bab 9

1.4K 77 5
                                    

"ALPHA team has successfully covered the west area, Charlie team proceed," bisik Nadhif perlahan.

Nadhif memberi arahan agar pasukannya memeriksa bahagian dalam kapal. Arfan pula mengambil posisi di bahagian yang tinggi untuk mengawasi tingkah laku penjenayah dari atas.

Nadhif yang berada di hadapan sekali melepaskan tembakan ke arah lelaki yang menjaga bahagian pintu utama untuk memudahkan urusan pasukannya. Beberapa das tembakan mengena tetapi tidak membahayakan nyawa kerana dia diberi arahan untuk seboleh-bolehnya membawa pulang penjenayah ini dalam keadaan hidup.

"Where's the rest of it?" Fayyad menyoal salah seorang penjenayah yang sudah menyerah diri.

"In the ba...back tank." Takut-takut lelaki itu ingin menjawab.

Maklumat itu disampaikan kepada ahli pasukan yang lain melalui earpiece.

"Delta, kau bodoh ke?!" Tempikan yang kedengaran dari earpiece milik Nadhif mengundang kegusaran di hati.

Apa yang telah Rafid lakukan?

"Alpha to Charlie, update your situation." bisik Nadhif keras.

Tiada jawapan yang diterima.

"Alpha to Charlie, I repeat, update your situation."

Masih lagi jeda.

"Shit."

Nadhif mengarahkan dua orang daripada pasukannya untuk ke bahagian timur kapal bagi memeriksa situasi di bahagian sana.

"Wolf, Shadow, both of you cover this area with the rest. Aku akan ke bahagian timur." Nadhif memberi arahan.

Semakin dekat mereka ke arah timur kapal, semakin jelas tempikan dan das tembakan yang kedengaran. Hampir terjengil mata Nadhif melihat situasi di hadapannya saat ini.

Rafid yang seperti gila kuasa membunuh sesuka hati penjenayah yang telah menyerah diri. Dua orang pasukan Charlie juga tidak sedarkan diri, terbaring berdekatan dengan kaki Rafid.

"Delta!"

Nadhif pantas menolak tubuh Rafid daripada terus menembak mereka. Dua orang penjenayah itu mengambil kesempatan untuk melarikan diri sebelum satu das tembakan terkena tepat pada dada salah seorang daripada mereka.

Arfan Shafiq.

Memberikan tembakan tepat daripada bahagian atas kapal, namun seorang lagi penjenayah tidak dapat dijejaki.

Arfan berpaling ke belakang apabila dia terdengar derupan tapak kaki menaiki tangga besi ke arahnya namun dia terlambat beberapa saat.

"Arghhhh!" Pisau yang ditusuk di bahunya ditarik dan dicampakkan ke bawah. Penjenayah itu menyerang Arfan dengan menghantukkan kepalanya ke penghadang besi.

Sasaran peluru tersasar ke arah kaki penjenayah tersebut apabila hujung rifle sniper disepak olehnya. Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan satu lagi pisau dari belakang.

Eh banyaknya pisau dia.

Paha kanan Arfan pula ditikam dan luka di bahu Arfan ditekan sekuat-kuatnya sehingga baju uniform milik lelaki itu penuh dibasahi dengan darah.

"Ya Allah..." Arfan berbisik perlahan. Dengan tangan yang terketar-ketar, pistol Glock dikeluarkan lalu penjenayah itu ditembak tepat ke dada dan kali ini Arfan tidak tersasar.

Nafas berat dilepaskan. Kepalanya terasa berat kerana Arfan kehilangan terlalu banyak darah. Bila-bila masa sahaja dia boleh pitam.

"Man down. I need back up," bisik Arfan perlahan. Dengar atau tidak oleh pasukannya, dia pun tidak pasti.

"Falcon!" laung Nadhif sambil berlari mendapatkan Arfan.

"I need medic!" tempik Nadhif melalui earpiece miliknya.

"Shafiq! Kau tak boleh tidur." Pipi sahabatnya ditepuk beberapa kali agar Arfan tidak memejamkan mata.

"Aku penat, bagi aku rehat sekejap," kata Arfan menahan sakit dengan mata yang sudah separa tertutup.

"Tolong jaga adik aku." Pesanan dititipkan buat Nadhif.

"Kau belum nak mati lah bodoh!" Birai matanya sudah basah. Dia tidak boleh kehilangan sahabatnya.

Pasukan medik membantu Nadhif membawa Arfan yang kini sudah tidak sedarkan diri turun ke bawah untuk menaiki helikopter bagi bantuan kecemasan segera.

Situasi di dalam kapal tersebut sudah dikawal oleh pihak maritim. Seramai sepuluh orang penjenayah menyerah diri dalam keadaan yang luka akibat tembakan. Lima orang lagi maut akibat perbuatan Rafid yang langsung tidak mempunyai integriti sebagai seorang perajurit negara. Lelaki itu sudah dibawa pulang ke ibu pejabat untuk berurusan dengan pihak atasan.


"KAU fikir apa? Tembak orang yang dah serah diri?!"

"Tuan..."

"Aku dah cakap jangan bertindak tanpa arahan tapi kau degil! Kau lukakan ahli pasukan kau sendiri, kau dah hilang akal ke?!" amuk Tuan Hamid. Sudahnya dia juga yang menyesal kerana memberi peluang untuk Rafid menyertai misi ini.

Ya memang Rafid sudah naik gila. Dia pun tidak tahu apa yang telah merasuknya tadi untuk berbuat sedemikian. Yang dia tahu, dia cuma ingin memastikan tiada siapa yang menghalang dirinya untuk melepaskan tembakan kepada penjenayah tersebut.

Tetapi Nadhif Zafran lebih mendahuluinya.

"Diaorang dah tamatkan perkhidmatan kau," bagitahu Tuan Hamid mendatar.

Riak wajah Rafid yang jelas terkejut itu hanya dipandang sepi sebelum dia menyambung.

"Dishonourable discharge."

Rafid berdecit kasar sebelum langkah kaki dibawa keluar dari bilik Kapten Maritim tersebut. Tangan dikepal erat dan matanya bersalut dendam saat dia berbicara sendirian.

"Zafran will pay for this."

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now