bab 28

1.3K 67 4
                                    

"FIYA!"

Tempikan Nadhif semasa memasuki rumah mengejutkan Naura yang berada di ruang tamu.

"Abang ni dah kenapa, macam orang tak betul je." Wajah Nadhif dijeling sekilas. Sakit telinga mendengar suara garau lelaki itu menjerit memanggil kakak iparnya. Tau lah rindu tapi bertenang sikit tak boleh ke?

"Dik, Kak Fiya mana?" Nadhif mendekati adiknya. Dahi sudah dibasahi peluh dek risau yang tak terhingga.

"Ada kat dalam bilik korang lah. Sekarang dah pukul 11 malam, Kak Fiya dah tidur kut."

Kaki digerakkan untuk memanjat anak tangga dengan kelajuan semaksima mungkin. Daun pintu bilik ditolak sedikit kasar dan apabila dia menangkap sekujur tubuh Arisya yang sedang elok berbaring di atas katil sambil menonton drama di Ipad milik gadis itu, terus Nadhif menghembuskan nafas lega.

"Eh abang?" Arisya bingkas bangun dan duduk bersila di atas katil. Rancangan televisyen Gossip Girl yang bermain di Ipad dihentikan.

Melihat reaksi Nadhif yang tidak berkata apa dan hanya menapak ke arahnya perlahan-lahan, Arisya berkerut kening.

Dah kenapa laki aku ni?

"Abang...abang okay tak ni?" Bertambah hairan Arisya apabila Nadhif bertindak memegang kedua-dua belah pipinya dan tubuhnya juga turut dibelek oleh lelaki itu.

"Gorgeous tak apa-apa kan?" Takut-takut Nadhif bertanya.

"Haa?" Makin tidak faham Arisya dibuatnya. Elok je dia terbaring dekat atas katil ni daripada tadi, tiba-tiba Nadhif datang bertanya dengan riak wajah takut.

"Abang kenapa ni? Cuba bagitahu Fiya," pujuk Arisya lembut apabila dia melihat birai mata Nadhif sudah basah. Pasti ada sesuatu yang terjadi.

"Tadi abang kan ada operasi..." Ditahan sehabis mungkin agar air matanya tidak jatuh.

Arisya senyum tipis untuk memberi isyarat agar Nadhif menyambung ceritanya.

"Dan...dia tahu team abang tengah dengar perbualan diaorang lepastu dia cakap sesuatu yang berkait pasal Fiya..."

"...I was scared that you would get hurt." Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua dan dapat dirasakan seperti Arisya menarik dirinya ke dalam pelukan.

"Abang it's okay, I'm here and I'm fine." Diusap rambut Nadhif berkali-kali agar suaminya bertenang.

"Gorgeous jangan tinggalkan abang," bisik Nadhif antara dengar dan tidak dengar. Tangan lelaki itu juga memeluk pinggang Arisya bagai tidak mahu lepas.

"No, Fiya takkan tinggalkan abang, kecuali..." Bibir Arisya tersenyum senget.

"Kecuali?" Nadhif meleraikan pelukan mereka untuk melihat anak mata Arisya.

"Kecuali kalau abang buat hal." Ditarik hidung suaminya sehingga lelaki itu mengadu kesakitan.

"Abang takkan buat hal dan abang janji akan setia dengan sayang sampai bila-bila." Tangannya diangkat untuk membuat gaya angkat sumpah. Muka serius ditayang agar Arisya tahu bahawa dia tidak bergurau.

"Abang jangan mungkir janji pulak."


BUNYI loceng rumah menganggu tingkah Arisya yang sedang menyiapkan makan tengah hari. Abang posmen ke? Setahunya, dia tidak membeli apa-apa barang. Nadhif punya kut.

Pintu dibuka dan mata melilau ke kiri dan kanan sebelum pandangannya turun ke satu bungkusan kotak di bawah.

"Siapa datang gorgeous?" soal Nadhif sambil mengorak langkah ke arah isterinya yang masih duduk bercangkung di hadapan pintu utama.

"Abang ada order barang ke?" Kepala ditoleh ke arah Nadhif bagi meminta jawapan.

"Eh takde pun..." Nadhif sudah mula rasa tidak sedap hati. Kepalanya dijengulkan sedikit untuk melihat ke arah pagar. Mati niatnya untuk menutup pintu rumah apabila Nadhif menangkap kelibat seseorang yang berada di luar pagar sedang menghalakan pistol tepat ke arah Arisya.

Bang!

Tubuh Arisya sempat dipeluk dan badannya direbahkan ke atas lantai untuk mengelak daripada peluru yang baru sahaja dilepaskan itu. Berderai kaca almari di ruang tamu dek terkena peluru tersebut.

"Abang..." Dapat dirasakan tubuh isterinya menggigil mungkin terkejut dengan serangan yang datang secara tiba-tiba.

Nadhif meleraikan pelukan mereka sekejap untuk melihat kelibat di luar pagar itu, namun sudah tiada. Cepat-cepat dia menutup pintu rumahnya sebelum mendakap erat tubuh isterinya yang masih terkaku di atas lantai.

"Gorgeous, are you okay?" Dielus lembut isterinya yang kelihatan pucat lesi.

"I need to know what's in the box." Arisya dapat merasakan pengirim itu merupakan orang yang sama yang menghantar bunga matahari di pejabatnya beberapa bulan yang lepas. Sangkanya orang itu sudah berputus asa kerana tiada lagi bungkusan yang diterima.

Namun sangkaannya meleset.

Jambakan bunga matahari yang sama seperti dulu. Apa yang membezakannya adalah terdapat calitan berwarna merah di setiap kelopak bunga tersebut.

"Sayang no, jangan sentuh." Keras suara Nadhif memberi arahan. Bunga itu diambil dari tangan Arisya dan dihempas ke dalam kotak itu tadi.

Siapa yang berani mati bagi bunga macam ni pada isterinya?

Nadhif sudah berura-ura ingin membuang kotak tersebut sebelum matanya menangkap satu kad kecil yang diselitkan di daun bunga itu.

Terus sahaja Arisya merampas kad itu untuk dibaca. Dia harus tahu, adakah telahannya benar.

'Do you like the way I touched you before? See you soon Arisya sayang.'

Tak mungkin.

Tangan ditekup ke mulut tanda tidak percaya. Air mata laju menitik membasahi pipi.

Ya Tuhan, dugaan apakah ini?

"Gorgeous?" Hampir putus nafas Nadhif membaca isi kandungan kad tersebut. Didakap erat tubuh isterinya agar Arisya melepaskan tangis di dalam pelukannya.

"Shh sayang, I'll take care of you, I promise." Nadhif seolah-olah sudah tahu siapa dalang di sebalik kes penculikan Arisya berbulan yang lepas. Tetapi dia harus mengumpulkan bukti, tidak boleh sembarangan menuduh kosong.

Lama mendiamkan diri, akhirnya Arisya meleraikan pelukan mereka sedikit untuk mendongak melihat wajah Nadhif yang jelas kerisauan itu.

"Abang, I have something to show you."

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now