bab 21

1.6K 89 2
                                    

"GOTCHA!"

Terjerit Arisya apabila Nadhif sudah memegang kedua-dua lengannya, pinggang gadis itu dirangkul kemas sebelum Nadhif mengangkat tubuh isterinya dan dilemparkan ke atas bahu.

"Nadhif Zafran! Put me down!" Arisya meronta-ronta sambil tangannya laju memukul punggung Nadhif yang sedari tadi hanya tergelak sakan.

"Sayang yang mula, sekali abang dah dapat tangkap, abang takkan lepas." Dibawa Arisya ke halaman belakang rumah yang sedikit tertutup kawasannya memandangkan isterinya itu tidak memakai tudung.

Puan Helina yang mendengar jeritan anak dan menantunya terus mengintai dari tingkap dapur.

"Ya Allah! Mu dua orang main nape ni?" Menggeleng kepala dibuatnya.

"Maaaa tolong adik! Tangkap orang gila ni maaaa!" laung Arisya. Kepalanya sudah mula berasa pening.

"Orang gila tu laki mu dik." Puan Helina meninggalkan mereka berdua. Malas nak layan. Orang baru kahwin, biasalah nak bermanja.

Lain macam betul cara bermanja mereka ini.

"Fiya nak turun..." Arisya sudah merengek kecil. Tenaganya sudah habis digunakan untuk mencuba nasib meloloskan diri, namun gagal.

"Kenapa sayang lari?" Nadhif tidak mengendahkan permintaan Arisya, senyumannya semakin melebar.

"Abang...saya pening." Perlahan sahaja suara Arisya berkata.

Mendengar bicara Arisya, Nadhif cepat-cepat menurunkan isterinya di kerusi batu yang berada di halaman tersebut.

"Sayang okay?" Suaranya kedengaran panik.

Arisya memilih untuk tidak menjawab dan hanya melayan denyutan di kepala itu. Dahinya sedikit berkerut menahan sakit.

"Gorgeous..hey kenapa ni?" Rambut Arisya diraup kebelakang. Rasa bersalah pula kerana menyakat gadis itu tadi.

"Dah okay." Arisya mengangkat wajah, menatap wajah risau Nadhif. Senyuman tipis diberikan kepada suaminya.

"Sorry, Fiya memang senang sakit kepala sebab Fiya ada migraine," jelas Arisya.

Makin menggunung rasa bersalah Nadhif kepada Arisya, terasa seperti banyak lagi perkara tentang isterinya yang dia tidak ketahui.

"Janganlah berkerut sangat kening tu." Jari Arisya bermain-main di kening Nadhif.

"Abang mintak maaf." Diusap pipi Arisya lembut.

"Emosi betul abang ni. Tulah lain kali jangan buat macam tu." Arisya tertawa kecil melihat muka tidak puas hati Nadhif.

"Gorgeous yang lari tu dah kenapa, orang tengah syok melayan tadi." Jelingan tajam diberikan kepada Arisya. Dia baru sahaja mahu menolak gadis itu ke katil, tiba-tiba isterinya sudah buka langkah seribu.

"Gatal betul!" Dada bidang Nadhif sekali lagi menjadi mangsa tumbukan Arisya.

"Bengkaklah dada abang nanti kalau tiap-tiap hari kena pukul." Nadhif memegang dadanya dengan gaya dramatik.

"Padan muka." Arisya menjeling suaminya.

"Haa jeling-jeling, nanti bebola mata tu tersekat kat belakang baru tau," sakat Nadhif.

Bibir Arisya yang sedikit terjuih itu ditarik oleh Nadhif sebelum tawa lelaki itu pecah. Masam betul muka isterinya sekarang. Kalah cuka.

"Dah jom masuk, nanti makin bertambah pulak sakit kepala tu."



ARISYA membilas cawannya buat kali kelima. Terasa macam tidak mahu berganjak dari dapur. Sebenarnya dia hendak mengelak daripada Nadhif. Biarlah suaminya itu tidur dulu, nanti kalau lelaki itu tuntut hak dia macam mana? Tak ke merana Arisya nanti.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now