bab 57

928 59 0
                                    

"BELLA?"

Mendengar namanya diseru, gadis itu terus pusing menghadap si pemanggil. Wajah Bella sedikit terkejut sebelum dia melemparkan senyuman kepada Arisya.

"Eh? Hai Fiya!" Suaranya kedengaran teruja apabila mengamit kedatangan Arisya.

Arisya merenung wajah polos Bella yang tersenyum manis itu. Macam mana dia boleh ada rasa cemburu dengan gadis ini walhal Bella tidak pernah berbuat apa pun selain melayaninya dengan baik.

"Fiya? Okay tak ni?" Riak muka Arisya seperti sedang dihurung perasaan serba-salah. Dia nampak bibir merah itu bergerak tetapi tiada kata yang keluar.

"Bella buat apa kat sini?" soal Arisya setelah berdehem kecil.

"Ada meeting dengan client dekat KL, ni pun baru habis, sebabtu datang sini nak kasi self reward," jawab Bella sebelum gadis itu mengambil ice americano yang sudah siap dibancuh.

Arisya angguk beberapa kali sebelum dia kembali tunduk memandang kasutnya. Sedih sedikit kerana dia sudah tidak dapat memakai kasut tumit tinggi kegemarannya. Sejak mengandung ni, dia dapat rasa perubahan pada kakinya.

"Fiya macam ada masalah je..." Bella kerut kening tanda keliru.

"Tak sebenarnya..." Arisya hentikan bicara, menarik nafas sebelum menyambung kata.

"Saya nak minta maaf."

Makin berkerut dahi licin Bella. Ice americano di tangan tidak jadi untuk disedut. Kenapa pula hendak minta maaf? Tiba-tiba dia turut berdebar menanti penjelasan Arisya.

"Kenapa kena minta maaf? Fiya ada buat salah ke?"

"Fiya...dulu selalu cemburu bila Bella rapat dengan Zaf. Fiya pun tak tahu macam mana boleh timbul perasaan tu dan Fiya memang betul-betul nak minta maaf. Bella baik sangat dan lagipun Bella kenal Zaf lagi lama daripada Fiya kenal Zaf, Fiya rasa Fiya tak layak nak halang siapa yang Zaf nak berkawan," terang Arisya panjang lebar.

Mendengar penjelasan Arisya, terbit rasa bersalah dalam diri Bella. Dulu dia tidak terlalu menjaga batas sehingga gadis dihadapannya ini timbul rasa cemburu. Tidak pernah terfikir dek akal untuk dia menjadi orang ketiga.

"Fiya tak perlu pun minta maaf. Memang wajar seorang isteri rasa cemburu kalau si suami rapat dengan perempuan lain, walaupun atas dasar kawan. Bella pun nak minta maaf sebab dulu tak reti set boundaries. Bila kawan Zaf tegur dekat restoran haritu baru Bella terfikir balik, ada betulnya juga ayat lelaki tu." Bella mengukirkan senyuman manis sebelum jarinya bermain-main dengan penyedut minuman di cawan plastik tersebut.

"By the way, Fiya tak perlu cemburu dengan Bella pun sebab Bella memang takde hati dekat si Zaf tu, lagipun Bella tengah kenal-kenal dengan sorang lelaki ni," kata Bella dengan nada teruja sambil tersipu malu.

"Kenal dari mana?"

"Dia budak baru dekat office Bella, katanya dari universiti sama tapi tak pernah nampak pun." Bella menggaru kepalanya yang tidak gatal. Setahunya dia sudah bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti di universiti dulu, tetapi kenapa tak pernah perasan pun mamat tu?

Ice americano disisip sambil anak matanya dibawa ke perut Arisya yang sudah membesar. Hampir tersembur gadis itu tetapi cepat-cepat ditahan. Macam mana dia boleh tak perasan?

"Fiya pregnant?!" soal Bella sedikit menjerit sebelum mulutnya ditekup dengan pantas.

Arisya membalas dengan anggukan sebelum gadis itu tergelak kecil melihat reaksi Bella.

"Macam mana boleh tak perasan waktu Fiya datang tegur tadi..." kata Bella tetapi lebih kepada dirinya sendiri. Maklumlah dia bercakap dengan orang tengok muka, bukannya tengok perut.

"Dah berapa bulan?"

"Sembilan. Tunggu masa je ni." Tak sabar nak bersua muka dengan anaknya. Semoga kelentikkan bulu mata Zaf turun ke anak mereka nanti. Ada masa, Arisya pun cemburu melihat bulu mata suaminya yang begitu lentik secara semulajadi.

"Ouh...ni jalan-jalan nak bagi senang bersalin ke?" Betul ke macam tu? Entahlah Bella ada dengar haritu pasal benda ni tapi dia pun kurang pasti.

"Lebih kurang macam tu lah, lagipun dah lama tak jumpa kawan-kawan tu." Lirikan mata terhala ke arah dua sahabat yang sepertinya sedang bergaduh mulut, mesti pasal Aleesa dan aisnya. Melihat gelagat mereka, Arisya hanya mampu menggeleng perlahan.

"Apa yang digaduhkan tu?" soal Bella sebelum tumpuannya terganggu dek notifikasi telefon yang baru masuk.

"Alamak, Bella rasa dah nak kena cau ni, nak balik Seremban before malam. Maam besar dah start message dah ni." Ini kalau umi tahu dia belum gerak lagi dari Selangor, memang teruk dia kena bebel nanti. Kang tak memasal jadi 'Bella masak lemak cili api'.

"Ouh no worries. Thank you for your time Bella and hati-hati drive," pesan Arisya sebelum tersenyum manis dan menghantar pemergian Bella dengan pandangannya. Gadis itu juga sempat berhenti di hadapan pintu utama pusat beli-belah dan melambai ke arah Arisya sebelum bergerak ke kawasan tempat parkir kereta.

"Siapa perempuan tadi tu?" soal Aleesa apabila Arisya kembali duduk di hadapan mereka.

"Tu lah pasal, bukan main lama lagi korang borak." Diana pula bersetuju.

"Itu kawan Zaf, saja nak cakap hai." Arisya menayangkan riak wajah tidak bersalah sebelum air matcha miliknya dihirup perlahan. Itu air kegemarannya. Katalah apa sahaja, matcha tetap menjadi pilihan pertama.

Teringat perbualannya dengan Bella tadi, Arisya menarik nafas lega. Ibarat satu beban sudah terangkat dari bahunya. Dia tidak lagi dihantui dengan perasaan bersalah terhadap gadis itu. Dia harus belajar memaafkan, baru hidupnya akan lebih tenang.




🪧 — this chapter was written so that i can add a little bit more closure to bella's character. i pun nak tunjuk yang fiya ni dia tak nak ada bad terms with anyone since that's in her nature. 💓

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now