bab 45

1.2K 74 0
                                    

"GORGEOUS okay?" soal Nadhif apabila mereka sudah melabuhkan duduk di sebuah restoran.

"Tak...Fiya lapar." Arisya sebikkan bibirnya sedikit gaya meminta simpati.

"No, what did Hareez want from you?" Jelas wajah Nadhif tampak risau. Isterinya ini buat-buat tak faham pula soalan dia.

"Fiya pun tak tau abang. Tapi ni..." Disuakan tangan kanannya kepada Nadhif. Ada sedikit kesan merah dek perbuatan Hareez tadi.

"Sakit..."

"Kalau dapat makanan mesti terubat sakit tu kan?" Tangan isterinya dibelek sekejap sebelum dia mengusap lembut kesan merah tersebut. Tak guna punya Hareez. Suka hati je pegang tangan isteri dia. Balik nanti nak kena minta Arisya samak tangan pakai air tanah.

"Maybe." Sebelah tangannya digunakan untuk menongkat dagu sambil menatap wajah suaminya.

"Kenapa tengok abang macam tu?"

"Saja. Hensem," puji Arisya sambil tersengih.

"Eh abang memang hensem sejak dari dulu lagi, gorgeous baru sedar ke?" Nadhif tayang riak wajah bangga. Dalam hati sudah berbunga-bunga apabila dipuji oleh si isteri.

"Tak, dah sedar lama. Abang sebenarnya type Fiya tau." Arisya mengukirkan sebuah senyuman. Tak jemu melihat wajah kacak di hadapannya ini.

"Really?" Hampir terlopong Nadhif mendengar bicara isterinya. Biar betul?

"Yes. Hitam manis." Arisya tahan gelak.

"Gorgeous nak cakap abang hitam ke?" Terus masam mencuka wajah Nadhif.

"Hitam. Manis."

"Sama je."

"Tak."

"Sa..."

Suara Nadhif jeda apabila seorang pelayan datang menghidangkan makanan mereka. Ucapan terima kasih diberikan sebelum pemergian pelayan itu dihantar dengan pandangan mata.

"Abang hitam manis. Betul. Cuba abang senyum..." Kedua-dua tangan Arisya naik untuk menarik hujung bibir Nadhif agar lelaki itu tersenyum.

Nadhif hanya menuruti permintaan isterinya. Gigi yang putih bersih ditayangkan dan senyuman paling lebar diberikan kepada gadis itu.

"See! You can be hot and cute! And I love both of them." Arisya bersorak kecil. Comel sahaja riak wajah Nadhif sekarang.

"Ish dahlah, malulah abang. Tadi cakap lapar kan? Haa makan makan." Tangan Nadhif lincah mencedok kuah tomyam ke pinggan Arisya. Dan seperti biasa, kesemua lobak di dalam lauk tersebut dicari dan diberikan kepada isterinya.

Arisya hanya memerhati tingkah suaminya sebelum gadis itu menggaul nasi dan kuah tersebut dengan sudu lalu dia suakan kepada Nadhif.

"Eh kenapa ni?" soal Nadhif hairan.

"Nak suap abanglah."

"Patutnya abang yang suap gorgeous." Ingin diambil sudu dari tangan Arisya namun gadis itu pantas melarikannya.

"Tak nak. Cepat cakap aaaa..." Mulutnya dibuka agar Nadhif turut melakukan tingkah yang sama.

Akhirnya lelaki itu akur dan nasi itu selamat mendarat ke dalam mulutnya.

"Okay, your turn." Kini giliran Nadhif pula yang menyuapkan nasi kepada isterinya.

"Gorgeous duduk diam-diam. Biar abang je yang suap." Tidak menunggu balasan Arisya, mulut gadis itu sekali lagi disuap dengan nasi.

Tanpa mereka sedari, ada mata yang penuh rasa benci sedang memerhati kelakuan mereka berdua dari satu sudut terpecil.



"YOU look stunning, gorgeous." Nadhif melabuhkan ciuman ke tepi dahi Arisya yang sedang bersiap di hadapan meja solek.

"Janganlah, malu." Ditekup mukanya dengan kedua telapak tangan bagi menghilangkan rasa bahang.

"Buat apa nak malu. I'm your husband, bukannya orang lain." Tangan Arisya ditarik dan dipegang kemas sebelum bibir isterinya dicium sekilas.

Hmm...rasa manis!

"Abang! Tengok bibir abang pun dah ikut merah sekali." Arisya sudah tergelak kecil apabila melihat bibir suaminya memerah dek gincu yang baru sahaja dioles pada bibirnya tadi.

Jari Nadhif bergerak mengelap sisa gincu yang berada di bibirnya lalu gincu di atas meja solek diambil dan dioles kembali ke bibir Arisya.

"Tada! Dah merah balik tapi..." Nadhif jeda seketika sebelum sehelai tisu diambil.

"...takleh merah sangat, nanti orang lain tergoda." Bibir isterinya dilap sedikit agar merahnya tidak begitu terang.

"Dah dah, duk main lipstick pulak, nanti lambat kita sampai airport!" Ditarik tangan Nadhif untuk turun ke tingkat bawah. Bagasi mereka berdua sudah Nadhif masukkan ke dalam bonet awal pagi lagi.

Awal tak kalut.

"Abang dah masak breakfast tau." Tudung saji diangkat dan nasi goreng serta dua cawan teh tarik sudah sedia terhidang.

"Wow! Macam tau-tau je Fiya tengah lapar." Arisya melabuhkan duduknya sebelum tangan menarik pinggan yang sudah berisi dengan nasi goreng.

"Makan kenyang-kenyang tau gorgeous. Sayang tu makan untuk dua orang," kata Nadhif lembut sebelum tangannya naik mengusap perut Arisya.

"Aduh." Arisya mengadu kesakitan apabila terasa tendangan daripada anaknya. Lapar agaknya budak tu.

"Gorgeous kenapa?! Sebab baby kick ke?" Nadhif sudah tidak senang duduk. Menggelabah tidak tentu fasal.

"Haah. Jangan risau, takde apa pun." Dipegang erat lengan Nadhif. Perutnya sekarang rasa mengeras.

"Anak papa jangan sakitkan mama tau, nanti papa mogok tak nak belikan susu formula." Nadhif tunduk sedikit untuk bercakap dengan anaknya.

Arisya sudah berkerut dahi. Boleh pula suaminya ugut sebegitu?

"Okay, baby dah stop." Arisya menghela nafas. Tangan pula bergerak mengambil cawan dan teh tarik dihirup perlahan. Sedap juga teh tarik yang suaminya bancuh. Nadhif dah boleh buat profit lebih kerja dekat mamak kalau macam ni.

Lelaki itu pula hanya diam menjadi pemerhati gelagat Arisya yang berselera menjamah masakannya. Sesekali gadis itu akan menari kecil.

Sedap sangat kut masakan aku ni. Dah boleh jadi Gordon Ramsay Malaysia ke?

Bibir lelaki itu naik menguntum senyuman bahagia.

"Abang tak makan? Ke nak Fiya suap lagi?" usik Arisya apabila dia lihat suaminya langsung tidak menjamah makanan.

"Tengok gorgeous makan pun dah kenyang."

"Lah dok kait." Arisya tayang wajah jengkel.

"Gapo tok kait mung ni." Nadhif mengajuk isterinya.

"Tu Kelate abe. Doksoh cakap gitu lagi, buruk ambe dengo." Arisya tergelak kecil sebelum tangan kembali bergerak menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Hino ko?"

"Abang, sudah!"

Nadhif tertawa riang sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah.

"Yelah, yelah. Abang stop." Kepala isterinya diusap lembut. Tak boleh ganas-ganas. Nanti awning rosak.

Memang makan kakilah jawabnya.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now