bab 33

1.3K 84 2
                                    

HARI ini mereka berkumpul di rumah banglo Tuan Zamri untuk makan malam bersama-sama. Puan Nuha menyediakan juadah laksa untuk mereka menjamu selera. Arisya pula lincah membawa keluar pinggan mangkuk untuk diletakkan laksa dan kuahnya nanti manakala Naura pula seperti biasa, membancuh air.

Naura sudah serik menyuruh kakak iparnya membancuh air, nanti kang tak pasal dia dapat free show lagi. Menggeleng dia dibuatnya apabila terimbau kembali peristiwa beberapa bulan yang lepas.

"Tadaaaa! Laksa special mummy dah siap!" kata Puan Nuha teruja.

"Macam mana boleh jadi special?" soal Nadhif sebelum dia mengambil mangkuk kaca berisi laksa itu daripada pegangan mummynya.

"Dibuat dengan kasih sayang," seloroh Puan Nuha sambil mengenyitkan mata. Tuan Zamri hanya tersenyum kecil melihat tingkah isterinya.

"Fiya makan banyak tau. Inikan first time Fiya rasa laksa yang mummy buat." Puan Nuha berkata riang sebelum tangannya laju meletakkan kuah merah laksa itu ke dalam mangkuk Arisya.

Melihat laksa yang sudah dibanjiri dengan kuah merah di dalam mangkuk, terus sahaja Arisya menelan liur perit. Dia tak makan kuah banyak macam ni. Tak boleh nak telan. Namun, demi menjaga hati ibu mertuanya, Arisya hanya tersenyum nipis sebelum sudu dicapai.

"Mummy nak pergi dapur kejap."

Nadhif hanya memerhati kelibat Puan Nuha yang sudah hilang ke dapur sebelum mangkuk Arisya yang sudah banjir dengan kuah laksa ditarik olehnya.

"Eh abang kenapa ni?" Arisya menyoal suaminya.

Mangkuk laksa miliknya yang masih kering tanpa kuah disuakan kepada Arisya.

"Ini ambik abang punya, letak banyak mana kuah yang Fiya nak. Abang tahu Fiya tak suka makan laksa kuah banyak kan?" Diangkat keningnya beberapa kali gaya bangga. Dia boleh meneka kerana setiap kali mereka makan bersama, pasti gadis itu hanya mengambil sedikit sahaja kuah untuk diletakkan ke nasi.

"Bijak betul ye." Arisya tersenyum sekilas sebelum laksa tersebut disiram dengan kuah yang diambil sebanyak satu senduk kecil sahaja.

Puan Nuha yang baru keluar dari dapur berkerut dahi melihat mangkuk laksa milik Arisya.

Aik? Rasanya bukan main banyak dia siram laksa tu tadi. Kenapa kering semacam aje?

"Fiya, kenapa sikit sangat kuah tu?" soal Puan Nuha sebelum dia mengambil tempat di sebelah suaminya.

"Kak Fiya suka letak sikit je kuah laksa tu mummy." Naura menjawab bagi pihak kakak iparnya. Dia terdengar perbualan suami isteri itu sebentar tadi. Lucu pula bila teringat wajah pasrah Arisya tadi semasa mummynya meletakkan kuah laksa tersebut.

"Lah kenapa tak cakap awal-awal? Kesian Fiya mummy dah mandikan laksa kamu," seloroh Puan Nuha sambil menahan tawa.

"Mummy siram cepat sangat tadi, takde brek langsung," jawab Nadhif bersahaja.

Jawapan Nadhif menyebabkan Tuan Zamri tergelak kecil. Terus mati tawanya apabila disiku oleh si isteri di sebelah.

"Gelak pun salah."


"BERSELERA betul gorgeous makan tadi. Abang tengok sampai tiga mangkuk sayang tambah." Nadhif menarik comforter untuk menyelimuti mereka berdua. Kepala Arisya disandarkan ke dada bidangnya sebelum dia mula bermain-main dengan rambut gadis itu.

"Laksa mummy tu sedap sangat abang. Fiya rasa macam nak makan hari-hari," jawab Arisya keriangan. Kepalanya didongakkan sedikit untuk melihat riak wajah Nadhif.

"Amboi makan laksa je hari-hari tak muak ke?" soal Nadhif sambil tersenyum.

"Mummy punya laksa dikecualikan lah," jawab Arisya pendek.

Nadhif hanya tertawa apabila mendengar jawapan isterinya. Ada sahaja yang hendak dibalas. Terus sahaja hidung Arisya ditarik lembut.

"Abang..." panggil Arisya manja.

"Haa ni mesti nak something kan." Nadhif membuat muka saspens.

"Hari Selasa minggu depan lecturer fakulti bahasa akan ada trip ke Pulau Redang. Satu trip dua puluh orang dan nama Fiya pun terpilih sekali." Arisya jeda seketika sebelum dia menyambung bicaranya.

"...so Arisya nak mintak izin abang nak pergi trip tu nanti, boleh?"

Nadhif berfikir sejenak. Berat hati untuk dia lepaskan Arisya pergi disebabkan oleh amaran yang diberikan oleh Rafid tempoh hari.

Melihat riak wajah Nadhif, Arisya seolah-olah mengerti dengan kegusaran suaminya. Tangan Nadhif diusap lembut dan dibawa ke atas perutnya untuk dia bermain-main dengan jari jemari lelaki itu.

"Fiya tahu abang risau tapi Fiya janji akan jaga diri. Lagipun, Nad pun ada tau." Arisya meyakinkan Nadhif.

"Hmm kalau macam tu abang ikut jugak lah."

"Abang lupa ke abang ada ops rondaan kat Kunak esok? Hari abang balik dari Sabah tu hari yang sama kitaorang nak bertolak ke Terengganu." Arisya bangun dari baringannya untuk menatap wajah tidak puas hati suaminya.

"Alaaaaa." Nadhif meleretkan percakapannya menunjukkan tanda protes.

"Boleh lah abang." Dikerdipkan matanya beberapa kali separuh merayu.

Minta-mintalah aksi comelnya ini membuahkan hasil.

"Ye abang izinkan tapi..." Nadhif menekankan perkataan terakhir sebelum menyambung ayatnya.

"Make sure you take care of yourself okay?" pesan Nadhif tegas.

"Haip haip captain!" Arisya tabik hormat kepada suaminya sebelum tubuh sasa Nadhif dipeluk erat.

"Dah jangan buat muka macam tu lagi, abang cium karang." Didekatkan wajahnya ke wajah Arisya.

"Cium lah, tanda upah." Tidak menunggu Nadhif membalas, Arisya terlebih dahulu memagut bibir suaminya.

"Alamak gorgeous, makin berat hati abang nak lepas sayang pergi Terengganu kalau macam ni," kata Nadhif sebelum leher isterinya dicium berkali-kali.

"Abang!" Arisya menjerit kegelian.

Seluruh bilik itu dihiasi dengan gelak tawa Nadhif yang galak mengusik isterinya berserta dengan jeritan Arisya yang ingin melepaskan diri daripada pelukan suaminya.

Langkah Naura yang sedang berjalan ke arah biliknya terus sahaja terhenti apabila mendengar bunyi dari bilik abangnya.

"Uish. Lain macam je bunyi. Baik aku masuk bilik dulu." Meremang habis bulu roma. Terus sahaja dia berlari masuk ke dalam bilik sebelum pintu ditutup rapat.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now