bab 20

1.7K 90 8
                                    

"AKU terima nikahnya Arisya Shafiyyah binti Sharif dengan mas kahwin sepuluh ribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!"

Dengan sekali lafaz sahaja, Arisya Shafiyyah kini sudah bertukar status menjadi seorang isteri kepada Nadhif Zafran.

Nadhif lantas menunaikan solat sunat dua rakaat usai membaca doa. Kemudian dia mendekati isterinya untuk upacara pembatalan air sembahyang.

"Assalamualaikum gorgeous."

"Waalaikumussalam," bisik Arisya perlahan.

Nadhif tergelak kecil sebelum dia menyarungkan cincin ke jari manis Arisya. Biasanya ada sahaja yang hendak dibalas oleh gadis itu, tapi harini malu-malu pulak.

"Jangan nak seronok sangat." Mata sepetnya dikecilkan sedikit memberi amaran.

"Comel betul kau ni." Dicuit dagu Arisya setelah gadis itu menyarungkan cincin ke jarinya.

"Dik, salam suami kamu tu," arah Puan Helina. Daripada tadi dia tekun menjadi pemerhati gelagat pengantin baru itu.

"Haa salam salam jangan tak salam," usik Nadhif sambil menyuakan tangannya di hadapan muka Arisya.

"Zaf, jangan diusik lah Shafiyyah tu!" tegur Puan Nuha. Aduhai, majlis kahwin sendiri pun boleh lagi buat perangai macam itu.

Apabila Arisya mengangkat kepalanya untuk bertentang mata dengan Nadhif, lelaki itu terus melabuhkan ciuman di dahi. Terkaku sebentar pergerakan Arisya sebelum dia menutup mata dan tersenyum tipis memandangkan ada jurukamera yang sedang mengambil gambar.

Malu ke apa, yang penting gambar kahwin kena cantik!

Nadhif menarik tangan Arisya untuk berdiri apabila terdengar suara Wildan memberi arahan.

"Apa tarik-tarik ni sabar lah." Bibir sudah memuncung ke hadapan, tidak puas hati dengan tingkah Nadhif sebentar tadi.

"Haa panjang lah lagi muncung tu, aku cium kang baru tau." Nadhif berura-ura untuk memagut bibir merah Arisya.

"Woi! Mu ingat Tuhan gok sikit, masjid ni," sergah Arfan. Mahu luruh jantungnya melihat aksi berani mati sahabatnya itu.

Fayyad disebelah hanya menggeleng. Ini lagi teruk daripada dia.

Tubuh Arisya dipaut di bahagian pinggang oleh Nadhif. Tersentak Arisya dibuatnya namun lelaki itu hanya tersenyum nakal.

"Okay guys rapat lagi, lek ah dah halal kan," usik Wildan apabila melihat riak wajah Arisya yang sedang menahan malu. Ceh Nadhif, haritu kata takde apa dengan adik Arfan, tahu-tahu dapat kad jemputan kahwin.

Pishang mat!

"Eh kau jangan nak usik bestfriend aku." Terdengar suara seseorang menegur, terus Wildan menoleh ke sebelah kirinya.

Minah mana pulak ni? Datang-datang nak sound orang.

"Ish kau ni siapa pulak?" Cemberut muka Wildan.

"Buruknya muka," bisik Aleesa perlahan sebelum tawanya pecah.

"Kau nak ambik gambar ke tak ni Wildan? Penat aku sengih," kata Nadhif kegeraman. Wildan ni pun satu, sibuk nak ambil tugas jurukamera sebenar.

"Okay okay sorry, korang boleh senyum."

Lampu DSLR memancar dan momen bahagia mereka berdua jelas terpateri di situ. Wildan melihat hasil tangkapannya dan tersenyum puas.

Hmm, not bad! Nampaknya dah kena tukar bidang ni.


ARISYA menolak daun pintu biliknya, majlis bersanding sebelah keluarga perempuan akan diadakan esok pagi jadi selesai sahaja akad nikah dan bergambar mereka terus pulang ke rumah ibu bapa Arisya.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now