bab 56

1.2K 64 0
                                    

NADHIF mencapai telefon bimbit Arisya di atas meja. Telefon itu dinyalakan dan gambar mereka berdua di Langkawi beberapa bulan yang lalu terpapar sebagai lockscreen. Lelaki itu sengih sendirian sebelum dia melihat masa yang berada di bahagian atas.

5:45 P.M.

Lima belas minit sebelum waktu melawat tamat.

Pipi Arisya diusap lembut sebelum bahu isterinya ditepuk.

"Gorgeous, bangun. Dah nak habis visiting hour ni, nanti daddy datang untuk jaga abang malam ni," kata Nadhif lembut. Bahu isterinya ditepuk sekali lagi.

Perlahan-lahan Arisya membuka kelopak matanya sebelum dia kembali lena. Tangan kanan Nadhif dirangkul erat seperti tidak mahu lepas.

"Sayang..."

"Tak boleh ke kalau Fiya tak balik? Biar Fiya je lah yang jaga abang." Suaranya dileretkan seperti anak kecil.

"Tak boleh. Gorgeous kena balik rehat." Keras suara Nadhif berkata.

Mendengar nada suaminya itu, terus sahaja Arisya bangun dari pembaringannya. Ini kenapa nak marah-marah ni? Orang tanya je pun.

"Janganlah marah Fiya. Yelah yelah orang balik. Kita je rindu dia, dia tak rindu kita dengan baby pun," kata Arisya dengan nada berjauh hati sambil berura-ura turun dari katil. Tudung bawalnya yang sedikit senget dibaiki.

"Eh gorgeous, abang gurau aje lah." Nadhif rasa macam nak hantuk kepalanya di kerusi. Dia tak patut bergurau sebegitu dengan isterinya yang sedang mengandung. Tentulah emosi gadis itu tidak menentu.

Bahu Arisya dipegang Nadhif sebelum tubuh itu dipeluk dengan berhati-hati.

"Abang tak marah gorgeous lah. Abang cuma nak sayang rehat dengan secukupnya. Kalau gorgeous sakit, abang jugak yang susah," pujuk Nadhif sebelum meleraikan pelukan mereka berdua. Tubir mata yang basah itu dipandang sayu sebelum bibir Arisya dicium sekilas.

"Okay..." bisik Arisya antara dengar dan tidak dengar.

Arisya turun dari katil dan sandalnya dipakai. Nadhif masih setia memegang lengan gadis itu sehinggalah isterinya pusing untuk menghadap dirinya.

"Fiya balik dulu. Esok Fiya datang lagi. Abang jaga diri tau." Tangan Nadhif diraih dan Arisya mencium tangan suaminya.

"Drive elok-elok gorgeous. Anak papa tolong jaga mama." Perut Arisya diusap perlahan sebelum dicium dengan penuh rasa sebak. Dia harus cepat sembuh agar dapat pulang ke rumah dengan segera.

Tangan mereka yang bertaut itu semakin lama semakin terlerai apabila Arisya menghampiri pintu wad tersebut. Wajahnya dipalingkan sekali lagi sebelum Arisya memberikan flying kiss untuk Nadhif.

Lelaki itu pula menangkapnya dengan gaya dramatis sebelum tergelak kecil. Nadhif hanya memerhati sehinggalah bayang isterinya hilang dari deria penglihatannya. Tanpa sedar dia mengeluh kecil.

"Haih...dah rindu."





AIR caramel macchiato disedut sehingga habis. Tak cukup dengan itu, ais di dalam cawan juga turut diratah dengan bersahaja. Diana di sebelah sudah mengerling tajam.

Aleesa ini kalau ditinggalkan di dalam peti ais memang habis semua ais batu dia ratah.

"Kau ni tak sakit gigi ke?" soal Arisya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati gelagat sahabat baiknya.

"Entahnya kau, duk kruk krak kruk krak. Patah gigi nanti baru tau," sindir Diana.

"Suka hati lah, dah aku suka. Eh ni aku ambik ais kau ek." Tangan Aleesa yang bergerak untuk mengambil gelas Diana terhenti dek pukulan padu dari Diana sendiri.

"Aduh!"

"Tak payah mengada. Kau tau tak makan ais banyak-banyak ni bahaya?" soal Diana gaya mak-mak.

Aleesa menjulingkan matanya ke atas. Dah mula dah temannya yang satu ini.

"Ish yelah yelah." Mulut sahaja berkata tetapi tangan masih lagi lincah bermain-main dengan ais di dalam gelasnya.

"Oh Fiya, aku dengar cerita Zaf dah sedar. Macam mana keadaan dia?" soal Diana. Malas dah nak ambil kisah pasal Aleesa tu. Nanti gigi tercabut baru nak menyesal.

"Dia okay, kaki pun macam dah nak elok. Tak lama lagi boleh berjalan lah tu," beritahu Arisya dengan hati yang senang. Sepanjang dua minggu dia ulang-alik melawat suaminya di hospital, dia dapat melihat kesungguhan Nadhif untuk kembali berjalan seperti biasa.

"Macam mana kau tahu?" soal Arisya penuh tanda tanya. Rasanya dia tidak ada memberitahu dua orang rakannya ini lagi. Dia terlupa kerana terlalu sibuk dengan kerja dan menjaga Nadhif. Ini pun baru ada masa untuk berjumpa.

Diana hanya diam dan tersengih sambil memintal-mintal hujung tudung bawalnya.

"Haa, balak dia lah tu," sindir Aleesa.

"Balak?" Ini slang mana pulak si budak Aleesa ni pakai?

"Abang kau lah. Si Shafiq tu," balas Aleesa sebelum gadis itu tergelak kecil.

Arisya toleh ke arah Diana dan dia dapat lihat wajah gadis itu sudah berubah warna. Merah padam apabila nama abangnya disebut.

"Ooo patut lah. Lain kali bagitahu je lah. Apa nak malu." Arisya senyum mengusik.

"Dia bukan balak aku lah. Lagi satu, mana ada orang pakai balak." Diana menepuk bahu Aleesa.

"Balak tu apa?" soal Arisya pula. Daripada tadi duk balak sana balak sini. Cuba cakap biar jelas.

"Boyfriend." Jawab mereka berdua serentak.

Arisya saling memandang dua sahabatnya sebelum dia ketawa besar. Entah apa yang kelakar sangat dia pun tak tahu. Sehingga menarik perhatian beberapa orang di dalam restoran tersebut.

"Eh mak buyung, kau gelak tu biar berpada sikit ea, kan terberanak kat sini. Tak memasal aku dengan Diana kena jadi bidan terjun pulak." Aleesa sudah mengerling ke kiri dan kanan. Tersengih sumbing ke arah beberapa orang yang melihat ke arah mereka.

"Kelakar lah. Balak tu bukan kayu ke? Kayu balak?" Haa sudah. Arisya pun dah mula mengarut.

"Dah boleh stop kut." Diana buat muka. Sumpah jadi kayu balak nanti kan baru tau.

Sedang elok mereka berbual, Arisya terlihat kelibat seseorang sedang beratur, barangkali sedang menunggu pesanan. Dia ada juga berdoa agar Allah menemukannya kembali dengan insan tersebut.

Dan hari ini doanya dimakbulkan.

"Korang tunggu sini sekejap." Tidak menanti dua rakannya membalas, Arisya bangun meninggalkan mereka dalam keadaan terpinga-pinga.

Dengan debaran di dada, ibarat seperti jantungnya akan terkeluar dari tempat asal bila-bila masa sahaja, Arisya mengorak langkah mendekati insan tersebut. Diusap perutnya beberapa kali bagi mencari kekuatan.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now