bab 34

1.3K 80 0
                                    

"ALAMAK, laptop tertinggal dekat rumah lah." Arisya termenung di tengah-tengah biliknya itu. Patut ke dia pulang ke rumah untuk mengambil komputer riba tersebut?

Jam di dinding dikerling. Baru pukul tiga petang. Sempat je sampai rumah mertuanya nanti sebelum malam.

Terus sahaja langkahnya dibawa ke ruang tamu. Baru hendak membuka pintu utama, tiba-tiba dirinya disapa oleh Puan Nuha.

"Eh Fiya, nak pergi mana ni?" tegur Puan Nuha sebelum wanita itu melabuhkan duduknya di sofa.

"Nak balik kejap mummy, ambik laptop, Fiya kena key in markah students harini." Dia menuju ke arah Puan Nuha dan tangan ibu mertuanya disalam.

"Tak nak pakai laptop mummy dulu ke?" Puan Nuha memberi cadangan. Dia risau juga kerana Nadhif ada menceritakan perihal menantunya itu menjadi buruan musuh anaknya.

"Bukan tak nak tapi tak boleh sebab documents semua ada dalam laptop Fiya. Mummy jangan risaulah sekarang siang lagi ni, Fiya balik sekejap aje." Arisya meyakinkan ibu mertuanya.

"Mummy teman nak?" soal Puan Nuha. Gelas berisi kopi yang berada di dalam pegangan terus diletakkan ke atas meja.

"Takpelah, mummy kan baru balik dari butik, mummy rehat je, kalau ada apa-apa Fiya terus call mummy okay?"

"Hmm kalau macam tu Fiya hati-hati ye." Tangan Arisya digenggam seketika sebelum Puan Nuha melemparkan senyuman kepada menantunya.

"Fiya akan jaga diri." Sekali lagi Arisya meyakinkan ibu mertuanya sebelum kunci kereta diambil dan dia terus mengorak langkah ke arah garaj.



KOMPUTER riba ditutup sebelum Arisya menghelakan nafas lega. Itulah pasal, lain kali jangan buat kerja last minute, kan dah kalut. Nasib baik sempat.

Apa ingat students je ke buat kerja last minute? Lecturer pun sama tapi mungkin Arisya je kut.

Arisya bersandar di kerusi lalu kepalanya didongakkan ke siling. Dia menghadap skrin komputer ribanya terlalu lama sehingga kepalanya terasa pening. Tapi sejak kebelakangan ini dia sering pening kepala. Tekak pula kalau teringin mesti kena tunaikan kalau tak jadi macam haritu, emosi teruk.

Nasi ayam je pun lek ah.

"Eh belum solat asar!" Jam sudah menunjukkan pukul 6.47 petang. Ini kalau Nadhif tahu mesti kena bebel sebakul.

Sorry suamiku tercinta, bukannya Fiya sengaja.

Seusai solat, Arisya mengambil keputusan untuk mengemas baju yang hendak dibawa ke Pulau Redang esok. Sungguh tidak sangka yang namanya akan terpilih sekali dengan Nadira.

Memang rezeki!

Leka mengemas pakaian, akhirnya laungan azan Maghrib berkumandang.

"Ya Allah, hari dah nak gelap ni. Macam mana boleh tak sedar?" Sekali lagi Arisya berdiri kaku di tengah-tengah bilik itu.

Kalau tempuh juga jem dari Shah Alam ke KL memang lewatlah dia sampai ke rumah mertuanya.

Deringan telefon di atas katil menyentakkan Arisya. Pantas telefon diambil untuk melihat gerangan yang menelefonnya itu.

mummy <3

Terus sahaja ikon hijau digesel dan salam diberikan.

"Fiya tak settle lagi ke, dah lewat ni nanti lambat Fiya sampai rumah," kata Puan Nuha sedikit resah.

"Fiya tak sedar mummy, sakan sangat buat kerja, Fiya rasa Fiya stay sini ajelah sebab Fiya pening kepala tak larat nak drive," beritahu Arisya lembut.

Terdengar keluhan berat di talian sebelah sana. Serba salah pula Arisya dibuatnya.

"Kamu jaga diri baik-baik. Jangan lupa kunci pintu pagar. Apalah mummy nak menjawab dekat Zaf nanti."

"Takpe mummy Zaf balik esok, mummy jangan risau okay?"

Talian dimatikan setelah salamnya dibalas. Sebaik sahaja dia selesai menunaikan solat Maghrib, terus sahaja badan direbahkan ke atas katil.

Denyutan di kepala yang semakin terasa itu membuatkan matanya semakin memberat. Tidak sampai seminit, Arisya sudah terlena.


BUNYI pintu rumah yang ditutup itu mengejutkan Arisya daripada tidurnya. Ya Allah siapa pula ni?

Otak sudah mula berfikir yang bukan-bukan. Dia takut jika peristiwa hitam itu berulang kembali.

Arisya bangun dari katil dan perlahan-lahan turun dari tingkat atas. Apabila wajah suaminya menjamah anak mata, terus sahaja gadis itu menghelakan nafas lega.

Nadhif pula kelihatan cemas, nafasnya turun naik bagi mencari ketenangan.

"Abang awal-"

"Arisya Shafiyyah!"

Tersentak Arisya apabila suara Nadhif terlebih dahulu memotong percakapannya. Suara yang penuh tegang. Ton suara yang tidak pernah digunakan oleh Nadhif sebelum ini.

"Kenapa balik rumah sorang-sorang?" Nadhif meraup rambutnya kebelakang. Operasinya habis awal jadi dia dibenarkan pulang sehari sebelum hari yang ditetapkan. Hampir luruh jantungnya apabila Puan Nuha memberitahu yang Arisya akan bermalam di rumah mereka berseorangan malam ini. Kelam-kabut dia menghidupkan enjin motosikal miliknya untuk ke rumah mereka.

"Fiya ingat Fiya balik sekejap aje..." Pandangan terus menekur ke lantai apabila Arisya dapat merasakan yang Nadhif sedang berada dalam keadaan marah.

"Lepastu kenapa tak balik rumah daddy?" soal Nadhif tidak puas hati. Baju uniformnya juga tidak sempat ditukar dek terlalu risau.

"Fiya ralit sangat buat kerja, Fiya tak perasan dah lewat time tu." Tubir mata mula terasa panas. Arisya memang tidak boleh apabila dijerkah oleh mana-mana lelaki. Perasaan takut akan terus hadir.

"Kalau jadi apa-apa pada Fiya macam mana? Fiya tak serik lagi ke dengan kejadian dulu tu? Ini kalau abang tak balik awal, Fiya bermalam sorang-sorang lah kat sini?" Terlalu diikutkan emosi, tidak semena-menanya Nadhif mengungkit peristiwa hitam itu kembali.

"Abang kenapa nak kena ungkit peristiwa tu..." Perlahan-lahan air matanya turun membasahi pipi. Dia tahu Nadhif risau tapi tidak perlulah dibahaskan lagi tentang kejadian yang satu itu.

"Sebab abang risau, Fiya. Abang tak nak Fiya kena macam tu lagi." Suara Nadhif sudah mula mengendur. Hatinya terasa pilu melihat Arisya yang langsung tidak berani untuk bersua mata dengannya.

"Fiya minta maaf sebab buat abang risau. Fiya dah menyusahkan abang sampaikan abang yang baru balik kerja pun tak sempat nak berehat disebabkan Fiya. Fiya tak balik tadi sebab kepala Fiya pening sangat lagipun Fiya tak nak hadap jem." Takut-takut dia menjelaskan asbab dia tidak pulang ke rumah mertuanya kepada Nadhif. Bibir bawah digigit perlahan untuk menyorokkan esakan.

"Gorgeous..." Serba salah pula Nadhif apabila dia dapat mendengar dengan jelas suara Arisya yang seperti dalam ketakutan.

"Abang naiklah dulu mandi, nanti Fiya siapkan makan malam. Abang mesti lapar kan?" Birai matanya dikesat perlahan sebelum wajahnya diangkat dan senyuman tipis diberikan kepada suaminya.

Terus sahaja Arisya menghilang ke bilik air di dapur untuk menghamburkan tangisannya. Ditekup mulut agar esakannya tidak terkeluar. Dia tahu dia salah tapi apakan daya, emosinya tidak tentu arah sekarang ini.

Nadhif ingin mengejar Arisya yang berada di dapur namun tatkala mata dikerling ke jam dinding, Nadhif cepat-cepat naik ke bilik mereka untuk membersihkan diri.

Dia belum solat Maghrib.

Panggilan daripada Yang Esa haruslah didahulukan dalam apa jua keadaan.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now