi Arisya dielus lembut.

"Tapi Fiya yang ajak naik. Kesian dekat abang, kena layan Fiya pulak tadi." Arisya masih lagi rasa bersalah terhadap suaminya. Ingatkan nak tengok pemandangan cantik tetapi terpaksa tuang minyak cap kapak dan urut kepalanya pula.

"Abang lagi kesiankan gorgeous tau. Sayang nampak macam nak pitam." Wajah isterinya yang sedikit pucat dipandang penuh risau.

"Dah okay," kata Arisya pendek.

"Betul ni?" soal Nadhif meminta kepastian.

"Iyeee..." Arisya meleretkan suaranya.

"Sekarang abang nak bawak gorgeous ke satu tempat ni, confirm sayang suka."


MATA Arisya rambang melihat pelbagai jenis coklat yang dipamerkan di rak hadapan pintu. Perisa-perisa yang jarang dijumpai pula tu. Mereka berdua sekarang berada di TS Duty Free Shop.

"Abang, boleh ke..."

"Gorgeous pilih je, nanti abang bayar. Belilah sekali untuk mama, papa, mamat Arfan tu and siapa-siapa je yang terlintas kat dalam kepala gorgeous." Nadhif mengambil bakul di hadapan pintu kedai dan tangan Arisya ditarik agar mereka berdua masuk ke dalam kedai coklat tersebut.

Lelaki itu hanya mengikut sahaja kehendak isterinya. Apa yang ditunjuk oleh Arisya, dia akan memasukkannya ke dalam bakul.

"This flavour or this one?" Kedua-dua coklat di tangannya disuakan di hadapan muka Nadhif.

"Both." Ringkas sahaja jawapan lelaki itu sebelum dengan pantas dia mengambil kedua-dua bungkusan coklat di tangan Arisya dan dimasukkan ke dalam bakul.

"Eh..."

"Kat rak sana dah tengok?" Laju sahaja Nadhif memotong percakapan Arisya. Tahu yang gadis itu akan menindakkan perbuatannya tadi.

"Dah banyak sangat tu, nanti susah nak bawak balik."

"Betul ni?" soal Nadhif. Bakul di tangannya dikerling sekilas. Takdelah banyak mana pun.

Dua bakul je. Penuh pulak tu.

Arisya hanya mengangguk sekilas. Senyuman lebar diberikan kepada suaminya.

"Thank you abang."

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now