bab 10

1.5K 77 3
                                    

SUDAH tiga hari Arfan pergi menjalankan misi namun masih lagi tiada berita daripada lelaki tersebut. Arisya mengeluh kecil sebelum mengorak langkah ke pintu utama apabila terdengar suara seseorang memberi salam.

Siapa datang maghrib-maghrib ni?

Terkumat-kamit mulutnya membaca doa agar tiada perkara buruk yang berlaku. Langsir tingkap disebelah pintu itu diselak sedikit untuk melihat gerangan manusia yang datang ke rumahnya.

Susuk badan sasa yang amat dikenali itu menyebabkan Arisya sedikit tersentak. Sudah pulangkah mereka dari Johor? Tapi mana abangnya?

"Zaf, kenapa ni?" Tiada salam tiada apa, terus bertanya kepada tuan badan apabila pintu itu dibuka.

Raut muka Nadhif kelihatan sedih namun cuba dikawal sedaya upaya agar kelihatan tenang.

"Kau siap sekarang, aku nak bawak kau ke hospital."

"Ke-kenapa?" Tubir mata mula terasa panas. Wajah Nadhif dipandang lama. "Zaf...abang I mana?"

Nadhif menarik nafas sedalam-dalamnya seperti mengumpul kekuatan. Sanggupkah dia melukakan hati gadis di hadapannya ini?

"Shafiq...koma, dia kehilangan banyak darah."

Air mata yang tadinya ditahan mula mengalir laju. Berkerut kening Arisya menghadam segala bait kata yang dibicarakan oleh Nadhif sebentar tadi.

"Jap, jap you tunggu sini bagi I lima minit." Arisya menutup pintu itu semula lalu bergegas ke biliknya untuk menyalin pakaian. Telekung yang dipakai untuk menutup auratnya semasa membuka pintu tadi dicampak kasar ke arah katil.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Arisya hanya diam, berperang dengan fikirannya sendiri. Titisan air mata yang daripada tadi tidak putus mengalir dikesat kasar. Segan pula menangis di hadapan Nadhif.

"Nah tisu. Lap hingus kau tu." Nadhif memanjangkan tangannya untuk membuka bahagian dashboard semasa berhenti di lampu merah.

Arisya memandang wajah Nadhif seketika sebelum beberapa helai tisu ditarik. Betul ke ada hingus?

Arisya menekup mukanya dengan tisu tersebut dan tangisannya dihamburkan sepuas-puasnya. Dia sudah tidak kisah jikalau Nadhif melihatnya dalam keadaan begini. Sekarang keadaan abangnya sahaja yang berada di dalam fikiran.

Nadhif mencuri pandang ke arah Arisya seketika sebelum stereng kereta digenggam erat. Entah mengapa hatinya terasa sakit melihat wanita yang berjaya mencuit hatinya itu dalam keadaan terluka. Ingin sahaja dia memeluk tubuh itu bagi menyalurkan kekuatan, namun Nadhif sedar ada batas yang harus dijaga.

"Aku minta maaf." Nadhif memulakan bicara apabila esakan Arisya semakin reda.

"Kenapa you pulak nak mintak maaf?" Wajahnya yang lencun dengan air mata diangkat sebelum Arisya memandang raut sisi Nadhif dengan hairan.

"Sebab aku tak bawa abang kau balik dengan selamat."

"It's not your fault, Zafran. At least Shafiq masih hidup." Arisya mengeluh perlahan.

Mujur tidak terlepas pegangan stereng itu apabila Nadhif mendengar Arisya memanggil namanya dengan penuh, biasanya gadis itu hanya menyebut Zaf. Wahai encik jantung, sila bawa bertenang. Baru panggil nama, belum panggilan lain lagi.

"But still..."

"Dahlah Zaf, baik you fokus drive tu, I nak sambung nangis." Arisya menanggalkan seliparnya sebelum kedua-dua belah kaki diangkat dan dirapatkan ke dada. Dia memeluk erat kakinya dan membuang pandangan ke luar tingkap.


PINTU wad itu ditolak perlahan sebelum matanya dijamah dengan pandangan yang menyayat hati. Air mata yang tidak dapat ditahan mengalir lagi apabila melihat susuk tubuh abangnya di atas katil yang sedang terbaring kaku.

Nadhif menunggu di luar untuk memberi ruang kepada Arisya berjumpa abangnya.

"Fiq...mu ni memang saje ork wak hal." Air mata yang mengalir dikesat menggunakan lengan bajunya.

"Aku nok kabo nape (nak bagitahu apa) ke mama ngan papa? Dok kelako weh baik mu bangun sekarang." Arisya tergelak kecil mendengar ayatnya sendiri.

Bahu abangnya yang dibalut dengan kain kasa diperhati lama. Macam mana boleh sampai koma? Lemah betul. Memang aku terajang (sepak) mu bila mu sedor ekgi. Berani ye tinggal aku sorang?

"Fiya?"

Setelah hampir sejam berada di wad abangnya, bercakap sendirian mengharapkan balasan daripada Arfan namun gagal, Arisya dikejutkan oleh satu suara. Dia menoleh ke arah pintu wad dan bertentang mata dengan Nadhif.

"Jom, aku hantar kau balik, takut nanti lambat pulak kau sampai rumah." Nadhif berdehem seketika.

"Zaf, kalau I nak jaga Shafiq boleh? I duduk rumah sorang-sorang tak buat apa pun. Nanti I ambik cuti tanpa gaji." Arisya memberi cadangan.

"Eh tak payah, dah ada salah seorang anggota maritim yang akan jaga Shafiq, kau tu pergi balik rehat, esok pagi kau datanglah jaga dia." Nadhif memeluk tubuh.

"Alaaa I taknak balik." Tersebik bibir Arisya meminta simpati.

"Tunggu esok je Fiya. Kau mesti penat." Nadhif melarikan pandangannya. Arisya pun satu hal, janganlah tersebik di hadapan seketul Nadhif Zafran ini.

"Okay fine." Arisya mengaku kalah.

"Good. Kau nak suruh aku ambik jugak ke esok?"

"Takpelah, I drive sendiri, senang kalau I nak pergi mana-mana."

"If you said so." Nadhif menjongketkan kedua-dua bahunya ke atas.

"Dah jom, kau cium lah dahi abang kau tu sekali. Mana tau dia boleh bangkit," seloroh Nadhif sebelum dia tergelak kecil.

"Ew geli lah." Arisya menayangkan riak wajah cemberut.

"Bye Fiq, esok kita jumpa lagi!" Tangan abangnya digenggam erat, menyalurkan kekuatan sebelum Arisya melepaskan pegangan tersebut.

Keluar sahaja ke tempat parkir hospital itu, bulu romanya tiba-tiba naik, rasa macam sedang diperhatikan. Dia berhenti seketika dan menoleh ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa, mungkin perasaannya sahaja.

"Kau kenapa?" soal Nadhif apabila dia menyedari Arisya tidak mengikutnya ke kereta.

"Tak-takde pape." Terus dia meloloskan diri ke dalam kereta Mercedes milik Nadhif itu.

"Fiya, kau okay tak ni?" Nadhif masih lagi menyoal dengan riak wajah risau sebelum kereta itu dipandu keluar dari kawasan hospital.

"I okay." Boleh ke kalau dia nak lepak dalam kereta Nadhif je sampai pagi? Seram sejuk pula mahu pulang ke rumahnya sendirian lebih-lebih lagi apabila perasaan tidak senang itu muncul kembali. Nak suruh hantar sampai ke rumah Aleesa? Budak itu pulang ke rumah keluarganya di Perak.

'Perasaan aku je ni. Dah lah Fiya, kau jangan nak susahkan Zaf lagi.' omel Arisya di dalam hati.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now