bab 51

1.2K 66 13
                                    

"AKU rasa macam ada yang tak kena lah dengan kemalangan Zaf haritu." Wildan memulakan bicara sebelum lelaki itu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Dia belum makan dari pagi. Sudahlah tadi dia dimarahi oleh Kapten. Gatal je kaki nak lari dari tempat kejadian.

Sudah seminggu sahabatnya tidak sedarkan diri tetapi Wildan tetap bersyukur kerana pembedahan Nadhif tempoh hari berjalan dengan lancar.

"Maksud kau?" soal Arfan. Dia kerling sekejap ke arah Fayyad tetapi lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Cuba korang tengok ni." Rakaman CCTV yang sudah dimasukkan ke dalam telefon pintarnya dimainkan kepada dua orang rakannya itu.

"Eh?" Fayyad sudah naik hairan. Dalam rakaman tersebut, hanya kereta Nadhif sahaja yang akan masuk ke simpang kanan namun tiba-tiba keretanya dirempuh dari arah hadapan.

Dari mana kereta tu datang?

Pelik betul.

"Mana kau dapat ni Wildan?" Wildan yang sedang mengunyah itu Fayyad pandang hairan.

"Anak buah aku. Aku suruh diaorang cari sebab aku nak tahu punca accident tu. Korang pun tahu kerja kitaorang macam mana kan?" Wildan menyilangkan tangannya ke dada.

"Anak buah kau? Kau jangan cakap kau buat lagi kerja gila tu. Nanti apa pulak? Lepas dah dapat tangkap, kau nak bunuh dia?" Riak wajah Arfan sudah bertukar serius. Bukan boleh buat main budak ni. Tak suka sikit terus tikam. Ghisau.

"Eh tak tak. Apa ni janganlah serang aku. Kitaorang dah insaf sikit. Nanti kalau dah dapat tangkap, aku masukkanlah dia dalam lokap."

"Ye ye je kau ni." Fayyad berdecit sedikit.

"Lantak lah pasal tu, ni korang tak rasa pelik ke lepas tengok recording ni?" Dihalakan jarinya ke arah skrin telefon.

"Weh jap. Nampak plat kereta lah. Cuma kau kena clearkan gambar tu supaya dia tak pixelated." Setelah beberapa kali memainkan rakaman tersebut, akhirnya Arfan berjaya menekan butang pause pada saat yang tepat.

"Oh ni jangan risau, Maleeq boleh buat." Rakaman tersebut dia screenshot untuk dihantar kepada Maleeq agar gambar itu dapat disunting dengan lebih baik.

"Malam esok nak cari manusia ni. Korang nak ikut tak?" Wildan sengih sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

Fayyad dan Arfan menggeleng tidak mahu. Tak nak mereka terjebak dengan agenda sahabatnya yang satu ini.





SEPERTI yang dijanjikan, Maleeq berjaya mendapatkan nombor plat kereta yang telah melanggar kereta Nadhif pada minggu lalu.

Seusai mendapat mesej tersebut, terus sahaja motosikal berkuasa tinggi milik Wildan meluncur laju ke lokasi yang sudah diberitahu tadi.

Tiba di sebuah rumah, dapat dilihat dengan jelas oleh Wildan kereta yang berada di dalam rakaman CCTV itu sedang terletak elok di garaj kereta. Tidak lama kemudian seorang lelaki keluar dari rumah menyebabkan Wildan berundur lebih jauh agar kehadirannya tidak dapat dikesan.

"Tak handsome pun, aku lagi handsome," bisik Wildan di sebalik topi keledarnya. Sempat mengutuk satu round.

Apabila kereta itu keluar dari pekarangan rumah, tergopoh-gapah Wildan kembali menghidupkan enjin motosikal. Hampir saja lelaki itu tersadung ke dalam semak tetapi mujur dia sempat mengelak.

Wildan berdehem beberapa kali sebelum dia menghantar voice note.

"Guys, ikut kereta tu, jangan terlepas pandang."

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now