bab 40

1.2K 73 5
                                    

KADOK tersenyum sinis melihat renungan garang Nadhif. Pistol Glock 16 sudah dihalakan tepat ke arah lelaki itu.

"Hey buddy, long time no see." Rafid memberi lambaian kepada Nadhif sebelum menunjukkan sesuatu di tangannya.

"Jom kita main kira-kira, nak?" Punat alat kawalan ditekan dan secara automatik detik bom di badan Arisya dan Nadira bermula.

15 minit.

"Zaf..." Terketar-ketar bibir Arisya saat memanggil suaminya. Air mata sudah mengalir deras melihat detik bom yang bergerak. Lima belas minit lagi dan kemungkinan besar dia akan mati.

Nadhif berura-ura untuk bergerak ke arah Arisya namun langkahnya terhenti apabila Kadok mendekati lelaki itu terlebih dahulu. Rafid hanya diam menjadi pemerhati dari belakang.

"Haip, kau nak pergi mana? Kalau kau potong wayar ni, bini member kau akan berkecai tapi kalau member kau yang potong wayar bom dekat bini tercinta dia tu dulu, well then, I guess you have to say goodbye to your lovely wife." Kadok membuat gaya seperti melambai-lambai sambil tergelak kecil.

Bicara Kadok tadi membuatkan Nadhif tersedar akan sesuatu.

Bom tu...

bersambung!

Twin cut bomb.

Nadhif ingin memberitahu maklumat tersebut kepada ahli pasukannya tetapi dia tidak boleh mengambil risiko apabila bertentang dua mata dengan bapak lanun yang satu ini. Segala kemungkinan mula bertandang di dalam otaknya.

Bagaimana jikalau Fayyad memotong wayar bom di badan Nadira terlebih dahulu?

Tidak. Dia tidak boleh membiarkan Arisya mati. Kalau ada yang harus terkorban, biar dia sahaja yang mewakilkan diri.

Tanpa mereka semua sedari, Arfan Shafiq yang berdiri tidak jauh daripada mereka mendengar segala bicara Kadok. Beberapa minit yang lalu selepas Wildan memastikan semua senjata api haram sudah dijumpai dan anak buah Kadok juga sudah ditangkap dan dikumpulkan di bahagian dek kapal sebelah barat, Arfan terus turun dari bahagian atas kapal dan bergerak ingin memberi bantuan kepada Nadhif.

"Shadow, jangan potong lagi wayar bom tu, it's a twin cut wire," beritahu Arfan perlahan.

Nadhif yang turut mendengar suara Arfan di earpiece miliknya mengucapkan rasa syukur. Sahabatnya ada di sekitar sini.

"Roger. So how?" balas Fayyad. Dahinya sudah dibasahi peluh dek terlalu risau.

"We cut at 60 seconds. Simultaneously," Arfan memberikan kata putus. Dia masih lagi menjadi pemerhati dari jauh.

"Roger that." Fayyad menghela nafas berat.

"Kau letak senjata kau!" tempik Kadok setelah sekian lama berdiam diri.

Melihat Nadhif yang hanya diam tidak memberi sebarang reaksi, Kadok memberi isyarat kepada Rafid.

"Raf."

Rafid bingkas bangun sambil tersenyum riang sebelum bergerak ke arah Arisya dan rambut gadis itu ditarik kasar sehingga bahagian leher gadis itu terdedah. Esakan kecil terlepas dari mulut Arisya apabila hujung mata pisau belati bersentuhan dengan kulit lehernya. Darah merah pula sudah mengalir sedikit.

"Okay, aku letak! Raf lepaskan Fiya!" Turun naik dada Nadhif menahan marah saat itu. Masakan tidak, dia harus menyaksikan wanita yang dia cintai sepenuh hati disakiti di hadapan matanya sendiri.

Rafid meletuskan tawa tatkala melihat wajah panik Nadhif sebelum kepala Arisya ditunjal kasar. Lelaki itu mengambil dua langkah ke belakang setelah Kadok memberi arahan kepadanya.

Sewaktu Nadhif ingin meletakkan pistol ke lantai, tubuhnya disepak kasar. Dengan pantas, Nadhif kembali berdiri dan wajah Kadok ditumbuk beberapa kali. Pistol di tangan Kadok disepak sehingga ia terjatuh ke dalam lautan biru.

Sedikit tersentak dengan perbuatan Nadhif, terus sahaja lelaki itu mengeluarkan pisau dari bahagian belakang sebelum dia meluru ke arah Nadhif. Dengan refleksnya yang pantas, Nadhif turut mengeluarkan pisau yang diselit di bahagian kaki sebelum dia menahan pisau Kadok yang dihalakan ke mukanya.

Berdeting bunyi besi apabila dua pisau itu berlaga.

"Kau bunuh anak aku!" tempik Kadok tidak keruan. Tubuh Nadhif disepak sekali lagi sebelum Nadhif melayangkan penumbuk tepat ke muka Kadok. Mereka berdua bergerak semakin jauh daripada tempat asal tadi.

Pergelutan mereka berdua disaksikan oleh Arisya dengan air mata yang mengalir deras. Nadhif sedang bermain dengan nyawa dan gadis itu juga turut sama.

8 minit.

Arisya menghelakan nafas berat. Bibirnya menggigil memikirkan nasib yang akan diterima nanti. Jika Nadhif cedera parah, dia pasti akan mati disebabkan bom di badannya ini.

"Arghh!" Pisau yang menusuk ke bahagian tepi perutnya ditepis kasar sebelum Nadhif terjelompok jatuh ke lantai. Kaki Kadok yang ingin menyepak muka Nadhif buat kesekian kalinya ditarik sehingga Kadok hilang keseimbangan.

2 minit.

"Shadow, buat countdown, aku nak pastikan timing aku masuk tepat," arah Arfan.

Nampak gaya Nadhif tidak akan sempat memotong wayar tersebut disebabkan pergelutannya dengan Kadok. Arfan harus membuka langkah menyelamatkan adiknya.

"Seminit sepuluh saat."

Rafid yang hanya berdiam diri sambil menikmati pergaduhan Kadok dengan Nadhif tanpa mempunyai sebarang niat untuk menolong diperhatikan oleh Arfan. Di tangan lelaki itu juga terdapat pemotong wayar barangkali untuk terus membunuh adiknya jika terjadi sesuatu di luar jangkaan. Arfan kemudiannya perlahan-lahan mengeluarkan pistol dan menembak tepat ke arah paha kanan Rafid.

"Sial! Tak guna." Rafid mengadu kesakitan.

"Lima"

"Shafiq." Arisya sedikit terkejut melihat abangnya yang muncul entah dari mana.

"Empat."

Belakang badan Rafid disepak sebelum pegangan pada pemotong wayar itu direntap kasar.

"Tiga."

Arfan juga turut memukul belakang leher Rafid sehingga lelaki itu tidak sedarkan diri.

"Dua."

Nadhif masih lagi menahan pisau Kadok daripada menikam tepat ke arah jantungnya. Posisi Nadhif yang membelakangi tempat duduk Arisya menyebabkan dia tidak dapat melihat Arfan yang sudah muncul untuk memberi bantuan. Perbualan Fayyad dan Arfan juga tidak dapat didengari dalam kekalutan untuk berlawan dengan Kadok.

Entah berbaki berapa saat lagi di bom itu, Nadhif pun tidak pasti.

Tetapi dia dapat merasakan yang dia tidak akan sempat untuk berlari menyelamatkan isterinya.

'Abang minta maaf sayang.' desis hati kecil Nadhif.

"Now!" tempik Fayyad sebelum wayar di badan Nadira dipotong dan Arfan juga turut melakukan hal yang sama. Bergetar hebat tangan masing-masing.

Sesaat.

Dua saat.

Nafas lega dilepaskan apabila tiada bunyi letupan yang kedengaran.

"Fiya, mu okay dok?" soal Arfan sedikit mengah.

"Aku okay," balas Arisya pendek.

"Woi!" Rafid yang baru sahaja tersedar daripada pengsannya terus melepaskan tembakan ke bahu Arfan. Satu lagi tembakan dilepaskan dan kali ini terkena tepat di bahagian dada lelaki itu.

"Shafiq!" Nyaring suara Arisya apabila dia melihat tindakan Rafid kepada abangnya. Sekali lagi Arisya menjerit tatkala tubuh Arfan perlahan-lahan melorot ke tanah dan akhirnya terbaring lemah.

"Kau diam betina!" Rafid yang sudah hilang akal pantas memotong ikatan tangan Arisya dan tubuh gadis itu diseret agar berdiri di tepi bahagian kapal tersebut.

"Arisya!"

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now