bab 52

1.1K 70 7
                                    

"KAU okay tak?" soal Wildan sebelum dia melabuhkan duduk di sebelah Arfan. Mereka berdua baru dapat menarik nafas lega apabila Hareez sudah berjaya ditangkap oleh polis yang dihubungi oleh Maleeq sebentar tadi.

Tidak lupa juga berbakul makian yang diberikan oleh Stella kerana gadis itu tidak dapat membunuh lelaki itu sendiri.

Gila ke nak tembak dekat dalam hospital? Menggeleng Wildan dibuatnya.

"Dah biasa," jawab Arfan sambil membelek luka di pahanya yang sudah dirawat. Rambutnya diraup kebelakang. Jam tangan dikerling sekilas.

Pukul satu pagi. Haish penatnya!

"Amboi kental dah ea. Kalau aku buat macam ni sakit tak?" Jarinya diangkat untuk mencucuk luka di paha Arfan sebelum lelaki itu menepis kasar tangan Wildan.

"Natang ape mu nok!" Cari pasal betul lah mamat ni. Sumbat keropok lekor basi baru tau.

"Uish garangnya, tacod titew." Wildan mengecilkan suaranya agar kedengaran seperti seorang wanita.

Patutlah single, otak tak berapa nak betul. Orang perempuan nak datang dekat pun tarik balik niat tu.

Wildan melepaskan tawa apabila dia melihat reaksi Arfan yang seperti hendak termuntah itu. Pandangannya dibawa ke arah Nadhif yang terbaring kaku di atas katil tidak jauh dari mereka berdua.

"Si Zaf ni bila nak bangun? Dia tak kesiankan kita ke?"

"Entah lah weh. Cuba kau azan kat tepi telinga dia, mana tau boleh bangkit," seloroh Arfan sebelum tubuh sasanya dibaringkan ke atas sofa. Dia mahu tidur, tiada masa hendak melayan Wildan.

"Ye tak ye jugak eh. Jap aku cuba." Wildan bangkit dari duduk dan berjalan menuju ke arah katil Nadhif. Arfan mengintai sedikit dari jauh sebelum dia kembali berbaring. Lantak kau lah Wildan.

"AllahuAkbar AllahuAkbar."

Arfan hanya mampu menggeleng. Dia hanya bergurau, boleh pula lelaki ini pergi buat betul-betul. Akhirnya dia hanya setia mendengar dan memerhati Wildan yang sedang azan di sebelah telinga kanan Nadhif sehinggalah ayat terakhir.

"Tak jadi pun." Wildan tersebik kecil. Punya lah penuh bertarannum dia azan tadi, ingat bolehlah sedarkan si Nadhif ni.

"Memang lah tak ja..."

"Eh sabar!" tempik Wildan teruja. Dia memerhatikan jari jemari Nadhif yang sedikit bergerak tadi.

Dah boleh jadi imam masjid ni. Imam kita bila lagi?

"Zaf?" seru Wildan separa berbisik.

Perlahan-lahan kelopak mata Nadhif terbuka dan lelaki itu mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Zaf." Suara Wildan hampir hilang. Sungguh tidak disangka. Mulutnya ditutup gaya dramatik. Wildan berpaut ke besi katil agar tubuhnya tidak terjelepok jatuh ke lantai.

Terkejut punya pasal.

Arfan yang melihat dari jauh bingkas bangun dan bergerak ke arah katil Nadhif.

Biar betik?

"Aku dilahirkan semula ke?" soal Nadhif dengan suara yang serak. Alat bantuan pernafasan itu menghadkan suaranya daripada kedengaran jelas.

"Ke...kenapa kau tanya macam tu?" Takut-takut Arfan hendak menyoal.

"Aku dengar orang azan tepi telinga aku tadi, dah lah tak sedap," jawab Nadhif bersahaja.

"Eh hello, perangai tu helok sikit ea! Ada yang koma balik nanti!" Suara Wildan sudah naik seoktaf. Ada ke patut cakap suara dia azan tak sedap? Memang nak kena maki.

Pecah tawa Arfan apabila mendengar komen Nadhif. Member bukan main beria siap tutup mata bagai. Sangat menghayati semasa azan tadi. Sekali kena cop tak sedap.

"Weh nak air." Tangan kanannya diangkat untuk mencabut alat bantuan pernafasan di mulut. Tekaknya terasa sungguh kering saat ini.

"Eh jangan lah cabut. Kang tak memasal jadi benda lain. Kejap aku pergi tanya nurse." Arfan mengorak langkah keluar dari wad tersebut.

Pandangan Nadhif beralih ke arah Wildan yang sedang berpeluk tubuh. Bibir lelaki itu juga tersebik sedikit. Merajuk lah tu orang cakap dia azan tak sedap.

"Apa tengok-tengok? Don't kecek with me!" Wildan merengus kegeraman sebelum matanya menjeling Nadhif yang sedang menahan tawa.





"SHAFIQ, Fiya macam mana?" soal Nadhif setelah dirinya selesai diperiksa oleh seorang doktor. Katanya tangan lelaki itu semakin beransur pulih dan Nadhif juga perlu melakukan senaman di bahagian kakinya untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

"Dia rindukan kau," jawab Arfan pendek. Sekarang hanya tinggal mereka berdua di dalam wad itu. Wildan sudah bergerak pulang ke rumah. Katanya nak berehat atas katilnya yang empuk lagi selesa itu.

Eleh padahal merajuk dengan Nadhif.

Nadhif mengeluh kecil sebelum dia bermain-main dengan jari jemarinya. Dia masih rasa bersalah tentang kejadian malam itu.

"Aku nak belikan dia kek..." Nadhif berkata perlahan.

"Haa?" soal Arfan tidak mengerti.

"Malam aku kena langgar tu, aku nak belikan dia kek sebab dia mengidam tapi aku lupa nak beli lepas balik kerja, dia cakap dia tak kisah tapi aku tahu dia memang nak sangat kek tu." Nadhif mula membuka cerita.

Arfan hanya setia mendengar dan mengangguk sekali agar Nadhif menyambung bicara.

"So aku decided untuk keluar jugak walaupun waktu tu hujan lebat, aku dah bawak careful gila weh tapi nak buat macam mana, kena langgar jugak." Air mata Nadhif menitik setitis dua sebelum birai matanya dikesat perlahan.

"Takpe, yang penting sekarang ni kau selamat, Allah panjangkan lagi umur kau supaya boleh jaga anak bini. Tidak lupa juga untuk menjadi pengapitku nanti pada masa akan datang," seloroh Arfan di akhir ayat.

"Calon pun takde." Nadhif ketawa riang.

"Ish ada lah! Ko saba jap bagi aku tackle dia betul-betul." Arfan menyilangkan tangannya ke dada.

"Yelah, yelah. Kau dah bagitahu Fiya ke belum yang aku dah sedar ni? Cepat lah please, aku nak jumpa dia," pinta Nadhif separuh merayu. Dia benar-benar rindukan isterinya sekarang.

"Dah bagitahu, tapi satu tick je. Sekarang pun pukul tiga pagi mestilah dia tengah tidur." Nadhif ni pun agak-agaklah, cuba pilih waktu yang relevan sikit kalau nak sedarkan diri tu.

"Maknanya aku kena tunggu sampai esok lah ni? Alaaaaa." Nadhif sudah merengek seperti anak kecil.

"Pergi tidur lah kau, esok dia datang lah tu." Arfan memukul bahu Nadhif sebelum bergerak ke arah sofa untuk menyambung tidur. Niatnya untuk memberitahu Nadhif tentang Hareez disimpan terlebih dahulu. Tunggu sahabatnya betul-betul sembuh baru dia akan membuka cerita.

Nadhif mendengus kasar sebelum matanya dirapatkan kembali. Tidur apanya? Dah dua minggu lebih dia 'tidur'. Takkanlah nak tidur lagi.

Akhirnya Nadhif hanya memandang siling wad tersebut. Nak ajak Arfan borak tetapi dia tahu lelaki itu penat. Dia bangun sedikit untuk melihat Arfan yang sudah tertidur di atas sofa. Pakej sekali dengan berdengkur lagi.

Nadhif kembali berbaring memandang siling wad. Sesekali wajah Arisya menjamah mindanya.

"Abang rindu gorgeous," bisik Nadhif perlahan sebelum dia kembali terlena.






💭 — mesti korang macam "aik? centu je hareez masuk penjara?"... well hihihi ☺️

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now