bab 19

1.5K 74 5
                                    

ARISYA mengatur langkah turun ke ruang tamu. Abangnya sudah lesap di dapur dan kelihatan Nadhif sedang elok duduk di sofa.

"Aik, cepatnya you sampai? Bukan pagi tadi you ada dekat Terengganu?" soal Arisya sebelum dia melabuhkan duduk di sofa berhadapan dengan Nadhif.

"Ini Nadhif Zafran okay, tengok kaki lah." Kakinya diangkat untuk disuakan kepada Arisya.

"Ish tak senonoh betul!" Arisya menjeling tajam.

"You datang sini buat apa?" sambung Arisya lagi. Kaki Nadhif juga menjadi mangsa pukulan Arisya menggunakan remote televisyen di atas meja.

"Sampai hati kau nak halau aku." Tangannya diletakkan ke dada gaya dramatik seperti sedang menahan sakit.

"I tak cakap macam tu pun, I tanya kenapa you datang sini." Pening betul kalau bercakap dengan Nadhif ini.

"Sama lah tu."

"Tak!"

"Baloh mende gok (Gaduh apa tu)! Holoh lah!" Jeritan Arfan kedengaran dengan jelas dari dapur. Nadhif dan Arisya saling bertukar pandang sebelum mereka tertawa.

"Takyah layan dia tu. You tak jawab lagi soalan I, buat apa datang sini?" Dah tiga kali dia bertanya soalan yang sama. Kali keempat nanti Arisya akan bertanya pakej sekali dengan balingan bantal ke muka Nadhif.

"Esok malam, parents aku ajak dinner. Dia nak jumpa kau depan-depan." Akhirnya Nadhif memberi jawapan.

"Haa?!" Naik satu oktaf suara Arisya.

"Tak nak. Malu."

"Aik? Kata nak kahwin dengan aku," kata Nadhif sambil memeluk tubuh.

"Err...I takut." Memang lah nak kahwin dengan Nadhif tetapi dia masih segan dengan keluarga lelaki itu. Sudahlah nampak gaya macam orang berada. Tengok sahaja kereta yang digunakan oleh Nadhif tempoh hari.

"Jangan risau, aku ada," pujuk Nadhif kali ini lebih lembut.

Arisya tatap wajah Nadhif untuk seketika. Boleh percaya ke mamat ni? Entah-entah dia yang sakat aku dulu nanti.

"Hmm okay." Lambat laun Arisya akhirnya akur. Kalau bukan sekarang bila lagi? Lagipun dia juga akan berkahwin dengan Nadhif jadi mestilah dia harus berjumpa dengan kedua orang tua lelaki itu terlebih dahulu.

"Good. Macam tulah yang kita nak." Nadhif sengih mengusik.

"You datang sini semata-mata nak cakap benda tu je ke?" Boleh tahan hebat juga Nadhif ini. Kalau Arisya yang drive dari Terengganu ke Shah Alam, pasti dia terus lesap ke atas katil.

"Salah ke datang sini?" soal Nadhif.

"Tak salah pun tapi you tak penat ke?" Soalan berbalas soalan.

"Untuk kau-"

"Okay dah boleh balik." Belum sempat Nadhif menghabiskan kata, Arisya terlebih dahulu memotong. Jangan dikeluarkan lagi ayat itu, nanti pipinya terasa bahang lagi.

Melihat riak wajah Arisya, tak semena-mena tawa Nadhif meletus. Hadoi lah, baru usik sikit dah gelabah.

"Yelah aku balik, tak baik halau tetamu tapi takpe aku maafkan." Nadhif membuka langkah ke arah pintu masuk. Ada baiknya dia pulang kerana badannya juga letih. Tetapi entah kenapa apabila menyakat Arisya, letihnya terus terbang menghilang.

Nadhif tunduk sedikit agar ketinggiannya sama dengan Arisya sebelum bibirnya didekatkan ke telinga gadis itu.

"Bye gorgeous, take care."

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now