bab 32

1.4K 77 5
                                    

"MUMMY, Fiya tak reti lah." Sudah berkali-kali Arisya memujuk Puan Nuha yang dia memang tiada bakat langsung dalam menjadi model tudung ibu mertuanya itu, tetapi Puan Nuha tetap juga berkeras. Akhirnya dia diseret juga ke studio tanpa rela.

Dikerling sekilas ke arah Naura yang tampak teruja mengayakan koleksi tudung baru edisi raya nanti.

"Jangan risaulah, Naura kan ada. Lagipun Fiya sesuai tau jadi model untuk tudung ni. Menantu mummy ni cantik sangat!" Puan Nuha mengukirkan senyuman. Benda betul bukannya dia reka.

"Okay done! Cantik kan?"

Arisya melihat pantulannya di cermin. Memang cantik dan kemas sahaja lilitan yang dilakukan oleh Puan Nuha.

Tiba-tiba rasa bersemangat pula.

Dua jam mereka bergaya di hadapan lensa kamera di studio tersebut. Arisya yang berasa janggal pada mulanya, sudah tidak kekok lagi apabila dia bergandingan bersama Naura. Bermacam-macam gaya mereka berdua lakukan dan semuanya diarahkan oleh Puan Nuha sendiri.

Tersenyum bangga Puan Nuha melihat hasil gambar-gambar tersebut. Dia tidak salah memilih. Warna tudung pastel menaikkan seri wajah Arisya yang kuning langsat itu.



TINGKAH Arisya yang sedang mengikat sanggulnya di hadapan cermin terhenti apabila deria penglihatannya menangkap kelibat seseorang melalui pantulan cermin. Mata mereka bertaut seketika sebelum jejaka yang kelihatan segak memakai uniform maritim itu tersenyum manis.

"Hello gorgeous." Ditundukkan sedikit tubuhnya agar sama aras dengan Arisya lalu tepi kepala isterinya dicium mesra. Bau haruman Arisya sedikit sebanyak mengganggu ketenangan Nadhif. Terus sahaja tangannya naik memeluk bahu isterinya.

"Abang buat apa kat sini?" soal Arisya sambil memusingkan badannya agar berhadapan dengan Nadhif.

"Tengok gorgeous jadi model lah. Abang ingat bidadari manalah yang cantik sangat tadi. Rupanya bidadari abang. Sampaikan Naura yang duduk sebelah pun abang tak perasan," seloroh Nadhif sambil tersengih.

"Naura dengarlah bang. Amboi, mulut manis betul. Menyampah!" Naura yang baru sahaja masuk ke bilik persalinan untuk mengambil beg tangannya terus menayangkan riak wajah jengkel.

Gedik punya abang.

"Ish kau baliklah dik, nanti Kak Fiya balik dengan abang." Terus sahaja Nadhif menghalau Naura keluar. Nak bermanja dengan bini sendiri pun susah.

"Yelah yelah. Bye Kak Fiya!" Naura melambaikan tangannya kepada Arisya sebelum dia menghilang ke luar studio.

"Abang ponteng kerja ke?" soal Arisya.

"Sekarang dah habis waktu kerja lah gorgeous."

"Eh ye ke? Dah pukul berapa ni?" Terus sahaja jam tangannya dikerling seketika. Sedikit tersentak Arisya apabila jarum jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang.

"Haa ni mesti tak solat asar lagi kan?" Nadhif menundingkan jari telunjuknya tepat ke muka Arisya.

Arisya tersengih dan mengangguk perlahan. Jari telunjuk Nadhif diambil dan dia mengacah untuk menggigit jari milik suaminya itu.

"Ish apa ni! Hilang jari abang nanti." Ditarik tangannya daripada genggaman Arisya.

Arisya tertawa riang apabila melihat wajah cemberut Nadhif. Pipi lelaki itu dicium sekilas.

"Eh dah dah. Pergi solat tu. Gorgeous solat kat sini jelah," cadang Nadhif sebelum memeluk tubuhnya. Dia suka sebenarnya apabila Arisya membuat serangan hendap seperti tadi tetapi sekarang sudah lewat. Kan makin leka pula mereka nanti.

"Fiya takde telekung."

"Telekung sayang kan ada dalam kereta abang. Kejap abang pergi ambil. Tunggu sini tau," kata Nadhif sebelum dia berlari-lari anak keluar dari studio untuk ke arah keretanya.

"GORGEOUS nak makan apa?" Nadhif menyoal sebelum keretanya bergerak keluar dari tempat parkir studio tersebut. Lelaki itu juga sudah berpakaian biasa yang ditukar tadi sementara menunggu Arisya solat. Memang dia sengaja tinggalkan beberapa helai pakaiannya di dalam bonet kereta.

"Rasa nak makan ayam masak merah lah." Arisya berkata teruja.

"Ayam masak merah? Bukan sayang tak minat ke lauk macam tu?" soal Nadhif hairan. Haritu Arisya ada juga bercerita yang dia lebih gemar makan kuah bersup berbanding dengan lauk yang lain.

"Tak tau tapi tekak teringin." Riak wajah Arisya sudah bertukar mendung. Bibirnya disebikkan sedikit sebelum dia bermain-main dengan jarinya.

"Eh sayang janganlah sedih, abang tanya aje. Biasanya kan sayang suka kuah bersup." Terkejut sedikit Nadhif dengan perubahan drastik emosi isterinya. Tadi teruja, sekarang dah sedih.

"Sorry abang." Dikesat birai matanya yang sudah mula terasa basah.

"Kenapa minta maaf pulak ni? Sayang tak salah pun." Nadhif mengambil keputusan untuk menghentikan keretanya di tepi jalan. Handbrake ditarik dan wajah sedih Arisya dipandang lama.

"Ini kenapa sampai nangis ni hmm?" Dielus lembut pipi Arisya dan air mata isterinya juga turut dikesat sebelum Nadhif bertindak mencium kedua-dua kelopak mata gadis itu.

"Nak ayam masak merah..." Ditarik-tarik baju suaminya.

"Iye sayang, kita pergi makan ayam masak merah okay?" pujuk Nadhif lembut. Tidak tenang hatinya apabila melihat wajah sedih Arisya.

"Yay! Jom!" Bibir Nadhif dicium sekilas sebelum Arisya tersengih.

"Tak cukup ni gorgeous." Nadhif bangun sedikit daripada duduknya untuk mencari bibir Arisya tetapi dirinya terlebih dahulu dicubit gadis itu.

"Ish tak nak buang masa. Jom jom." Ditepuk-tepuk paha Nadhif agar lelaki itu meneruskan pemanduannya.

Nadhif tertawa kecil melihat emosi Arisya yang kini sudah berubah riang. Pelik sungguh perangai isterinya sejak kebelakangan ini.

Takpelah yang penting mana nak cari ayam masak merah petang-petang macam ni?

'Demi isteri yang tercinta, akanku cari sampai ke hujung dunia,' bisik hati kecil Nadhif sebelum dia tersenyum.

SEUSAI mereka makan malam di restoran, Arisya menarik tangan Nadhif agar lelaki itu berhenti daripada terus berjalan ke arah kereta.

"Opocot mak kau!" Terkejut Nadhif dek perbuatan spontan Arisya itu. Tubuhnya dipusingkan menghadap Arisya yang sedang tersengih-sengih memandang suaminya.

"Sorry abang tapi Fiya nak tunjuk tu." Mulutnya dimuncungkan ke arah gerai kebab yang tidak jauh daripada tempat mereka berdiri sekarang.

"Gorgeous nak kebab tu ke?" soal Nadhif tidak percaya. Bukannya apa tapi tadi Arisya dah makan dua pinggan nasi putih hanya untuk dirinya sahaja.

"Kenapa tak boleh ke? Fiya lapar lagi lah."

"Gorgeous makan tadi baca bismillah tak? Risau pulak abang tengok." Biar betul isterinya ini. Perut tu 256GB ke? Nanti sakit perut baru tau.

"Abang nak cakap Fiya makan banyak ke?" Tapi memang betul pun. Berselera sungguh Arisya makan ayam masak merah tadi. Suami kat depan pun boleh ghaib.

"Eh kesitu pulak gorgeous ni. Abang takut sayang sakit perut je," nafi Nadhif dengan pantas.

"Tak sakit perut, betul. Jadi bolehlah ni beli kebab tu?" Mata Arisya sudah bersinar-sinar menunggu jawapan suaminya.

"Untuk sayang, gerai kebab tu pun abang boleh beli." Nadhif memimpin tangan Arisya dan mereka bersama-sama berjalan ke arah gerai tersebut.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now