bab 59

1.1K 80 6
                                    

DERUPAN tapak kaki yang sedang berlari itu sudah kedengaran dari jauh. Naura mengangkat kepala dan riak wajahnya jelas tidak puas hati. Siapa yang bising sangat ni?

"Naura!"

Oh abang sendiri rupanya.

"Abang tau tak bergema satu hallway ni bila abang lari macam tu?" soal Naura sarkastik. Wajah cemas abangnya dilirik tajam. Dengan baju uniform yang masih lagi dipakai, mesti abang Zaf kalut tadi.

"Tak kisah. Kak Fiya mana?" Nadhif menyoal sambil mengatur nafasnya agar kembali tenang.

Seperti orang gila dia berlari-lari tadi. Habis semua mata memandangnya dengan pandangan yang aneh. Tapi Nadhif sudah tidak peduli lagi.

"Ada kat dalam dengan mummy. Abang masu...ouh okay."

Tidak menunggu adiknya menghabiskan ayat, Nadhif terus melangkah masuk ke bilik wad tersebut. Dia dapat mendengar suara Arisya merintih kesakitan. Sungguh pedih jiwanya saat ini, andai saja kesakitan itu boleh diberikan kepadanya, dia dengan rela hati akan menanggung kesakitan itu jika ia dapat meredakan rintihan isterinya.

"Haa Zaf, eloklah kamu dah sampai, kesian menantu mummy daripada tadi lagi duk sebut nama kamu." Rambut Arisya diusap lembut. Hospital bersalin yang dipilih ini mesra wanita jadi tiada masalah jika Arisya tidak bertudung. Dahi Arisya dicium sekilas sebelum Puan Nuha keluar dari bilik tersebut untuk memberi ruang kepada anak dan menantunya.

Mendengar nama itu, Arisya terus mengangkat wajah. Matanya tunak memandang ke arah Nadhif seperti merayu meminta pertolongan. Nadhif yang tercengang di hadapan katil terus sahaja meraih dan memujuk isterinya.

"Abang..." Lencun wajahnya dengan air mata tika ini.

"Gorgeous pegang tangan abang, kalau sakit sayang genggam je. Abang tak kisah sampai tulang patah pun asalkan sakit gorgeous boleh reda." Bersungguh-sungguh Nadhif memberitahu Arisya. Tidak mahu isterinya sakit keseorangan.

Sedang asyik Arisya melayan kontraksinya, pintu wad diketuk dan seorang doktor wanita muncul sambil tersenyum manis kepada Arisya untuk mengurangkan ketegangan yang dialami oleh gadis itu.

"Hello, saya doktor Farah. Saya nak periksa pembukaan rahim sekejap. Saya seluk sikit ya? Puan Arisya tarik nafas perlahan-lahan sebab memang akan rasa sakit."

Doktor Farah berdiri di antara kedua belah kaki Arisya dan dengan lafaz bismillah, pembukaan Arisya diseluk.

"Allah..." rintih Arisya perlahan. Tangan Nadhif digenggam erat bagai mencari kekuatan.

"Sakit doktor..." Tidak dapat menahan sakit, air matanya mengalir ke tulang pipi.

Nadhif yang memerhati dengan penuh sayu, mengusap lembut air mata tersebut. Dia sendiri juga ingin menitiskan air mata melihat separuh nyawanya sedang menahan kesakitan.

"Empat sentimeter dah ni. Puan tahan sikit ya. Sikit je lagi ni," kata doktor Farah sebelum dia meminta diri untuk keluar bagi menyiapkan dewan bersalin buat Arisya.

Arisya tidak banyak bercakap semasa melayani kontraksinya. Kepala gadis itu disandarkan ke dada bidang Nadhif sebelum tangan suaminya bergerak menggosok pinggang Arisya sambil membisikkan zikir penenang hati di cuping telinga isterinya.

Arisya ditolak ke dewan bersalin apabila air ketubannya pecah. Nadhif masih setia disisinya. Jujur lelaki itu juga gementar apabila berdepan dengan situasi sebegini. Jika di medan perang, dia sudah bersiap sedia kerana nyawanya yang akan menjadi taruhan, namun pada saat ini...

Tidak.

Dia tidak boleh kehilangan Arisya.

"Okay puan tarik nafas dalam-dalam, bila saya cakap teran, puan teran." Arisya mengganguk beberapa kali sebelum tangan Nadhif digenggam erat. Tangan kanannya bergerak mengenggam katil dan Arisya meneran buat kali pertama. Sungguh tidak boleh digambarkan rasa sakit itu, menggigil pehanya apabila cubaan meneran dilakukan buat kali kedua.

"Isteri abang kuat..." bisik Nadhif sambil diselangi dengan zikir. Sesekali peluh di dahi isterinya juga dikesat dan ubun-ubun Arisya digosok perlahan.

Melihat Arisya yang sedang bertarung nyawa melahirkan zuriatnya, air mata lelaki itu jatuh jua. Disaat tangisan bayi mula kedengaran, Nadhif tidak henti melafazkan syukur sebelum dahi isterinya dicium lama. Senyuman lebar terhias di bibir lelaki itu seiringan dengan air mata yang setia mengalir.

"Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab sudi jadikan abang seorang ayah. Gorgeous akan jadi ibu yang paling hebat untuk anak kita. I love you." Pipi isterinya dielus lembut sebelum senyuman manis diberikan kepada Arisya. Nadhif mengalihkan pandangan ke arah bayi yang sedang diangkat oleh doktor Farah dengan perasaan yang bercampur baur. Terharu, gembira dan sedikit takut. Semuanya cukup perencah. Keluarga kecilnya bersama isteri tersayang.

"Congratulations mom and dad, it's a boy!"





"FIYA!" Puan Helina mendekati katil anaknya dan tubuh Arisya dipeluk erat.

"Molek (elok-elok) sikit Ina, baru lepas beranok tu." Tuan Sharif hanya mampu menggeleng kepala tatkala melihat keletah isterinya.

"Maklumlah cucu sulung." Puan Helina tergelak kecil sebelum pelukan dirungkaikan dan wanita itu mengorak langkah ke arah baby cot di sebelah katil Arisya.

"Ya Allah, mama ada cucu doh." Tubuh kecil bayi itu diambil dengan berhati-hati sebelum ditepuk perlahan.

"Dramatik mok mu tu," bisik Tuan Sharif perlahan kepada Arfan sebelum lelaki itu melepaskan tawanya.

Nadhif mendekati Tuan Sharif sebelum tangan bapa mertuanya itu disalam.

"Bila papa dengan mama sampai?"

"Baru je. Pagi tadi lepas breakfast terus Shafiq datang ambik dekat airport. Tu mama kamu, tak menyabor nak tengok cucu dia." Tuan Sharif membuat muka.

"Eleh abang, awak pun sama je, cakap kat orang lebih." Puan Helina berleter sebelum wajah cucunya diusap lembut. Comel betul.

"Doh ah ma, orang nok pegang gok (jugak)." Arfan yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati terus membuka langkah mendekati ibunya. Dia pun nak dukung budak kecik tu juga.

"Fiq pandai ke pegang?" Bukan boleh buat main anak terunanya yang satu ini. Kan dia pegang gaya nak pegang sniper, naya budak tu.

"Pandai lah...kut." Arfan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mendengar jawapan Arfan, terus Nadhif memandang wajah sahabatnya itu.

"Kau pegang elok-elok anak aku, kalau tak nama kau aku suruh kapten pilih untuk operasi bulan depan."

"Amboi dia main ugut kita pulak, apa kau ingat kau bos aku." Arfan menghadiahkan sebuah jelingan tajam.

Nadhif berdehem seketika sebelum uniform maritim miliknya yang berada di atas sofa diangkat dan lencana di lengan tersebut ditunjukkan kepada Arfan.

Lencana leftenan maritim.

"Yelah yelah, aku kalah. Patik yang menurut perintah tuan hamba," kata Arfan dengan nada suara jengkel.

Nadhif tersenyum kemenangan sebelum uniform itu dilipat kembali. Semalam kalut betul datang hospital sampai tidak sempat dia menukar baju, masuk dewan bersalin pun pakai baju uniform tu. Mujurlah Naura datang pagi tadi untuk menghantar baju salinan yang baru.

Tuan Sharif yang melihat gelagat dua lelaki tersebut hanya menggelengkan kepala. Bayi lelaki itu diambil dari pegangan tangan isterinya sebelum wajahnya diangkat untuk memandang anak menantunya.

"Dah ada nama?" soal Tuan Sharif.

Nadhif berjalan mendekati katil Arisya sebelum dia berdiri di sebelah isterinya. Bahu gadis itu dipaut mesra sebelum mereka berbicara serentak.

"Aidan Zafriel."

"Hello Aidan!" kata Arfan dengan riang.

"Haa Fiq, adik bagi doh cucu ke ma, mu ni pulok, bila nok wak (bawak) balik menantu?" soal Puan Helina.

Wajah Arfan yang tadinya tersenyum riang terus berubah 360 darjah.

Alamak! Soalan maut ni.

Bencik!



🪧 — anak fruit korang dah lahir, yay!

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now