bab 22

1.5K 75 2
                                    

MAJLIS bersanding yang diadakan di dewan tertutup hotel itu kelihatan sangat meriah. Arisya menyembunyikan senyuman semasa menoleh ke arah Nadhif yang kelihatan segak dengan baju melayu off-whitenya.

"Kenapa tenung aje?" Nadhif berkata dengan matanya yang masih menatap ke arah saudara-mara yang hadir. Bukan main lagi mama melayan karenah sorang-sorang. Hebat betul social energy ibu mertuanya itu.

"Habestu nak kena buat apa?" soal Arisya polos. Dah lah kantoi usha suami sendiri.

"Tak nak kiss ke?" Nadhif menoleh untuk memandang raut wajah Arisya. Cantiknya Ya Allah, rasa macam nak kurung aje dalam bilik tak nak bagi orang lain tengok kecantikan isterinya itu.

"Itu aje lah dalam fikiran awak, elok Fiya bilas otak tu dengan air zam-zam, biar insaf sikit." Bibir Arisya tersebik sedikit.

"Bekeng ngat dia," kata Nadhif perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Arisya.

"Awak tau maksud bekeng (garang)?" Aneh betul suaminya ini. Tiba-tiba tukar loghat ganu dah kenapa?

"Gorgeous, abang dah berkawan dengan si Shafiq tu daripada kitaorang start latihan lagi, setakat perkataan bekeng tu memang dah lali abang dengar dia sebut setiap kali kitaorang kena marah dengan komander." Tergelak kecil Nadhif apabila mengingati wajah tidak puas hati Arfan setiap kali dimarahi.

Tidak sempat Arisya hendak membalas, dia menangkap kelibat Nadira yang sedang berjalan ke arahnya. Kelihatan seorang lelaki dan juga kanak-kanak perempuan mengikuti gadis itu dari belakang. Barangkali suami dan anaknya.

"Babe, congratulations! Dah jadi bini orang dah kawan aku ni," ucap Nadira sedikit teruja.

"Thank you Nad! Nanti dah boleh panggil Madam Fiya," seloroh Arisya.

"Eh? Fayyad? Kau buat apa kat sini? Majlis sambut menantu weekend nanti lah." Nadhif sudah berkerut dahi. Dah kenapa Fayyad datang majlis bersanding belah perempuan ni? Ke ada yang dia kenal?

"Aik? Aku ikut bini aku je." Fayyad menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Arisya dan Nadira saling bertukar pandangan apabila mendengar percakapan suami-suami mereka. Mereka berdua terus memandang dua orang lelaki di sebelah yang sedari tadi sudah memerhati Arisya dan Nadira.

"Sayang kenal bini Zaf ni?" Terus sahaja Fayyad menyoal isterinya.

"Apa pulak tak kenal, dia ni kawan saya dekat universiti yang kitaorang kerja tu, mengajar subjek yang sama," terang Nadira.

"Zaf, awak kenal suami Nad ke?" Arisya menyoal perkara yang sama kepada suaminya. Rasa macam ada nampak juga wajah ini semalam di masjid semasa akad nikah. Tapi entahlah. Ingat-ingat tahi ayam kut.

"Kitaorang satu team dalam maritim," jawab Nadhif bersahaja.

"Oh satu team aje ke? Eh halo aku ni member sejati kau okay. Kau lupa ke waktu latihan dalam air yang kau nak tercirit...hmph!" Mulut Fayyad ditekup kemas oleh Nadhif. Dasar member setan, mulut laju betul nak malukan aku.

"Kau jangan nak cerita pelik-pelik dekat bini aku." Nadhif memberi amaran sebelum tangannya ditepis kasar oleh Fayyad.

"Ya Allah kecil betul dunia. Kau kahwin dengan kawan suami aku rupanya." Tergelak kecil Nadira apabila mengetahui tentang perkara itu.

"Naila, meh sini salam dengan Aunty Fiya." Nadira menarik lembut tangan anaknya lalu didukung agar Naila boleh bersalam dengan mudah.

"Aunty....salam," kata gadis kecil itu sebelum tangannya dihulurkan.

Arisya tersenyum manis melihat gelagat comel Naila sebelum huluran tangan itu disambut.

Nadhif yang memerhati isterinya tidak semena-mena turut mengukirkan senyuman. Nampak comel pun ada Arisya sekarang ini.

Bila je tak comel kan?

"Amboi tenung sampai ke hati dah ke cik abang? Cepat-cepat lah ada anak ye, bagi Naila kawan," bisik Fayyad menyakat.

"Eh kau ni, aku sendal mulut dengan batang paip baru tau," bisik Nadhif keras.

"Nanti terus gerak KL ke?" soal Arisya tidak menghiraukan pergaduhan mulut dua lelaki di sebelahnya.

"Haah sebab plan nak sampai before malam," jawab Nadira sebelum anaknya diberikan kepada Fayyad. Terus sahaja gadis kecil itu merangkul erat leher ayahnya.

"I balik dulu ye, once again congratulations to you both!" ucap Nadira sambil tersenyum.

"Fiya, nanti kalau nak dengar cerita memalukan pasal Zaf lagi boleh roger ye," kata Fayyad sambil tersenyum sinis.

Terus sahaja telinga Fayyad ditarik oleh Nadira agar lelaki itu beredar daripada pasangan pengantin tersebut. Arisya hanya tergelak melihat ragam mereka berdua.

"So, abang sempat cari tandas tak?" soal Arisya dengan tawanya yang masih tersisa.

Nadhif melirikkan pandangan tajam kepada isterinya dan Arisya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya gaya tidak bersalah.



"GORGEOUS dah siap packing?" soal Nadhif apabila anak matanya menangkap tingkah Arisya yang sedang menolak bagasinya untuk diletakkan di tepi almari.

"Dah!" Arisya merebahkan badannya ke atas katil di sebelah suaminya.

Tersentak Nadhif dengan perbuatan Arisya yang sedikit melompat semasa merebahkan badannya itu. Ingatkan nak terkam aku tadi. Haish risau betul.

"Nanti balik rumah mak ayah abang ke?" Sedikit teruja untuk berjumpa dengan mertuanya walaupun masih ada lagi sisa rasa malu.

"Mak ayah kita sayang, panggil mummy dengan daddy je nanti." Nadhif mengelus lembut pipi Arisya.

"Fiya malu lah." Disorokkan wajahnya menggunakan bantal tidur.

"Haritu dah borak pasal tudung sampai tak ingat dunia, sekarang malu pulak?" sakat Nadhif.

Apabila dia tidak mendapat balasan daripada Arisya, terus sahaja bantal tidur itu ditarik daripada terus menutupi wajah isterinya namun gadis itu memegang kemas bantal tersebut.

Nadhif tersenyum nakal sebelum tangannya lincah mengeletek pinggang Arisya. Terus gadis itu menggeliat kegelian sebelum tawanya pecah.

"Aba- abang! Stop!" Ditepis tangan suaminya berkali-kali.

"Haa reti pun tunjuk muka. Buatnya sesak nafas Fiya tadi, terpaksalah abang bagi bantuan CPR." Nadhif sudah memuncungkan bibir gaya hendak mencium Arisya.

Telapak tangan Arisya laju menolak muka Nadhif daripada mendekati wajahnya.

"Jangan nak mengada!"

"Uish wangi betul tangan gorgeous ni. Rasa nak ngap!" Tangan itu dipegang dan Nadhif mengacah untuk memasukkan tangan Arisya ke dalam mulutnya.

"Eh, apeni!" Berkerut seribu dahi Arisya dan tangannya terus direntap kasar daripada pegangan Nadhif.

"You're so cute when you're flustered." Nadhif memberi kenyitan mata kepada Arisya sebelum dia mengaduh kesakitan apabila bahunya dipukul menggunakan bantal.

Eleh malu lah tu.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now